Contest : Perempuan/ Lelaki Melayu Terakhir

Saya nak join contest kat bawah ni
Jom join sama!


Gambar yang saya pertaruhkan
Gambar ni semasa
Sambutan MaulidurRasul S.A.W. 1431H
Peringkat SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor
Pada 25 Mac 2010 yang lalu


Kenapa saya nak join contest ni :
Sesaje suka-suka
Just to be supportive!

Tagline :
 "Pakaian tak lapuk dek zaman
Tampil bergaya walaupun dalam kepanasan"

Nak tag :

8 comments:

Nur Al-Qur'an


Al-Mumtaz
Johan Bintang Nasyid Mu'min Peringkat Kebangsaan
Musim Ke-4
Pada 27 November 2011 yang lalu
Di Panggung Seri Ayer Keroh, Melaka

2 comments:

Yang Penting Tang Butang Tu...

Saje nak share gambar kemeja kat bawah ni
Orang biasa memanggilnya 'kemeja Raihan'
Actually, saya tempah kemeja ni 10 tahun yang lalu
Ketika saya sedang menuntut
Di Akademi Pengajian Islam, UM Kampus Nilam Puri, Kelantan
Sekarang ni, kalau nak pakai
Tak muat dah, hehehe...

Fesyen ni sebenarnya biasa je kita lihat orang memakainya
Cuma yang istimewanya tu
Tang butangnya tulah, hehehe
Masa tu, lepas beli kain je
Mesti kiteorang singgah beli butang pulak
Semata-mata nak kelihatan tampil bergaya
Hahaha...
Oh, rindunya saat-saat itu!



p/s - Kemeja ni saya keluarkan dari almari
Setelah tersimpan hampir 9 - 10 tahun
Semata-mata nak cabut butang-butang kat kemeja tu
Untuk digayakan di kemeja batik 
Yang baru siap ni pulak, hehehe...
Tetiba je dok ngade-ngade, hahaha...

8 comments:

Entri Sempena Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2010

Just to share the picture below


Kenangan di hari terakhir
Menduduki Peperiksaan SPM
12 tahun yang lalu
Candidate SPM 1999

"Sahabat-sahabatku
Saat-saat indah bersamamu
Merupakan momen yang pasti sukar untuk kulupakan
Kita membawa misi yang sama
Berjuang demi menggapai sebuah kejayaan
Kita melazimi dhuha
Juga puasa sunat Isnin dan Khamis
Beriktikaf dan berqiamullail hampir saban malam
Itulah antara rahsia kejayaan kita"

4 comments:

Anak-Anakku... Eh, Adik-Adikku

'Ammar dan Abdussalam
Antara Finalis
Rancangan Realiti TV Adik-Adikku Musim Ke-2
Tahun 2011/ 1432H

Rancangan Realiti ini dianjurkan oleh JAKIM
Dengan kerjasama RTM
Dan Pertandingan akhir
Telah diadakan di PICC pada 21 Mac 2011 yang lalu

Rancangan ini telah memperlihatkan bakat
Adik-adik yang berumur 8-12 tahun
Menyampaikan pidato, bertarannum, melaungkan azan/ berzanji dan bernasyid



Mereka berdua ni hanya pemenang tempat saguhati sahaja
Tetapi, mereka tetap telah mempamerkan bakat yang cukup hebat
Saya sendiri tidak dapat menafikan
Saya kagum dengan mereka berdua ni

Terus-terang
Teringin sekali punya anak-anak sebegini
(Kena cepat-cepat kawinlah ni, hehehe
Doakan saya yer!)
lk
P/S - Sila tonton sampai habis ya!
Saya sendiri telah berulang kali menonton
Rakaman ni, hehehe...

0 comments:

Please Pray For Our Success

Esok, Selasa 22 Mac 2011
Anak-anak didik saya akan mewakili sekolah
Di dalam Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
Peringkat Zon Tenggara, Kulaijaya, Johor
Bertempat di padang
SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor

Untuk tahun ni, saya terlibat secara langsung
Sebagai pengurus pasukan
Cam poyo je kan?
Padahal pengurus pasukannya sendiri pun 'kaki bangku'
Hehehe...

