Segmen : Jom Senyum Sambil Hadiahkan Al-Fatihah


Bersempena hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini
Sayyidul ayyam; penghulu segala hari
Jom kita join segmen bersama Nur Kasih ni!
Segmen yang sangat-sangat bermakna...
Klik pada banner di atas for further information ya...

Saya tag @ hadiahkan surah al-Fatihah ini buat
Kak Nza, Cik LIBL, IM dan semua rakan blogger yang sudi untuk menerimanya
Moga hidup akan sentiasa disinari cahaya al-Qur'an :)

Shy-Shy Cat

 

Si ibu yang berlagak ala-ala shy-shy cat :)


Mula menunjukkan keyakinan diri...


Wah, terus posing maut gitu, hehehe...

Indahnya Flora @ Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor

AlhamdulilLah, pagi tadi saya dapat menghadirkan diri
Ke Majlis Khatam Al-Qur'an Murid-Murid Program j-QAF 
Sekolah-Sekolah Daerah Kulaijaya Peringkat Negeri Johor Tahun 2011
Bertempat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor
Actually, saya hadir sebagai jawatankuasa pelaksana
So, bila kerja dah siap, saya mengambil kesempatan untuk round-round di sekitar masjid ni
Actually, 1st time saya sampai ke masjid ni...

Jom layan hasil tangkapan my dslr!









9 Hari Tanpa Entri

Dah 9 hari blog ni menyepi tanpa sebarang entri
Actually, saya belum berkesempatan untuk menulis entri-entri baru
Dek kesibukan dengan pelbagai perkara
Yang membataskan rasa malas melebihi rasa rajin :)
In sya Allah, banyak yang ingin saya kongsikan nanti, tunggu ya!

p/s - Tak pernah-pernah saya tertidur di dalam kereta hampir 1 jam
Ianya berlaku pada petang tadi
Saya ke bandar Kulaijaya untuk ke PPD 
Bagi menyelesaikan urusan berkaitan program khatam al-Qur'an 
Yang akan dijalankan pada esok hari
Dek terlalu mengantuk, saya berhenti di masjid untuk melelapkan mata sebentar
Sedar-sedar hampir 1 jam saya tertidur
Kelam-kabut bangun and keluar dari kereta
Sebab masa tu saya belum lagi menunaikan solat Zohor
Sampai di PPD pun agak lewat
AlhamdulilLah, nasib baik sempat menyelesaikan urusan di PPD tu :)

Bunga, Flower, ازهار






Dirakamkan di halaman rumah saya pada petang tadi :)


Mewangi Bunga Dunia
Lirik : Klik di sini

Raya Gathering @ Teratak Cik Mat Gebu (Part 2)

Ok, kita sambung Part 2 pulak
Gambor kenangan bersama ahli rombongan Cik Kiah, hehehe...
Lets pictures do the talking again!


All of us!


Saya pulak nak enterframe, hehehe...


Cik Mat Gebu tarak, Areef Gebu adaaa... :)
With blue tiffin!


Wah, semua dok berebut nak bergambar ngan retis, hehehe...


I'm the oldest, huhuhu...


Nak balik dah...


Jumpa lagi semua!


To the next destination...
Drive safely and carefully with Allah blessing...

Overall, gathering ni memang happening sangat
Riuh-rendah dengan gelak ketawa kami
Lebih-lebih lagi bila Cik Mat dok buat lawak
Cik Mat pandai buat lawak tau, tak kering gusi dibuatnya :)
Adalah juga Cik Mat dok turunkan sikit-sikit tips memasak tu
Cik Mat,  tq bebanyak atas layanan yang sangat baik
And for makanan yang sedap-sedap
Mohon maaf jika ada sebarang salah dan silap yer...
In sya Allah, ada umur kita jumpa lagi :)

Raya Gathering @ Teratak Cik Mat Gebu (Part 1)

Today, 17 September 2011/ 19 Syawal 1432H
Actually, kali ke-3 saya dapat menghadirkan diri ke teratak Cik Mat Gebu ni
Untuk gathering kali ni
Turut hadir ialah Sunah, Amalina, Adish Shida, Muslimah Optimis,  Azila Aji
Lets pictures do the talking!


Sedenak, here we come... Again!


Cheesecake with strawberries from Tesco, hehehe...
Semua dok berebut nak tapau tau, sabor jelah :)


Asam pedas ayam, i like!


Sayur campur with udang seksi, hahaha...


My all time fav ikan kering :)


Black pepper beef
Ada orang Nogori yang tak tahan pedas, hehehe...


Chocolate cake and layer cake
Prepared by Sunah
I like the chocolate cake, delicious!


Mine, marvellous!


Also mine, yummy3x


Pastry puff served with chili sauce and sos seribu pulau

TQ Cik Mat
For all the delicious and marvellous food
Jangan tak tau, ada yang cikeding pun
Siap tambah nasi tu, hehehe...

