Muka Lorong

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Salam ukhwah dan salam persahabatan
Saya hulurkan buat anda semua...

AlhamdulilLah, hari ini telah bermulanya
Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-31
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
Peringkat Zon Tenggara, Kulaijaya, Johor
(Bahagian Sekolah Rendah)
Bertempat di Stadium Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor

Kejohanan ini akan berlangsung selama 2 hari
Selama 2 hari ini jugalah
Saya telah ditugaskan sebagai hakim lorong @ hakim balapan

Ini bukan kali pertama sebenarnya
Tapi saya telah melakukan hatrik untuk tugasan ini
Dimana, 3 tahun berturut-turut saya telah mendapat tugas yang sama
Agak-agak ada tak sijil KOAM untuk hakim lorong ni?
Kalau ada, boleh gak nak apply, hehehe...

Muka lorong, hehehe...

Tugas sebagai hakim lorong adalah seperti yang dinyatakan di bawah :
  • Bertugas dibawah seorang ketua pengadil 
  • Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan ketika berlumba
  • Memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing
  • Memastikan proses pertukaran baton oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti mematuhi peraturan-peraturan pertandingan
  • Menunjukkan bendera putih sebagai isyarat tidak berlaku pelanggaran peraturan dan bendera merah/ kuning jika sebaliknya
  • Melaporkan kepada referi semua peristiwa yang berlaku yang melibatkan kesalahan teknik peserta untuk membolehkan referi membuat keputusan
Sumber : Di sini
Share on Google Plus

16 comments:

pertama kali kak ayu tau, ada istilah muka lorong..heheheh

rupanya pengadil/hakim utk lorong balapan...
satu pegkongsian yang baik/bagus..

lewat petang tadi, ada sahabat cikgu singgah ke citarasa rinduan.. 2 meja...makan2...hehehe

to kak ayu,

muka lorong tu sy lah kak, hehehe...

yg betul hakim lorong @ balapan jer...

sy tk join, sbb sy tk htr bdk ke sayong, tu cikgu2 yg bw bdk dr sekola ke stadium... sy dr rmh terus ke stadium...

NzA said...

dh mula sukan ek...

biasalh areef, jika diberi sesuatu tugas kt sk tu seolah2 tetap dan brpencen..akak dr posting n smpai le ni(dh 4 buah sk) kena bahagian hadiah....pelik ttp benar..

to kak Nza,

ni sukan zon kak, yg sekola bln 6 nanti...

tulah, kkdg takleh elak dah.. tp, setakat ni sy blh je terima lg... tu yg dpt cop mohor "muka lorong" tu, hehehe...

HaSue said...

ingatkan muka lorong belakang kedai td haa..rupanya lorong balapan.. :)

Mia-Ina said...

la..lorong balapan rupanya cikgu...saya pulak kena jd pegawai jaga anak2x didik kat rumah khemah...hehe

Shafiq said...

Pertama kali dengar istilah ni. :-)
Nampak seronok jadi cikgu ni. Macam-macam boleh jadi. :-)

muka lorong yang selalu angkat bendera putih atau merah tu eh?
nak tengok ada tak sprinter yang foul..camtu ke?
mana tau ..naik pangkat ke olimpik pulak sbg muka lorong.hehehe

Edy Zaidi said...

huhu..teringat berlari2 dipadang semekas yg kecik tu

salam..

selalu terlibat bila sukan MSSM ni...

tanggungjwb besar ni..

to hasue,

lorong blkg kedai tkpe... jgn 'lorong' lain, hehehe...

to cikgu mia-ina,

ye cikgu... sekolah sy tak ramai cikgu laki. cikgu laki yg lain dh jadi jurulatih n bw kontigen, so sy lah kena jd pegawai kejohanan... bw kontigen penat gak kan, byk benda nak urus...

to syafiq,

istilah utk sy je tu, hehehe... erm, dah keja kita kan, kenalah wat jd seronok, klu tk stress nanti, hehehe... buat ms ni jd serigala jadian je belum lg, hahaha...

to dr. zila,

yup betul... tp kami guna bendera putih n kuning sahaja... bendera merah tak guna... ye, klu ada foul kenalah angkat bendera kuning tu... tp klu sekolah rendah jrg ada foul ni... sukan olimpik, wah glamer tu sbg muka lorong, hehehe...

to edy,

mesti edy atlet kan ms kat smkas dulu... yg paling igt dok hias khemah rmh, pastuh wat hiasan je, nak duduk pun tk blh, hehehe... sbb dh penuh ngan hiasan jer...

to sekamar rindu,

w'salam...

yelah, cikgu ni kan multipurpose, dont say no, just say yes, hehehe...