A Vacation to Singapore : Part 2

Ok, ni sambungan daripada Part 1. Setelah lama menunggu, akhirnya tiba pun bas CW1 tu. AlhamdulilLah, dapat tempat duduk. Sebab masa beratur tu pun, memang kami yang depan sekali... So, perjalanan kami diteruskan ke Stesen MRT Kranji. Setibanya di Stesen MRT Kranji, saya terus dapatkan prepaid Singapore untuk handphone adik saya. Harganya SGD12 dengan nilai kredit SGD10. Ia membolehkan kita untuk terus membuat panggilan tempatan ataupun antarabangsa/ sms. Untuk handphone saya sendiri, saya dah aktifkan roaming (untuk membolehkan orang menghubungi kita walaupun berada di luar kawasan) sebelum pergi lagi.

Then, singgah toilet lagi, hehehe... Tapi, boleh pulak tak jadi nak membuang sebab tak selesa dengan keadaan toilet yang kotor. Ntah, ni kali pertama saya jumpa toilet kotor kat Singapore ni, huhuhu... Then, kalau kita nak guna toilet kat Singapore ni kena standby air dalam botol supaya senang nak men'cebok'. Sebab ada toilet yang ada paip, tapi tak disediakan salur air. Ada yang hanya boleh flush sahaja. Erm, kalau tisu tandas tu memang ada je disediakan. Ada pulak yang jenis kalau kita nak 'cebok' kita tekan button, then keluar air kat mangkuk tandas tu. So, standby jelah...

So, disebabkan waktu perjalanan dah lari, saya decided untuk terus ke Chinatown. Plan asal nak ke National Orchid Garden dahulu (in syaa Allah next visit). Beli tiket di mesin dengan harga SGD1.86 (ni harga kat web, saya tak ingat exact ammount) sehala untuk perjalanan sejauh 25.8km. Tiket MRT ni ada 2 jenis. Satu tu kad warna hijau. Kad ni kita boleh refund SGD1. Then, satu lagi tu kad warna putih. Kad ni kita boleh refund SGD0.10 dan boleh digunakan sebanyak 6 kali. Maksudnya, just topup untuk perjalanan yang baru. Kalau nak peta Sistem MRT dan LRT mintak je dari kaunter khidmat pelanggan tu.

Kad putih, saya simpan sebagai kenangan
Kad hijau saya takde simpan pulak, dah refund semua
masa last day tu...

Dari Stesen MRT Kranji ni kami interchange di Stesen MRT Jurong East dan meneruskan perjalanan dengan tren yang menuju ke Stesen MRT Pasir Ris dan interchange sekali lagi di Stesen MRT Outram Park dan seterusnya turun di Stesen MRT Chinatown. Walaupun, ada 2 kali interchange, kita hanya perlu beli satu tiket sahaja. Erm, kalau siapa yang tak biasa dengan sistem MRT di Singapore ni, mula-mula tu agak blur sikitlah. Tapi, kalau dah biasa tu ok je.  Sangat mudah! Then, kalau kita nak interchange, kadang tu terpaksa jalan sikit or turun naik escalator. Tapi, semuanya tu di dalam bangunan je. Takde pun yang kena keluar bangunan. Kalau tak faham apa-apa, just tanya je sesiapa yang kita jumpa... Jangan segan-segan! Kata orang, 'malu bertanya sesat jalan'. Tak gitu? Hehehe...

Dalam tren

Dah sampai Stesen MRT Chinatown
Pilih exit A untuk terus ke Pagoda Street

Welcome to Pagoda Street...
Kalau nak cari soveniors murah-murah di sinilah tempatnya

Macam-macam soveniors dan barang ada dijual di Pagoda Street ni seperti key-chain, fridge magnet, pakaian, jam tangan (bagi saya lebih ok di Bugis Street), aksesori wanita, aksesori telefon bimbit dan sebagainya. Tapi, kalau tanya tempat makan halal, memang saya tak tahu kat mana. Kalau area Pagoda Street ni memang saya tak jumpa langsung. Saya just ada beli air 100 plus dalam botol yang sedang tu dengan harga SGD2. Then, mostly yang akan kita jumpa di sini ialah Chinese. Ada tu, saya jumpa Chinese yang jual soveniors tu pandai cakap Melayu. Rupa-rupanya Malaysian, tapi kerja kat sini :) Kalau Chinese Singaporean mostly dorang memang tak boleh cakap Melayu.





Bangunan kat sini memang cantik-cantik. Cumanya, yang tak sedap sikit kat sini, kita akan nampak restoren-restoren yang menghidangkan minuman keras. Memang kita akan nampak pengunjung-pengunjung yang sedang menikmati minuman keras tu, huhuhu... Pagoda Street ni macam Petaling Street kat KL tu, tapi sorry to say kalau Petaling Street memang out of my list, saya tak suka gi situ...



Sri Mariamman Temple


Walaupun tempat ni mostly adalah Chinese, surprisingly ada gak masjid selain Sri Mariamman Temple tu. Masjid Jamae Chulia. Kalau nak pergi Masjid ni, kita jalan terus je dari permulaan Pagoda Street tu sampai hujung jalan then kita belok kiri. Jalan depan sikit dah jumpa Masjid ni. Kiteorang berhenti rehat dan solat jama' di sini. Yang paling saya suka, sebab boleh 'membuang' dengan selesa. Sebab, tandasnya memang sangat bersih dan selesa. Tak payah bawa air dalam botol untuk men'cebok', hehehe...



Pintu masuk untuk jemaah Muslimat


Kebetulan masa saya sampai tu ada tadzkirah Zohor. Suka dengar tadzkirah tu sebab penyampainya tu cakap campur-campur Melayu-Singapore, English dan sedikit Arabic. Tapi, saya tak ingat isi tadzkirah yang disampaikan, huhuhu... Then, tadzkirah ni memang disampaikan menggunakan pembesar suara. Cuma, saya tak sure suara tu boleh di dengar sampai ke luar masjid atau tidak.

Menandatangani buku pelawat

Dari luar nampak kecik je, sebenarnya besar gak kawasan dalam masjid tu



Kiteorang kat sini dalam setengah jam. Dalam jam 2.00 petang sambung jalan-jalan lagi kat Pagoda Street tu sebelum naik tren semula untuk ke Little India.

On the way ke Stesen MRT Chinatown. Ni area permulaan Pagoda Street tu...

Okla, sampai sini dulu. Nanti saya sambung lagi ye... In syaa Allah... Anyway, kata orang 'hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik negeri sendiri'. Tapi, berjalanlah ke negeri orang, kerana ia satu pengalaman baru yang bukan mudah untuk kita memperolehnya...
Share on Google Plus

4 comments:

aDisH.sHidA said...

salam

tak berapa nak paham bab tiket MRT tu..huhu...

mesti sampai part 10 kan..xpe tunggu je nie..sebab nak g sendiri tatau bila..hehe

lawa tulisan cikgu areef..

Eedi Aziz said...

best tu...ronda2

@aDisH.sHidA

actually tiket tu mcm kita byr deposit sgd1, maknanya byr lbh sgd1, so klu kita pulang balik kad tu kat mesin kita dpt balik sgd1 tu mcm cagaranlah...

klu kad putih tu tk payah pulang, dh guna 6 kali bru pulang... cagaranny sgd0.10 je...

byk part lg ni... kata nk gi bln 1 ni...

tulisan sy buruk je :)

@Eedi Aziz

mmg best :)