Seharian Tekun Menelaah

Hari ni, seharian tekun menelaah. Bukan menelaah dek kerana nak menduduki sebarang ujian dan peperiksaan ye. Tapi, sibuk menelaah web-web, blog-blog (berkaitan percutian ke Singapura) dan peta pengangkutan awam di Singapura. In syaa Allah, 10-12 Disember ni, saya sekeluarga akan pergi bercuti ke Singapura. Tu, yang dok sibuk nak siapkan itinerary, supaya nanti taklah diibaratkan "seperti rusa masuk kampung". 

Actually, ni bukanlah kali pertama saya ke Singapura. Dah beberapa kali jugaklah. Sebelum ni pergi bersama rakan-rakan. Bolehlah dok nak terjah-terjah je kan. Tapi, kali ni pergi bersama keluarga, kenalah rancang elok-elok supaya nanti dapat bercuti dengan hati yang gembira dan tenang. Kalau itinerary tu nanti dah siap, in syaa Allah akan saya kongsikan untuk panduan kita bersama ye... :)

Bersusun tab kat skrin tu...
Tu dia terpampang gambar sup tulang merah :)
Antara makanan yang fofular di Singapura

Peta MRT dan booking confirmation
Share on Google Plus

5 comments:

BoNDa.... said...

bestnyer....enjoy ur holiday......

Kakzakie said...

Di sana senang cikgu mana-mana pun ada stesen LRT. Tak payah susah-susah. Dekat stesen pun ada petunjuk arah mana nak pergi. Tak sesatlah tempat dia kecik je...

Musim pokok krismas dekat sana sekarang nie..

@BoNDa....

tq :)

@Kakzakie

ha ah kak mmg sng MRT kt sana... tp klu tpt yg kena nak pegi tu jauh gak jalan... klu ngan kwn2 mmg kiteorg terjah je, hehehe...

aDisH.sHidA said...

tak pernah sampai ke kota singa lagi..nak jugak pergi..tapi tatau la bila..huhu