Suatu Pertemuan...

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Cak!!! Hehehe... Entah ke manalah saya menghilang kan, tiba-tiba je muncul kembali, kihkihkih... Ada je dok buka blog hari-hari, tapi seru nak update tu tak datang-datang, huhuhu... Erm, ni ntah seru apa yang tetiba datang, hehehe...

Erm, dahlah tak payah cakap pasal seru-seru ni kan... Karang seru apa pulak yang datang, kihkihkih...

Erm, actually nak cerita tentang kisah pagi tadi. AlhamdulilLah saya diizinkan Allah bertemu seorang sahabat ketika sama-sama menuntut di UM dulu. Masa tu kiteorang menetap di Kolej Kediaman Za'ba UM (Kolej Kediaman Ketujuh). Lama jugaklah tak jumpa dia ni. Last jumpa pada tahun 2007. Kiteorang taklah rapat sangat. Tapi, atas nama ukhwah, persaudaraan itu terus terjalin hinggalah kini. Sekarang sahabat saya ni sedang mengikuti pengajian peringkat PHD di UM dalam bidang rehab untuk orang-orang yang baru menjadi buta. Actually, sahabat saya ni blind jugak. Tapi, saya kagum betul dengan semangat dia ni. Walaupun blind, semangat berdikari dan mandirinya sangat tinggi. Kekadang kalah kita yang celik ni...

Saje je dia turun JB nak jumpa member-member. Actually, mula macam tak jadi nak jumpa sebab boleh pulak saya tertidur pagi tadi. Padahal memang dah plan nak jumpa di Airport Senai dalam jam 8.30 pagi. So, dia cakap dia nak tunggu saya... Apalagi, berdesuplah saya bersiap, hehehe... Sampai di Airport Senai dalam jam 10.00 pagi. Borak-borak kejap di KFC, then terus ke JPO. Tapi, harap maklum ye... Saya dok cuci-cuci mata je... Sahabat saya ni je yang shopping... I tak mampu u, hehehe.... Ops, lupa! Sebelum tu gi lunch dulu sebab perut saya dah rasa lapar, hehehe... Padahal sebelum bertolak tu, baru je lepas breakfast, hehehe...

Selesai pusing-pusing outlets kat JPO tu, gi minum jap di Terminal Bas Kulai, sebelum sahabat saya ni naik bas untuk menuju ke Bandaraya JB. Dia plan nak jumpa member-member lama dan mak angkat dia. Actually, sahabat saya ni asal dari Kelantan, tapi dahulu dia bersekolah menengah di EC, JB. So, ramailah kenalan dia di JB ni.

Erm, banyak jugaklah yang kiteorang bualkan. Terutamanya tentang rakan-rakan Persatuan Mahasiswa Istimewa UM (PERMIUM). Dulu masa kat UM, saya join persatuan ni. AlhamdulilLah, dari cerita sahabat saya ni, mereka semua telah berjaya dengan kehidupan masing-masing walaupun hakikatnya mereka mempunyai kekurangan. Sedari dulu lagi, saya memang kagum dengan semangat mereka ni. Mereka terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa dan tidak menjadikan kelemahan yang mereka miliki sebagai penghalang untuk menempa kejayaan. Then, sahabat saya ni dok share tentang pengalamannya sebagai pelajar PHD. Banyak input berguna yang telah saya peroleh, tu yang dok berkobar-kobar nak sambung PHD jugak ni... Doakan ye, amiin... :)

Merakamkan kenangan di outlet Universal Traveller, JPO
Share on Google Plus

4 comments:

waalaikumusalam cikgu

rasa kak ayu pulak yang happy... hehehhe.. yalah kan.. lama tak sua. tentu banyak y disyerkan..

bila k.ayu boleh pi JPO eik?? sibuklah.. ahaksss

bab PHD tu.. insyallah.. pasti boleh.. Doktor Azaref

to kak ayu,

erm, klu ikut lama gaklah... sebab 2007 tu pun jupe sekejap je tanpa dirancang...

gilah sesekali ajak abg zali... :)

tq kak doanya, amiin...

nurdiana said...

Assalamualaikum...

Sebenarnya ini kali pertama saya baca blog awak..n then come across this entry ^_^..

Sangat kagum dgn sahabat anda.. Subhanallah..

p/s:-minta maaf laa yer..tetiba mencelah pula ..

to nurdiana,

w'salam...

tq, sudi singgah blog sy n bc entri ni :)

ye, sy sendiri pun sgt kagum pdnya... :)

eh, tkpelah... apa pulak nak minta maaf...