Sajak : Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji

Muslimin dan muslimat
Berpeganglah akidah
Di dalam hati jadi azimat
Percayakan Allah cintakan Allah

Berpegang akidah yang luhur dan murni
Melaungkan kalimah tauhid yang suci
Membentuk akhlak dan sahsiah terpuji
Meningkat iman dan taqwa di hati
Ibtaghi mardhatilLah
Al-falah fiddunya walakhirat

Akidah jadi pedoman
Dalam jiwa setiap insan
Panduan catur kehidupan
Kukuh sahsiah terpuji
Jadikan ia pegangan
Asas kekuatan insan

Ya Rabbana Ya Rabbal Izzati
Ya Rabbana Ya Rabbal Izzati
Berkatilah redhailah kami Ya Allah
Berkatilah redhailah kami Ya Allah
Ya Rabbana Ya Rabbal Izzati
Ya Rabbana Ya Rabbal Izzati

Marilah ummah
Mari semua
Berbekal akidah
Kukuh sahsiah terpuji

Ayyuhal ummah
Hayya hayya bina
Bil aqidah
Tamkinusy syakhsiah

Ayuhlah bersama
Kukuhkan sahsiah
Dengan akidah tauhidkan Allah
Moga mendapat keredhaan-Nya

Areef @ Azaref
03 April 2011 bersamaan 28 Rabi'ul Akhir 1432H
10 : 26 am
Share on Google Plus

6 comments:

NzA said...

semoga kita sentiasa diberkati dlm menjalani hidup sehari2...

salam singgah cikgu azreef.

lama kak ayu tak singgah sini
PS: wajah blog cikgu pun bertukar rupa...

to kak nza,

amiin...

to kak ayu,

tq sudi singgah kak...

jemputlah dtg rmh yg baru bercat baru ni, hehehe...

LYAfrina said...

Terima kasih x thingga utk buku senjata mukmin :-)

http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2011/04/buku-senjata-mukmin-winner-most.html

to lyafrina,

sama2... smg bermanfaat...