Murtabak Spagetti

Petang semalam tetiba hati ni berbicara - "Nak masak murtabak maggilah". Then, terpandang spaghetti, terus dapat idea untuk gantikan maggi dengan spaghetti. Spaghetti tu saya rebus terlebih dahulu. Bila dah masak, toskan airnya dan gaul dengan bahan-bahan seperti bawang besar yang dipotong dadu, cili merah yang dihiris halus, lobak merah dan keledek yang dipotong nipis, sos tiram, kicap, kiub pati ayam, keju, udang dan telur.

Mee spaghetti dan bahan perasa yang telah digaul rata tu kemudiannya saya tuangkan ke dalam pemanggang yang telah dilenser dengan sedikit minyak. Biarkan sehingga masak dan terbalikkan. Guna pemanggang ni memang mudah. Sikit pun tak melekat.

Rasanya? AlhamdulilLah, sedap :) Selamat mencuba!




Share on Google Plus

4 comments:

eszyamin said...

wah sedapnyer nampak..mesti rasa pon sedap nih..

deno said...

nampak gambar dah tahu sedap... tu belum rasa lagi... nyum2!!! :)

@eszyamin

bolehla tahan.. tukang masak mesti kena ckp sedap, hehehe...

@deno

dah rasa, mungin menyesal, hehehe...