Kambing Panggang


Hanya 10 minit proses memanggang. Tapi, sebelumnya daging tu dah diperap selama 4 jam bersama sos bbq jenama Knorr dan lada hitam yang ditumbuk halus. Untuk sos, saya bancuh sos bbq bersama sos cili, serbuk lada hitam dan cheezy powder.


My cooking magic. Magic pan jenama Haji Ismail Group (HIG) Langkawi.


Tak guna aluminium foil tu pun takpe, gerenti tak melekat... Cumanya, kena basuhlah lepas digunakan. Dan pengalaman saya, magic pan ni tidak perlu ditutup pun jika kita memanggang makanan berdaging seperti daging, ayam, udang ataupun sotong. Sebab jika kita tutup, ia akan berwap dan menyebabkan makanan yang dipanggang menjadi berair dan kurang garing. Nak tutup sekejap boleh je rasanya... Selamat mencuba!
Share on Google Plus

2 comments:

aDisH.sHidA said...

petua dari chef areef...bila dapat merasa masakan chef areef ni..tak kisah la jenama apa..janji bila kita guna hasilnya memuaskan

@aDisH.sHidA

ala masak yg mudah2 je... perapan tu just guna sos ready made je, kurang kick sikitlah...