Hujung Minggu Yang Penuh Dengan Aktiviti Yang Menceriakan

Sabtu dan Ahad yang baru lepas ni adalah hujung minggu saya yang penuh dengan aktiviti yang menceriakan. Hari Sabtu tu bermula dengan aktiviti gathering bersama rakan-rakan sepengajian di UM dahulu, di majlis walimah salah seorang daripada kami di Kampung Seri Jaya, Johor Bharu, Johor. Actually, dapat gak jemputan untuk menghadiri bloggers gathering di teratak Che' Mat Gebu. Erm, tapi dek pertindihan aktiviti tak dapatlah nak memenuhi undangan tu.

Dok suap2, sweettt gitu, hehehe...

Lama gak lepak di majlis walimah ni, daripada pengantin belum siap sampailah dah takde lagi tetamu yang datang. Hehehe... Seronok dapat berjumpa dan berborak dengan rakan-rakan lama saya ni. Ada yang saya tak pernah jumpa sejak dari abis belajar dahulu. Dalam 7/8 tahun gaklah. So, bila lama tak jumpa ni, banyaklah yang nak diborakkan...

All of us... (Cilok dari kamera kawan saya)

Dalam jam 5.30 petang, kiteorang pun beransurlah. Takkan nak tolong basuh periuk pulak kan? Hehehe... Terus menuju ke Homestay Haji Onn di Skudai Baru. Erm, promote jap ek! Homestay ni sederhana je, tapi layanan owner dan kemudahan yang disediakan sangat-sangat memuaskan hati. Memang selesa. Ownernya pun sangat peramah dan baik hati. Satu malam hanya RM120. So, kami duduk selama 2 malam dan 'tong-tong' seramai 9 orang, memang sangat-sangat berbaloilah kan? Bijak3x, hehehe...

Malam tu saya bawa diorang gi makan. 9 orang tu semua sekali naik my Avanza. Macam tak percaya boleh muat, hahaha... Kami pergi makan di Restoren Ayam Penyet Endang di Taman U. Masa saya menyambung pengajian di UTM dahulu, saya memang suka makan di sini. Tapi, dengar orang cakap the best nasi ayam penyet di Taman U ni ialah di Restoren Ayam Penyet Bibik. Entahlah saya pun tak pernah cuba lagi. Sambil makan sambil layan siaran bola sepak Malaysia lawan Indonesia. Sempat tengok sampai gol ke-2. Erm, happening gak tengok bola ramai-ramai ni. Memang feeling abislah, hehehe...



Kalau datang sini, saya suka order empal penyet ni

Then, lepas tu gi singgah JJ Taman U jap. Sebab ada member saya ni nak cari barang sikit. Saya just duduk-duduk sambil menimba ilmu daripada salah seorang rakan saya yang dah kawin. Sesi sharing gitu. Hehehe... Yelah, saya ni kan bujang trang tang-tang lagi. Ada sape mahu jadi calon? Hehehe... Selesai urusan di JJ ni, kiteorang gi layan karaoke pulak. Di Taman U ni gak. Pengantin baru pun join sekali :) Dia yang bawa kami ke sini...

Esok paginya, aktiviti kami adalah menjelajah ke Kota Singa. Tapi 6 orang je yang dapat join termasuk saya dan si pengantin baru. Apalah pengantin baru dok 'ngekor' kiteorang, hehehe... Actually, selain daripada menghadiri majlis walimah tu, ni adalah aktiviti gathering kiteorang. Tu yang si pengantin baru dok join sekali. Lagi 3 orang tak dapat join sebab terpaksa balik awal kerana ada tugas lain yang perlu diselesaikan. Dan seorang lagi rakan kiteorang tak dapat join sebab terlupa bawa passport, huhuhu... Terpaksalah dia lepak sorang-sorang.

Jam 8.00 pagi kami dah sampai di JB Central. Sebelum bertolak tu kami breakfast and tukar duit Singapore dulu. Masing-masing dok beli roti konon-kononnya nak buat bekalan. Tapi, akhirnya memberatkan beg je, sebab sampai ke petang tak makan pun lagi roti tu, hehehe... Perjalanan kami ke Kota Singa dengan menaiki bas terus ke Arab Street. Sempatlah singgah di Masjid Sultan, dan jalan-jalan di sekitarnya. Sempat gak bergambar di hadapan Istana Kampong Gelam dan makan tengahari di Restoren Sabar Menanti. Plan nak 'tapau' the famous murtabak rusa dari Restoren Zam-Zam, tapi boleh terlupa pulak, huhuhu...

Di hadapan Istana Kampong Gelam

Berlatarbelakangkan Masjid Sultan

Then, kami menaiki MRT untuk menuju ke Chinatown. Di sini ada menjual pelbagai souveniors dengan harga yang agak murahlah. Dengan nilai SGDlah :) Chinatown ni lebih kurang macam Petaling Street di Kuala Lumpur. Erm, lupa nak bagitau, di Arab Street tu pun harga souveniors dia agak murah. Tapi, pilihan lebih banyak di Chinatown ni lah. Then, kami menaiki MRT untuk ke Little India pulak. Di sini kami berhenti solat di sebuah masjid (tak pasti namanya). Tapi yang saya salute, tandas di masjid ni memang sangat bersih. Di sini gak kami mengambil peluang untuk merehatkan kaki yang sangat-sangat lenguh dek banyak berjalan, hehehe... 

Lepas selesai solat dan berehat, kami terus ke Mustafa Centre. Mustafa Centre ni gedung membeli-belah yang dibuka 24 jam. Pelbagai barang ada jual di sini. Macam one stop centrelah. Kawan saya cakap minyak wangi di sini harganya lebih murah berbanding di Malaysia. Selesai shopping di sini, kami terus ke Stesen MRT Farrer Park. Di sini, kami berpisah dan menukar haluan. Saya terpaksa balik dahulu ke Malaysia. So, dari Stesen MRT Farrer Park saya interchange di Stesen MRT Dhoby Ghaut untuk ke Stesen MRT Kranji dan menaiki bas untuk pulang ke Malaysia. Dan rakan-rakan saya lain meneruskan perjalanan ke Stesen MRT Harbourfront untuk ke USS.

Erm, sedih gaklah terpaksa berpisah dan balik awal. Tapi, disebabkan ada urusan lain, terpaksalah kan. Anyway, we had spent a precious moments together. Ada umur kita jumpa lagi ye!
Share on Google Plus

2 comments:

aDisH.sHidA said...

best je jejalan..shida teringin sangat nak jejalan johor g kota singa...alamak nasi ayam penyet taman u..yang selalu sunah makan..dia kata sedap..

aik tak kan xde calon lagi kot..cepat2 nanti bolehla kami ke sana plak ramai..

homestay tu agak murah kan..nanti kalau konvoi jejalan johor boleh la stay kat stu

@aDisH.sHidA

mailah turun jb... klu nak gi spore, in syaa allah sy blh jd tourist guide... nasi ayam penyet tu tak taulah restoren yg mn satu sunah makan...

hehe... doakan jelah dipertemukan calon tu...

tp, owner tu kata lps ni nak pasang aircond, so harga naik sikitlah...