Baru Sembuh Dari Penyakit Sedih, Kecewa dan Berdebar-debar

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap semuanya sihatlah ye. In sya Allah, amiin... Saya AlhamdulilLah sihat. Tapi, sebenarnya baru je baik dari penyakit sedih, kecewa dan berdebar-debar. Hah, penyakit apa tu? Hehehe...

Sebenarnya, Sabtu lepas (7 April 2012) team nasyid di bawah pimpinan saya telah pun bertanding di dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya (Kategori Sekolah Rendah) Tahun 2012 bertempat di TJMart Saleng, Kulaijaya, Johor. AlhamdulilLah, berjaya mendapat tempat ke-2. Walaupun itulah rezeki yang telah ditentukan Allah, sebagai manusia biasa saya merasa sungguh kecewa, lebih-lebih lagi bila memikirkan yang tahun lepas kami telah berjaya menempatkan diri hingga ke Festival Nasyid Peringkat Negeri.

Sebenarnya, sebelum ni pernah je mendapat tempat ke-2 dan ke-3. Namun, tahun ini saya berasa sungguh sedih dan kecewa kerana bagi saya kekalahan itu berlaku atas kelemahan yang ditunjukkan oleh team saya itu sendiri. Sedangkan sudah bersungguh-sungguh berlatih. Seawal pencarian bakat-bakat baru, mencipta lirik dan lagu, berlatih alat muzik, gaya dan persembahan. Saya sendiri sangat yakin dengan komitmen yang ditunjukkan oleh anak-anak didik saya tu. Tapi, di hari pertandingan, mereka menunjukkan persembahan yang sungguh mengecewakan. Melodi lagu yang sebelumnya kedengaran sangat sedap, pada hari pertandingan langsung tidak mesra telinga yang mendengar. Jujur; sepanjang persembahan mereka, kalau ada yang perasan, wajah saya memang sentiasa kelihatan kelat, huhuhu...

Wardatunnur; seindah namamu
lk
Disebabkan itulah, saya mendapat penyakit sedih, kecewa dan berdebar-debar. Saya merajuk dengan mereka. Seusai Festival tersebut, saya langsung tak bercakap dengan mereka. Diam seribu bahasa. Dan sepanjang seminggu selepas itu, hati saya sentiasa berdebar-debar bila mendapat panggilan telefon. Di dalam hati, saya sentiasa menyangka bahawa panggilan itu ingin memaklumkan bahawa team yang mendapat tempat pertama ingin menarik diri. Keadaan ini berlarutan sehinggalah hari Jumaat sebelum 14 April 2012 (Festival Nasyid Peringkat Negeri). Ketika itu, saya baru mula memimpin solat hajat murid-murid Tahun 6, dan ketika itulah juga saya mendapat panggilan telefon. Berdebar-debar dibuatnya. Saya masih mengharap, walaupun hanya tinggal kurang daripada 24 jam sebelum berlangsungnya Festival Nasyid Peringkat Negeri. Rupa-rupanya panggilan telefon tu dari sahabat sekerja saya yang ingin memesan sesuatu. Kelakar je kan... Hehehe...

Erm, dan saat itu jugalah saya telah berhenti mengharap. Perlu menerima hakikat, qadha' dan qadar yang telah ditentukan Allah. Saya tidak boleh terus berputus asa. Saya perlu yakin dengan iradat yang telah ditentukan Allah. Terus berusaha dan berjuang selagi mampu. Agi idup agi ngelaban! Chaiyok!

Saya tak bergambar pun dengan mereka, sebab masa ni saya sedang merajuk, hehehe...
lk
Sebagai seorang guru, kejayaan murid itulah yang sangat-sangat diharapkan. Kalau mereka menang, mereka akan dapat hadiah. Mereka akan dibelanja makan. Mereka akan diberikan sijil penyertaan ataupun penghargaan. Tetapi, sebagai seorang guru kami tak dapat apa-apa pun. Paling-paling pun hanya sekadar ucapan tahniah. Sedangkan, kami telah berkorban masa, tenaga juga wang ringgit. Sebab tu, saya berasa sangat sedih dan kecewa bilamana murid itu sendiri tidak mempunyai kesungguhan dan keazaman untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan. Sedangkan kejayaan dan kecemerlangan murid itulah yang sangat-sangat diharapkan oleh seorang yang bergelar guru...

Let's show our support!

4 comments :

Papa-NtiQ said...

tak tahu pulak Areef ni giat dalam nasyid. Tahniah dengan usaha gigih dan kejayaan mendapat hadiah tu!!!

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

..next year cuba lagi.. jgn give up yer Ust Azaref Naim!..

kalah atau menang at least kids learn something may be dia org belum paham erti kemenangan dan harapan..

teringat dulu masa kat MRSM cikgu perempuan kimia masuk kelas tutup pintu & tingkap marah kita org satu kelas then dia nages. Sbb result trial x berapa bagus.. bila dekat2 SPM kami sekelas beramai2 pegi mintak maaf.. :)

Areef Ibn Naim said...

to papa ntiq,

erm, tulah antara passionate sy di sekola... tp tkde ilmu sgt pun, just minat je, huhuhu...

Areef Ibn Naim said...

to libl,

in sya allah, selagi kuat smgt lg :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...