Buat Para Peminatku...


Ceh, sejak bilalah ada peminat ni kan...
Peminat cilik kat sekolah tu adalah agaknya, hehehe...
Actually, persembahan kat atas ni
Sempena Sambutan Hari Guru di sekolah saya
Pada 16 Mei 2012 yang lalu
Actually, murid-murid tu dari awal dah minta saya 
Tolong latih dorang untuk buat persembahan
Tapi, saya macam tak berkesempatan jer
Sampailah sehari sebelum sambutan tu 
Dorang still berharap untuk membuat persembahan
Kesian pulak saya kat dorang...
Lagi pulak dok teringat ada budak yang request 
Untuk saya menyanyi masa hari sambutan tu
So, hari tu gak cari lagu and berlatih
Sehari jer berlatih, huhuhu...
Saya pulak masa tu dah beberapa hari sakit tekak
Tapi, alhamdulilLah masa hari sambutan tu
Dapat gak lepas gian nak menyanyi, hehehe...
Sampai ada budak cakap "suara ustaz rock", hehehe...
Layankan jerlah yer... :)

8 comments:

Bisik Kasih


Kasih kita tidak dapat menandingi
Kasihnya si Maha Pengasih
Sayang kita tidak dapat menyamai
Sayangnya si Maha Penyayang
Moga kita sentiasa berada di dalam kasih dan sayang-Nya
Amiin Ya Rabb...

0 comments:

Teringat-Ingat Pulak...


Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap semuanya sihatlah yer... Terliur tak tengok set makanan kat atas tu? Hehehe... Actually inilah antara menu yang terdapat di Restoren Kenny Rogers Roasters. Actually, petang tadi saya gi jalan-jalan di Plaza Angsana, JB. Selesai jalan-jalan tu, gilah singgah di Restoren ni. Erm, actually saya makan kat situ gak, yang kat atas ni untuk di'take away' yer... Selalunya set menu ni, didatangkan bersama sebiji muffin, tapi dorang tak serve pulak hari ni, huhuhu... So, saya tukar dengan side dishes jer.

So, apa yang sampai dok teringat-ingat tu? Hehehe... Actually, saya dok teringat dulu saya penah keja di Restoren Kenny Rogers Roasters Cawangan KL Sentral. Masa tu, saya baru jer habis belajar di UM. Tu yang dok teringat-ingat tu. Masa dok belek-belek buku menu tu, teringat-ingat jer dulu saya penah dok bakar ayam, sediakan side dishes, dok amik and sediakan order and penah gak handle bahagian cashier. Erm, tetiba teringat pulak macamana bau and rasa tangy chicken and bau muffin yang baru jer lepas dibakar, hehehe... Teringat gak kat member yang sama-sama keja dulu terutamanya Sir Hazli, Miss Liza and Miss Siti. Apalah citer dorang sekarang ni... Erm, macam-macam lagilah yang saya dok teringat. Sebab lama gak saya keja di sini. Keja kat sini memang penatlah sebab tak boleh duduk and time customer ramai memang tak menang tanganlah. Tapi, semua tu memberikan pengalaman yang amat berharga buat saya...

Sebelum saya jadi cikgu ni, alhamdulilLah saya memang tak pernah menganggur. Tapi keja biasa-biasa jelah. Saya pernah keja di Restoren Pizza Hut, menjadi patient service di Pantai Medical Centre Bangsar, mengajar tuisyen di kolej dan menjadi sukarelawan di Petrosains dan Pusat Sains Negara. And last sekali, sebelum saya jadi cikgu ni, saya join Skim Latihan Graduan di bawah Institut Kajian Zakat Malaysia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka dan menjalani latihan praktikum di Majlis Agama Islam Negeri Johor. So, pesan saya buat adik-adik yang baru tamat belajar carilah pengalaman sebanyak mungkin walaupun hanya bekerja sebagai pencuci pinggan di restoren-restoren. Walaupun keja yang kita lakukan tu dianggap kurang glamer, tidak setanding dengan kelulusan yang kita miliki, tetapi in sya Allah ia akan memberikan pengalaman yang cukup berguna untuk kita berhadapan dengan pelbagai ragam dan rencah kehidupan.

5 comments:

Wordless Wednesday (8) - Majlis Perhimpunan TPM Bersama-Sama Kesatuan Sekerja





8 comments:

Aduh, Banyaknya Darah!