Pencapaian untuk setakat ini ialah
Hatrik (3 kali berturut-turut)
Johan Zon Tenggara

Hopefully untuk tahun ini
Masih dapat mengekalkan kejuaraan tersebut
In sya Allah, amiin...
Please pray for our success


Kelengkapan yang telah siap disediakan
2 pasang jersey
Pad, glove
Dan juga peti 1st aid
lk
Updated :
lk
Tahun ni
Tiada rezeki buat kami
Untuk terus mengekalkan kejuaraan tersebut
Moga ada kejayaan buat kami
Pada masa yang akan datang
In sya Allah, amiin...

6 comments:

Akhirnya, Selesai Juga!

AlhamdulilLah, akhirnya selesai juga
Menanda skrip-skrip jawapan
Untuk Ujian Setara 1
Yang dijalankan sebelum cuti sekolah yang lalu

Esok, dah nak mula bertugas
Hari ni baru selesai menanda, hehehe...
Sungguh cemerlang sekali cikgunya kan, hahaha...



Saje nak tunjuk markah yang paling tinggi
Padahal bukan semua pun yang dapat A
Ada yang dapat B, C dan D (tak lulus)
Tapi, untuk Ujian kali ni
Secara keseluruhannya
Saya berpuas hati dengan pencapaian mereka
AlhamdulilLah...

4 comments:

Ini Umai... Tapi, Bukan Daughter Kak Ayu Razali!

Next experiment...
Hari ni cuba memasak satu lagi resepi
Iaitu umai

Umai ni adalah masakan tradisi kaum Melananu di Sarawak
Ia berasaskan ikan, udang atau sotong
Ianya tidak dimasak secara biasa
Tetapi, hanya diperap bersama perahan limau dan cuka
Beserta bahan-bahan yang lain

Untuk resepi ini
Saya menggunakan isi kepala ikan tongkol
Sebab tu je yang ada dalam peti ais, hehehe
Then, actually saya masukkan dengan kepala tu sekali
Agak2 betul ke cara tu?
Hentam sajelah labu, hahaha...

Rasanya?
Tak tahu lagi...
Sebab masih diperap di dalam peti ais
Tapi, tadi saya tengok
Isi ikan yang berwarna merah tu dah bertukar putih
Then, saya ada rasa sikit bumbu yang digunakan sebagai bahan perapan tu
Memang umph!!!
Rasa ikannya?
Tak cuba lagi
Harap2 boleh telanlah, hehehe...

Resepinya dari blog Kak Hana

Rasanya, ramai yang tak biasa makan umai ni
Saya pun tak pernah makan pun sebelum ni
Saje nak cuba
Mana tau sesuai dengan tekak ni, hehehe...
Tak cuba, tak tahu kan!

p/s - Umai ni bukan daughter kak Ayu Razali tau
Hehehe, gurau je kak...
  

6 comments:

Jalan-Jalan @ Zoo Johor

Aktiviti sempena 
Cuti Sambutan Tahun Baru Cina yang lalu
@ Zoo Johor, Jalan Gertak Merah, Johor Bharu, Johor
04 Februari 2011









4 comments:

Senyum...


0 comments:

Now, I'm 29

Ucapan untuk diri sendiri, hehehe...

Happy belated birthday to me
Hehehe...
Actually, 08 Mac yang lalu
Adalah hari kelahiran saya
Yang ke-29
Huhuhu, dah tua dah!

Harapan saya
Moga umur yang telah lalu akan dilimpahi dengan maghfirah
Dan moga umur yang akan datang
Akan sentiasa diberkati dan dirahmati
Amiin...

"Manusia sering menghitung umurnya yang telah lalu
Yang akan datang 
Tetap menjadi rahsia"
Moga khusnul khatimah menjadi pengakhiran kita
In sya Allah, amiin...

6 comments:

Award Daripada Kak Ayu Razali

lk
Award daripada kak Ayu Razali
Blogger Citarasa Rinduan
TQ kak!

November 2010
Kali pertama kak Ayu singgah ke blog saya ini
Sejak itulah entri-entri di blog saya ini
Tidak pernah sepi daripada sebarang komen

Actually, saya selalu gaklah singgah
Di kedai makan milik FILnya tu
Tapi, kami tak pernah kenal pun sebelumnya, hehehe...

