Hasil 'Tembakan'

Pada hari Sabtu, 24 November 2012 yang lalu, saya telah ke Plaza Angsana, Johor Bharu, Johor untuk mengambil my dslr yang sudah siap diservis. Tapi, hairan pulak! Hujung-hujung minggu ni, tak ramai pengunjung pun di Plaza Angsana tu. Rupa-rupanya, baru-baru ni para peniaga dan pengunjung telah dikejutkan dengan satu panggilan palsu yang menyatakan bahawa terdapat bom di dalam Plaza tersebut, huhuhu... Mungkin inilah sebabnya... Erm, sapelah yang takde kerja buat panggilan palsu tu kan?

Tak lama pun kat Plaza Angsana ni. Lepas ambil my dslr tu (actually beli lense baru gak, hehehe), minum petang dan solat Asar, perjalanan diteruskan ke Galleria @ Kotaraya, Johor Bharu, Johor. Actually, Galleria ni dahulunya dikenali sebagai Plaza Kotaraya. Dah setahun lebih gaklah ditutup untuk tujuan renovation. Actually, tujuan saya ke sini, untuk ke Ekspo Buku Islam 5 dan Hari Kerjaya Johor 2012 yang akan berlangsung sehingga 2 Disember 2012. Pada yang berkelapangan tu, jemputlah datang ye. Tapi, kedai-kedai lain banyak lagi yang tak buka. Dengarnya, bulan Januari tahun hadapan baru akan dibuka secara rasmi.

Then, dalam perjalanan nak balik tu singgah sekejap area Pantai Lido, Legoland dan Mydin Nusajaya. Konon-kononnya nak 'menerai' lense barulah kan, hehehe... Legoland tu hanya setakat ambil gambar mercu tanda je. Nak masuk agak kurang mampu sikitlah, hehehe... Jomlah korang layan gambar-gambar hasil 'tembakan' saya tu! Tak cantik mana pun, saje nak tayang kat sini, kihkih... :)

Share on Google Plus

4 comments:

Mat Gebu said...

Waaa....lense baru, patut lah ada bau kedai..hehe...err, sama lah cikgu, che mat kalau Legoland tu mcm kureng mampu..lagi satu kat situ takde kedai jual bahan2 baking...erkk, ok tak alasan tu?

aDisH.sHidA said...

bila la plak nak ke johor nie...nak jejalan sana jugak

@Mat Gebu

sampai ke sedenak ke baunya cik mat? hehehe... blhla alasan tu :)

@aDisH.sHidA

sy pulak teringin nak jalan2 ke kedah :)