Makan Nasi Tak Berlauk


Bagi kebiasaan kita
Ok atau tidak kalau makan nasi tak berlauk?
Mesti rasa tak berselera kan?
Paling kurang pun mesti nak berlaukkan kicap dan cili padi, betul tak?


Nasi berlaukkan asam pedas ikan pari
Dan urap pucuk ubi bersama kacang botol
Pasti terbuka selera kan? :)

Begitulah ibarat di dalam kita melaksanakan ibadah kepada Allah SWT
Yang fardhu itu wajib dilaksanakan sebaik mungkin
Namun, untuk memperindahkan lagi sesuatu ibadah itu
Yang fardhu, yang wajib
Perlu disertai dengan yang sunat
Umpama kita melaksanakan solat fardhu 5 waktu sehari semalam
Alangkah indah...
Jika ianya dapat disertakan dengan solat-solat sunat yang lain seperti
Solat sunat qabliah dan ba'diah, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tahajjud
Dan sebagainya lagi...
Oh indah dan manisnya beribadah!

(Antara intipati tadzkirah yang disampaikan oleh
Ustaz Mohd Firdaus daripada Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi
Di dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Zon Tenggara, Kulaijaya
Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya
Dengan kerjasama Masjid Al-Husna, Bandar Tenggara
Pada 25 Ramadan 1432H bersamaan 25 Ogos 2011 yang lalu)
Share on Google Plus

6 comments:

assalmualaikum..
selamat malam cikgu.
suka saya dengan entry ini.. betul kan.. kalau makan hanya nasi kosong.. tak sempurna jadinya..
selain asasnya.. jika ditambah dan dicantikan dengan hiasan.. bertambah selera..

begitu jua dengan amalan kita..
terima kasih berkongsi ya

Zul Fattah said...

mak ai.. sedap nye.. ni lagi sedap kalau ada ikan sungai goreng garing dengan budu..
lpas tu sayur kuning rebung bukit.. tip top..

to zul fattah,

sedap kan? begitulah ibarat ibadah kita seharian, perlu disedapkan dgn plbg ibadah wajib n sunat :)

wah, mesti sedap rebung bukit tu ek, tk penah mkn lg tu...

NzA said...

tiada nikmat jika menikmati nasi kosong...dan tiada nikmat hidup tnpa "nur islam"...

to kak nza,

betul tu kak... sbb kita tk blh ambil islam secara separuh2, kena ambil semuanya :) peringatn utk kita semua kak...

to kak ayu,

tk perasan lak komen akak :)

betul kak! amalan sunatlah selaluny yg menampung kekurangan di dlm kita melaksanakan ibadah yg wajib...