Kalau nak baca entri
Kali pertama kami bersua dan bertegur sapa
Dalam keadaan sudah saling mengenali
Boleh baca di sini

Sebab kak Ayu gaklah saya berpeluang
Untuk menghadiri bloggers gathering di teratak Cik Mat Gebu
Kalau tak, memang entah bilalah nak dapat peluang tu, hehehe...
TQ kak!

So, sesapa yang tak kenal lagi kak Ayu ni
Bolehlah terjah ke blog beliau yer
Ok, sekian sahaja, tata titi tutu, hehehe...

2 comments:

My New Baby Was Borned


My new baby was borned
Opsss!!!
Did you still single and available?
Hahaha...

Actually, i set up my new blog
"My Blog List"
That compile all my favourite reading list
That not listed here

Ok, you guys
Feel free to visit my new baby, hehehe....

6 comments:

Penampilan Pertama





Penampilan pertama
Di dalam Mesyuarat Agung PIBG
SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor
Pada 12 Mac 2011 yang lalu

Untuk persembahan ini
Latihan hanya dapat dijalankan untuk beberapa sesi sahaja
Kerana mereka semua sibuk menjalani
Ujian Setara 1 mulai 08 hingga 11 Mac 2011 yang lalu
So, setakat ini sahajalah hasilnya
Tentunya masih banyak yang perlu diperbaiki

Nama kumpulan pun kami tak decide lagi
Ada sesape nak bagi cadangan?
Actually, kumpulan ini baru ditubuhkan
Pada 07 Mac 2011 yang lalu

4 comments:

Vlog Sembang-Sembang Ben Ashaari Dan Cik Mat Gebu

       

On Saturday, 12 March 2011
Me also participating in this vlog
At the end of the part, hehehe...
Better then never, hahaha...      

2 comments:

Bloggers Gathering @ Teratak Cik Mat Gebu


12 Mac 2011
AlhamdulilLah, sekali lagi saya dapat menghadirkan diri
Ke bloggers gathering @ teratak Cik Mat Gebu

Gathering kali ni memang best
Sebab saya berpeluang bertemu dengan ramai blogger hebat
Tapi, sayangnya tak sempat nak beramah mesra dengan semua yang hadir
Saya sendiri tiba agak lewat
Dan ada di antara blogger yang hadir 
Mohon mengundurkan diri lebih awal

Then, sayang gak sebab tak dapat nak rasa
Semua menu yang dihidangkan oleh chef of the day
Siapa lagi, kalau bukan Cik Mat Gebu sendiri...
Sebab, saya datang dengan perut yang sudah sedia kenyang
Sebelumnya, saya telah menghadiri walimah anak bekas GB saya
So, saya dah makan kat situlah...

Then, yang paling saya sedih sekali
Sebab semua gambar yang saya rakamkan di gathering tu
Tidak dapat diselamatkan
Kerana sd card saya terpaksa diformat
Tanpa sebab-sebab yang sendiri tidak ketahui
Selalunya, ikut kita sendirilah kalau nak format sd card tu kan
Ni tak
Keluar notification for me to format the sd card
Huhuhu...
(Gambar kat atas tu masa saya join gathering 
Also @ teratak Cik Mat Gebu 
Pada bulan Januari yang lalu)

Tak best kan cerita takde gambar ni
So, saya linkkan jelah kat entri-entri yang telah disediakan
Oleh blogger-blogger yang telah menghadirkan diri
Ke gathering tu :

Cik Mat Gebu (Di sini, di sini, dan di sini)
Ben Ashaari (Di sini, di sini, di sini dan di sini)
Azila (Ben's wife) - for invited readers only
Khata Jabor (Husband Kak Yatie)
Seri (Kak Yatie daughter's)
Nadirah (Di sini dan di sini)

6 comments:

Rasa Diri Dihargai

A gift from my bos
Ketika beliau menghadiri tugasan rasmi di Sabah
Actually, inilah adalah pemberian kali kedua
The 1st time, when he come back from the overseas
For a holiday trip or official trip
I can't remember it...