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Erm, lenguh plak tangan ni nak menaip. Actually, pagi tadi kali pertama dalam seumur hidup saya pi derma darah. Program derma darah ni diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kulaijaya bertempat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya. Saya pi bertiga bersama rakan sekerja saya. Pi satu kereta je. Tapi, risau gak takut-takut takde yang boleh drive pulak masa nak balik nanti. Tapi, alhamdulilLah, semuanya baik-baik saje :)


Sampai-sampai je kena isi form dulu. Isi butiran diri dan lain-lain maklumat yang diperlukan. Then, dapat souvenir berupa beg yang berisi roti dan air kotak. Lepas tu tunggu giliran untuk memeriksa jenis dan kepekatan darah. Selama ni saya ingat saya berdarah jenis B sebab masa kat sekolah dulu cikgu Biologi kat sekolah saya tu yang check darah saya jenis B. Rupanya saya berdarah jenis A+. Lepas tu tunggu giliran untuk memeriksa berat badan dan tekanan darah pulak. AlhamdulilLah, lepas :) Then, tunggu giliran untuk dapatkan sijil derma darah. Nurse/ doktor (saya pun tak pasti, sebab dia pakai baju biasa) tu bolehlah pulak tanya saya bila nak kawin, hehehe... Erm, masa ni seriau gak... Yelah, first timerlah katakan, hehehe...


Hah ni dah sampai giliran saya untuk derma darah. Boleh senyum-senyum lagi tu, hehehe... Dorang kat situ semua kecoh je buat lawak macam-macam. Seronok pulak. Sebelah saya tu pegawai daripada PPD Kulaijaya.


Dah bersiap sedia dengan alatan untuk menderma darah. Tapi, masalahnya nurse tak jumpa pulak urat untuk suntik jarum tu. Almaklumlah, lemak terlebih kan, hehehe... Tapi, nurse yang entertain saya ni berjaya gak cari urat tu, sebab nurse sorang lagi yang tak jumpa urat tu kata, nurse ni memang pakar sikit, sebab biasa uruskan suntikan untuk pesakit buah pinggang.


Dah berjaya. Maintain senyum tau... Peace!!! Hehehe... Mula-mula tu suntik pakai jarum halus, lepas tu pakai jarum yang besar pulak untuk sedut darah tu. Sakit gak masa kena suntik tu. Nasib tak menjerit, hehehe... AlhamdulilLah, 450ml darah telah berjaya didermakan. Harap-harap akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.


Senyum je saya kan. Ni nak membuktikan pada anda semua, derma darah ni tak sakit pun. Sakit sikit je. So, saya menyeru kepada anda semua, jom derma darah! Kiteorang kat situ memang riuh sekampung. Boleh pulak borak-borak and buat lawak. Then, masing-masing sibuk nak snap gambar, hehehe... AlhamdulilLah, selesai derma darah tu saya ok-ok je. Sebab ada gak yang pitam. And ada gak yang tak berjaya derma darah sebab tak jumpa urat or mengalami penyakit-penyakit tertentu yang tidak membenarkan untuk menderma darah. So anda-anda semua bila lagi? 

4 comments:

Jom Skodeng!

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Selamat malam semua :) Jom skodeng! Hah nak skodeng siapa ni? Hehehe... Ni hah saya nak ajak skodeng kak Ayu empunya blog Citarasa Rinduan yang mengusahakan sebuah kedai makan yang juga diberikan nama Citarasa Rinduan (tapi kalau saya, biasa panggil kedai arwah Hamis je). Bukan skodeng di tempat-tempat yang tak sepatutnya ya. Tapi di dapur Citarasa Rinduan...

Actually, ada satu pagi Sabtu tu saya ada aktiviti di sekolah. So, sebelum ke sekolah saya gi breakfast di Citarasa Rinduan ni dulu. Masa nak pilih makanan tu, saya tak perasan yang kak Ayu ni tengah memasak di dapur. Tetiba ada orang sapa saya, "Cikguuu!!!". Lah, kak Ayu rupanya tengah bersilat kat dapur, hehehe... Actually, first time saya nampak live kak Ayu ni tengah memasak tau. Hehehe...


See betul tak saya cakap kak Ayu tengah bersilat kat dapur. Yelah, masa saya snap gambar candid ni kak Ayu siap angkat sudip lagi tau. Nasib tak kena kejar ngan sudip tu, kihkihkih... Sori, gambar blur dek aura libasan sudip berapi tu, hahaha...


Nilah yang saya pilih untuk breakfast pagi tu. Nasi lemak bersama telur goreng dan sambal goreng beserta nescafe tarik. Masa saya sampai, sambal goreng tu baru je keluar dari kuali tau. Lauk sambal goreng ni memang pilihan saya kalau bila-bila singgah ke Citarasa Rinduan ni.


Kasi close-up sikit. Ada sesape yang terliur tak? Hehehe... Nyum, nyum, nyum... Kalau sesape yang terliur tu jemputlah ke Citarasa Rinduan ye. Saya belanja ok, tapi kak Ayu yang bayarkan... Jangan marah! Hehehe...

