Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011 (Kategori Sekolah Rendah)

Pada 23 April 2011 yang lalu
Bertempat di TJMart Saleng, Kulaijaya
Sekolah saya telah menghantar wakil
Ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011 
(Kategori Sekolah Rendah)

AlhamdulilLah, setelah 3 tahun menyertai Festival ini
Akhirnya, Wardatunnur (Nama team nasyid Sekolah saya tu)
Bergelar Johan
Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011 
(Kategori Sekolah Rendah)
Dan memenangi hadiah solo terbaik

Kalau diikutkan sejarah
Kali pertama menghantar wakil pada tahun 2008
Penyertaan dibatalkan kerana lagu yang dinyanyikan tidak mengikut tema
Pada tahun 2009 mendapat Naib Johan (hanya beza 0.5 markah)
Dan pada  tahun 2010 mendapat tempat ketiga

Resepi kejayaan tahun ni cukup mudah
"Bersatu dan bekerjasama"
Tahun ini saya sebagai jurulatih meminta bantuan daripada banyak pihak
Bantuan daripada seorang kenalan untuk menghasilkan lagu dan lirik
Dan bantuan daripada murid-murid SM Arab
Untuk melatih persembahan dan bermain alat muzik
AlhamdulilLah, dengan bersatu dan bekerjasama
Kejayaan yang cemerlang mampu untuk diraih...
lk


Lagu tema : "Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji"

Lagu kedua : "Agama Allah"
Share on Google Plus

4 comments:

Terima kasih kerana sudi datang ke website saya.

Saya juga mendoakan semoga areef mendapat keberkatan di atas apa yang diusahakan. Semoga berjaya dengan cemerlang.

Amiiinn...

to shashacatering,

sama2...

in sya allah, amiin...

untuk kita semua...

alhamdullilah.
tahniah semua wardatunnur mmg hebat.

to kak ayu,

alhamdulillah kak...

tq! tak hebat pun, masih byk kelemahan... utk per. negeri pun kami tk mng pun...

in sya allah, sabtu ni wardatunnur akan perform di malam kebudayaan sempena sambutan hari belia kat pdg skss tu kak...