Fikir Sebelum Buat!


Pagi Khamis lalu saya menerima sms daripada seorang sahabat
Smsnya berbunyi begini :

TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKAN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM& KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM - HJ. HALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

(Sms ini disalin semula tanpa sebarang pengubahsuaian
Termasuklah ejaan dan tanda bacanya)

Kalau anda dapat sms ni, rasa nak sebarkan tak?
Boleh jer..
Dengan syarat anda pasti bahawa kandungannya memang sahih
Bukan fitnah, dan bukan rekayasa semata-mata
Sebab, dosa fitnah tu lebih besar daripada dosa membunuh tau!
Keburukannya bukan hanya sedikit
Ramai yang akan terlibat sama...

So, boleh tak nak sebarkan sms kat atas ni?
Baca di sini dan di sini dahulu
Kemudian anda buatlah keputusan sendiri
Sama ada mahu menyebarkannya atau tidak yer...

Doa Menaiki Kenderaan


Drive carefully and safely, remember Allah always!

Menghasilkan Watermark Cara Saya

 Jom belajar cara-cara untuk menghasilkan watermark
Mudah jer caranya!
Yang penting adalah daya kreativiti masing-masing


Saya guna perisian Microsoft Office Powerpoint 2007 jer
Nak buat wording tu just click insert - wordart
Then, pilihlah jenis font yang disukai
Kalau nak tambah efect pada wording tu just click format
Hitam dan putih adalah warna yang biasanya digunakan untuk wording tu
Kalau nak tambah gambar pun boleh
Just klik insert - clipart (then, pilihlah gambar yang kita kehendakki) 


Ok, bila dah siap watermark tu
Clik control A then click mouse sebelah kanan
Then, click save as picture pada menu bar yang dipaparkan tu


Savelah watermark tu di mana-mana lokasi yang anda kehendakki
File format : PNG


Photoscape, my photo editor
Kalau nak tambah watermark pada gambar tu
Just click object - photo - lokasi watermark anda berada - watermark
Anda boleh resize and adjust opacity of the watermark tu ikut kesesuaian...

Selamat mencuba!
Kalau ada yang tak faham, bolehlah tanya yer :)

Selamat Berjuang Anak-Anakku!

Sekitar hari pertama peperiksaan UPSR Tahun 2011
Bagi murid-murid tahun 6
SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor
Selamat berjuang anak-anakku!


Khusyuk mendengar taklimat
Sebelumnya, mereka telah bersarapan di kantin Sekolah
(AlhamdulilLah, sarapan telah disediakan oleh pihak Sekolah)



Murid-murid menerima slip peperiksaan
Dan alatulis yang telah disumbangkan oleh YB Ahli Parlimen Tenggara


Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan


Doa dibaca memohon Rahmat
Agar perjuangan beroleh najaah, amiin...


Wajah-wajah seorang pejuang...


Kami pergi berjuang dulu ya!

AlhamdulilLah, sepanjang peperiksaan berlangsung
Telah dilaksanakan aktiviti solat hajat dan bacaan Yaasin
Bersama guru-guru, ibu bapa dan murid-murid lain
Moga doa kami akan diperkenankan oleh-Mu Ya Allah...

p/s - Adik saya yang bongsu juga menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ni
Dia yang nak periksa, saya pulak yang dok risau :)

Yey, Yey, Dapat Duit Raya!


Jumaat lepas saya menghadiri open house rakan sekerja saya, Kak Saemah
Nak balik tu, saje jelah dok ngendeng duit raya
Tak sangka, boleh dapat pulak, hehehe :)
Ayat kena manislah kan, hahaha...

Amalan memberi duit raya ni
Actually, merupakan suatu amalan yang baik
Namun, perlulah disertakan dengan hati yang ikhlas
Dengan niat untuk bersedekah 
Sebagai tanda kita bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya
In sya Allah, dengan niat yang baik itu
Allah akan membalasnya dengan sesuatu yang baik jua...
Dan ingatlah bahawa
Sesuatu amalan baik yang disertai dengan niat kerana Allah SWT 
Ia juga dikira sebagai suatu ibadah...

Bebola Roti Goreng

Untuk aktiviti marhaban malam semalam
Selain menu kek coklat kukus
Saya juga turut menyediakan menu bebola roti goreng
Jom semak resepi!

p/s - Adik beradik saya semua lelaki
So, terpaksalah menolong emak di dapur :)


Gaul sebati bahan untuk perencah :
Lobak yang dihiris nipis
Sosej dipotong nipis
Bawang besar dipotong dadu
Cili merah dihiris nipis
Daun sup dihiris halus
Udang geragau
Kiub pati ayam
Garam dan serbuk perasa


Roti putih dikoyakkan kecil-kecil


Gaul sebati roti dan bahan perencah


Pecahkan telur


Gaul sebati
Saya guna tangan jer :)


Kepalkan adunan menjadi bebola


Goreng hingga kekuningan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...