36 comments:

Suatu Pertemuan...

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Cak!!! Hehehe... Entah ke manalah saya menghilang kan, tiba-tiba je muncul kembali, kihkihkih... Ada je dok buka blog hari-hari, tapi seru nak update tu tak datang-datang, huhuhu... Erm, ni ntah seru apa yang tetiba datang, hehehe...

Erm, dahlah tak payah cakap pasal seru-seru ni kan... Karang seru apa pulak yang datang, kihkihkih...

Erm, actually nak cerita tentang kisah pagi tadi. AlhamdulilLah saya diizinkan Allah bertemu seorang sahabat ketika sama-sama menuntut di UM dulu. Masa tu kiteorang menetap di Kolej Kediaman Za'ba UM (Kolej Kediaman Ketujuh). Lama jugaklah tak jumpa dia ni. Last jumpa pada tahun 2007. Kiteorang taklah rapat sangat. Tapi, atas nama ukhwah, persaudaraan itu terus terjalin hinggalah kini. Sekarang sahabat saya ni sedang mengikuti pengajian peringkat PHD di UM dalam bidang rehab untuk orang-orang yang baru menjadi buta. Actually, sahabat saya ni blind jugak. Tapi, saya kagum betul dengan semangat dia ni. Walaupun blind, semangat berdikari dan mandirinya sangat tinggi. Kekadang kalah kita yang celik ni...

Saje je dia turun JB nak jumpa member-member. Actually, mula macam tak jadi nak jumpa sebab boleh pulak saya tertidur pagi tadi. Padahal memang dah plan nak jumpa di Airport Senai dalam jam 8.30 pagi. So, dia cakap dia nak tunggu saya... Apalagi, berdesuplah saya bersiap, hehehe... Sampai di Airport Senai dalam jam 10.00 pagi. Borak-borak kejap di KFC, then terus ke JPO. Tapi, harap maklum ye... Saya dok cuci-cuci mata je... Sahabat saya ni je yang shopping... I tak mampu u, hehehe.... Ops, lupa! Sebelum tu gi lunch dulu sebab perut saya dah rasa lapar, hehehe... Padahal sebelum bertolak tu, baru je lepas breakfast, hehehe...

Selesai pusing-pusing outlets kat JPO tu, gi minum jap di Terminal Bas Kulai, sebelum sahabat saya ni naik bas untuk menuju ke Bandaraya JB. Dia plan nak jumpa member-member lama dan mak angkat dia. Actually, sahabat saya ni asal dari Kelantan, tapi dahulu dia bersekolah menengah di EC, JB. So, ramailah kenalan dia di JB ni.

Erm, banyak jugaklah yang kiteorang bualkan. Terutamanya tentang rakan-rakan Persatuan Mahasiswa Istimewa UM (PERMIUM). Dulu masa kat UM, saya join persatuan ni. AlhamdulilLah, dari cerita sahabat saya ni, mereka semua telah berjaya dengan kehidupan masing-masing walaupun hakikatnya mereka mempunyai kekurangan. Sedari dulu lagi, saya memang kagum dengan semangat mereka ni. Mereka terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa dan tidak menjadikan kelemahan yang mereka miliki sebagai penghalang untuk menempa kejayaan. Then, sahabat saya ni dok share tentang pengalamannya sebagai pelajar PHD. Banyak input berguna yang telah saya peroleh, tu yang dok berkobar-kobar nak sambung PHD jugak ni... Doakan ye, amiin... :)

Merakamkan kenangan di outlet Universal Traveller, JPO

4 comments:

Let's Vote!


Hari ini undian untuk DiGi WWWOW Awards 2012 telahpun dibuka
Bermula 23 April - 13 Mei 2012
Good luck to all participants!

Tak terkecuali turut bertanding ialah Abg. EqbalZack
Kali ini, Abg. Eq. bertanding di dalam kategori "Blogger of The Year"
Kalau korang berhajat nak vote for Abg. Eq
Bolehlah terus klik di sini yer
Jomlah, kita ramai-ramai vote for Abg. Eq. ek ni
Actually, for me...
Jika Abg. Eq menang, actually kita juga turut menang
Kan, kan, kan...
Jangan lupa vote hari-hari tau... :)

Sebagai tanda sokongan buat Abg. Eq. dari adik-adik cilik kita :)
Dorang semuanya ni cute-cute tau
Tengoklah sape cikgunya kan, hehehe...

Let's show our support!

4 comments:

Peluang Memenangi Baucer Buku Bernilai RM5,300

Klik banner di atas untuk maklumat lanjut ya...

0 comments: