Jom Makan Seafood!

Khamis minggu lepas, Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Dikira sebagai hari kelepasan am di Negeri Johor. So, kebetulan semua ada kat rumah, bolehlah gi jalan-jalan kan. Lepas Zohor tu kiteorang ke Jaya Jusco Tebrau City. Saya nak cari pakaian kerja yang baru. Almaklumlah, cuti dah sampai ke penghujungnya... So, hari pertama kembali bertugas mestilah tampil dengan penuh bergaya kan? Hehehe... Lepas minum petang, beli buku dan alatulis di Harris Bookstore, solat Asar, then kiteorang meneruskan perjalanan ke Kg. Senibong, Permas Jaya, Johor. Kalau dari Jaya Jusco Tebrau City ni kira dah tak jauh sangatlah.

Apa yang ada di Kg. Senibong ni? Actually, di Kg. Senibong ni terdapat banyak seafood corner. Antara yang famous gaklah di Negeri Johor ni. Tapi, kata orang harganya a bit pricey. Tapi, seafood kat sini memang segar-segar (bagi saya yang tak pandai pilih ikan kat pasar nilah, hehehe). Tapi, kena pandai pilih kedailah. Tak selalu pun pi makan kat sini. Kebetulan baru dapat bonus, tu yang dok nak belanja family makan :) Kiteorang sampai dalam jam 6 lebih. So, duduk-duduk dulu sambil menikmati keindahan pantai. Oh ye, seafood corner kat sini semuanya atas laut tau. Tapi kat sipi-sipi tu je, takdelah sampai ke tengah laut pun, hehehe. Dari sini, kita boleh nampak Singapore gak (saya check kat GPS yang kita boleh nampak tu area Sembawang). Erm, satu lagi lupa nak bagitau, kat sini dikenakan bayaran RM2 untuk tempat parking. Agak mahal gak kan? Huhuhu...

Then, kiteorang gi solat Maghrib dulu. On the way  nak gi masjid tulah dok nampak orang jual durian crepe. Excited sangat, sebab dah lama mengidam, hehehe... Kampung ni kecik je. So dekat-dekat je tempat parking, masjid ngan seafood corner tu. Tandas awam pun ada disediakan.



Seberang sana tulah Singapore


Kedai makan pertama yang akan kita jumpa dari tempat parking
Kedai nasi lemak berlauk - saya belum pernah cuba lagi


SSS - Ada orang review kata ok, kawan saya pulak kata tak ok...
Erm, entahlah... Tekak lain-lain kan...


6 Corner. Nilah kedai makan pilihan saya. Actually, ni kali ke-3 saya makan kat kedai ni. Kali pertama datang tu, saya dok baca review dari Blog Jom Makan2 Bersama Sheikh Papa-Ntiq. Tengok review macam ok je. Tu dok try kat sini. AlhamdulilLah, memang ok. So malas nak try kedai lain dah. Sebelum ni, saya penah try kedai lain, but it's not recommendedlah...



Hai!




Siput gong-gong masak stim limau - 0.5kg (RM20)

Tomyam untuk seorang makan - RM5

Asparagus goreng belacan - RM8

Air asam boi - satu jug RM15

Kacang rebus - RM6
Ni stall kacang rebus dan pepes ikan yang hantar
Kalau pepes ikan tu memang recommended
Dia buat style otak-otak tapi kecik-kecik je

(Kat blog Papa-Ntiq ada gambarnya)

Lobster masak stim telur - 0.3kg (RM44.10)

Jenahak masak 3 rasa - 0.6kg (RM39.33)

Ketam masak telur masin - 0.3kg (RM27.30)

Plus nasi putih untuk 4 orang RM6. Jumlah keseluruhan tak termasuk kacang rebus RM164.75. Tapi, dapat diskaun, kena bayar RM160 je. Erm, sesekali bolehlah kan? Hehehe...

Pernah masuk dalam rancangan
Jalan-Jalan Cari Makan TV3

Share on Google Plus

9 comments:

korie hensem said...

sedapnya xterkira

aDisH.sHidA said...

telan air liur..

Alkisah, ustaz memang baik hati. dapat bonus panggil ramai2 makan & berkongsi semoga bertambah melimpah ruah rezeki. 6 Corner tu memang tempat fav akak juga, taukehnya memang suka bagi diskaun kan..

zaity zaliza said...

Bagi saya kalau nak makan ketam kami prefer ke tg langsat. tapi tak banyak pilihan lah macam kat senibong tu. kalau kat senibong kawan saya rekomen kat sebelah kolam pancing.

@korie hensem

alhamdulillah, mmg sedap :)

@aDisH.sHidA

jgn sampai kering pulak air liur tu, hehehe...

@aDisH.sHidA

jgn sampai kering pulak air liur tu, hehehe...

@Seri Kandi Tanah Jauhar

tak ramai pun, 4 org je :) alah, sesekali dpt rezeki lbh sikit kan... ooo kira mmg okla tpt ni kan...

@zaity zaliza

tg. langsat sy tk penah cuba... sy penah cuba kat tjg. pelepas... ok gak... kt senibong ni mmg byk kedai, klu slh pilih mmg tk berbaloi... sy dh rasa sini ok, tknak rs lain dh... sbb takut tk berbaloi... tp org kata yg sss tu pun ok gak...