When i've joined the j-QAF bench mark trip
To SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor

2 comments:

Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia

Masih lagi cerita tentang
Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia

Untuk hari kedua ni
Perjalanan bermula daripada Bandar Penawar, Kota Tinggi
Menuju ke Kluang, Johor

Yang dok bersambung cerita ni
Sebab tengahari tadi pelumba-pelumba tu
Melalui jalan utama
Berdekatan dengan sekolah tempat saya mengajar

So, semalam kan saya ralat
Sebab tak sempat nak rakam
Ketika pelumba-pelumba tu
Melalui tempat saya tersadai tu kan?
So, hari ni apa lagi
Mana boleh nak lepaskan peluang!
Hehehe...

2 comments:

Terkandas Di Perjalanan

Hari ini
Saya menyertai satu lawatan
Ke Sekolah "Penanda Aras Program j-QAF"
Di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor

Sebagaimana yang dijadualkan
Semua peserta yang terlibat perlu berkumpul
Di PPD Kulaijaya pada jam 1200 tengahari
So, saya dengan konfidennya
Jam 1130 pagi baru nak bertolak daripada sekolah
Kerana menjangkakan boleh tiba di PPD Kulaijaya tu
Tepat pada waktunya

Dalam perjalanan tu
Saya tengok ada banyak polis yang berkawal di bahu-bahu jalan
Curious gak dibuatnya
Pastuh saya adalah memotong 2 buah lori ni
Tengok2 kat depan tu ada polis peronda
Mengarahkan agar saya memberhentikan kereta ke bahu jalan
Alamak, dah cuak ni
Rupanya-rupanya polis peronda tu bukan arahkan saya sorang je
Tapi, semua pemandu lain pun kena gak, hehehe...

Dalam hati ni dok bertanya-tanya
Ada apa ek?
Pastuh nampaklah polis peronda asyik lalu je
Masa tu jalan memang dah clear
Tengok jam, rasa tak boleh nak sampai jam 1200 tengahari tu
Beberapa kali saya membuat panggilan ke seorang ustaz ni
Untuk memaklumkan kondisi saya ketika itu

Dalam 20 minit tersadai kat tepi jalan tu
Dengar bunyi riuh datang dari arah hadapan
Rupa-rupanya ada jelajah berbasikal
"Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia"
Erm, layankan jelah...
Ingatkan ada apalah tadi, hehehe...

Then, tengok jalan macam dah clear je
Masing-masing kembali meneruskan pemanduan
Tapi still jammed lagi
Sebab ada lagi seorang dua pelumba yang tertinggal
Pastuh ambulan lalulah, lori polis lalulah
And ada macam2 lagi kenderaan yang berkaitan dengan Kejohanan tu
Dok lalu sepanjang jalan tu...

Akhirnya, jam 1240 tengahari
Baru saya tiba di PPD Kulaijaya tu
Tu pun ada seorang ustaz lagi yang terlewat
Sebab dia pun terkandas macam saya gak
And ada 2 orang ustaz lagi yang terpaksa
Drive sendiri sebab mereka lagi lewat tiba
Sebab salah seorang ustaz tu memang tak boleh drive keluar
Dari jalan utama sekolahnya 
Sebab jalan tu ditutup dan dikawal polis
Bagi memberi laluan kepada pelumba-pelumba tu

Sila klik di sini
Untuk membaca petikan berita
Yang berkaitan dengan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia ini







Ni je yang sempat saya rakam
Rasa ralat pulak sebab tak sempat nak rakam
Ketika pelumba-pelumba tu 
Melalui tempat saya tersadai tu (hehehe)

8 comments:

Juara Larian Merentas Desa Kategori Overweight


Actually, pada 12 Februari 2011 yang lalu
Telah dianjurkan Larian Perdana Mahkota
Secara serentak
Melibatkan semua sekolah di Negeri Johor

Sebelum nak lari tu
Kenalah berlatih dulu kan?
So, pada 09 Februari tu
Sekolah saya telah menjalankan sesi latihan
Untuk semua murid yang terlibat

So, mengambil kesempatan tu
Cikgu-cikgunya pun join sama berlari
Termasuklah orang yang dalam gambar kat atas tu

AlhamdulilLah, orang tu
Dapat menamatkan larian dengan jayanya tau
Hehehe...

Kalau join sama masa hari larian
Sure orang tu akan menang
Kategori overweight, hahaha...
Sape ek orang tu?
Ntah, hehehe...

8 comments: