Baru!


Header yang baru, nama blog yang baru...
Tu je yang baru... :)

4 comments:

Bayam Goreng Magik

Salam 13 Syawal. Cepat je masa berlalu kan, dah hampir 2 minggu kita beraya... Sana-sini masih sibuk dengan aktiviti ziarah, marhaban dan open house. Erm, teringat pulak kata-kata Datuk Hj. Abu Hasan Din al-Hafiz dalam rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Katanya, 'Aidilfitri hanya disambut pada 1 Syawal sahaja. Namun, aktiviti ziarah, marhaban, bermaafan dan sebagainya lagi boleh terus dilakukan sepanjang bulan Syawal.

Ok, sekarang kita cerita pasal tajuk pulak yer... Actually, semalam adik saya ada bawa balik sayur bayam. So, entah semangat apa yang datang petang tadi maka terlaksanalah projek bayam goreng magik ni. Kenapa magik? Sebab saya menggunakan "tepung goreng magik" sebagai bancuhan untuk menggoreng. Actually, tepung goreng magik ni saya beli dari kawan saya. Tapi, dok terbahai je dalam freeze tu... Almaklumlah, penyakit "M" tu banyak sangat, hehehe... Tapi, sebelum ni saya dah penah try buat cendawan goreng guna tepung magik ni. To be honest, hasilnya memang sangat marvellous. Rangup and sedap tau!!! Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini yer ibuk-ibuk :)



4 comments:

Untuk Kamu Semua...

0 comments:

Pagi 1 Syawal 1433H


Pagi 1 Syawal 1433H...


Buka puasa 29 Ramadan 1433H
Belum pagi raya dah makan ketupat rendang plus plus...
Hehehe...

0 comments:

Salam 'Aidilfitri Daripada Wardatunnuha



In sya Allah, 29 September 2012 ni
Bertempat di SK Taman Perling, Johor Bharu
Wardatunnuha akan mewakili Daerah Kulaijaya
Di dalam Pertandingan Kalam Jama'e
Sempena Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Johor Tahun 2012

Untuk pengetahuan
Rakaman ni dibuat semasa sesi latihan pada pagi tadi
Sempat lagi tu, hehehe...
Ambik mood rayalah :)

Harapan saya sebagai jurulatih
Agar anda semua dapat mendoakan kejayaan Wardatunnuha
Bergelar Johan dan seterusnya dapat mewakili Negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan
Aamiin...

2 comments:

Umpama Tersedar Daripada Mimpi...

Sabtu, 11 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadan 1433H. Lebih kurang jam 9.30 pagi saya bertolak menuju ke sekolah. Ada sesi latihan kalam jama'e. Memandu dengan kelajuan 90-100 km/h. Sambil memandu, sambil menghiburkan hati dengan menyanyikan lagu-lagu ciptaan sendiri, hehehe. Walaupun liriknya entah apa-apa, yang penting hati terhibur :) 

Lebih kurang 5km lagi untuk sampai ke sekolah, melalui jalan yang kiri kanannya bersemak dan dipenuhi tanaman kelapa sawit, pemanduan saya tiba-tiba sahaja tersentak. Kereta saya melanggar sesuatu yang saya sendiri kurang pasti. Beberapa detik kemudian saya menyaksikan 'sesuatu yang saya kurang pasti' itu. Ia melambung, perutnya terburai dan terpelanting di tepi jalan. Ya Allah, saya melanggar seekor babi! Seketika kemudian, kereta saya terhenti di tengah jalan. Saya segera keluar daripada kereta. Radiotor pecah, chasis bengkok, bumper tercabut. Huhuhu... Hati saya menjadi hiba mengenangkan apa yang telah berlaku.

Terus telefon sales advisor minta dia tolong uruskan untuk towing kereta. Ada jugalah agen yang entah daripada mana datangnya. Tapi, jangan mudah terpedaya. Adakalanya mereka menawarkan janji palsu. Mereka mengambil kesempatan atas musibah orang lain. Sementara menunggu towing truck datang, saya duduk bersantai di tepi jalan. Menginsafi dan memuhasabah diri. Sebelum tu, ada juga yang berhenti menyinggah mengungkapkan kata sabar dan membantu apa yang termampu. Then, ada beberapa pekerja di kawasan berdekatan tolong alihkan babi tu ke bahu jalan. Tak lama lepas tu, kawan sekerja saya yang tinggal berdekatan datang ambil saya. Kemas semua barang penting, then singgah sebentar di rumahnya sementara menunggu towing truck datang.

Lebih kurang jam 11 lebih baru towing truck sampai. Sedih menyaksikan saat-saat melihat kereta saya ditowing. Umpama sebuah perpisahan. Ketika itu, saya melihat sepasang warga Ca.Ya.Nun.Alif sedang cuba mengangkat babi tu masuk ke bonet kenderaan mereka. Then, terus ke Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi untuk membuat laporan. Selesai membuat laporan, terpaksa pula menunggu seorang Sarjan hanya untuk mengambil gambar kerosakan pada kereta. Hampir 2 jam menunggu, huhuhu... Selesai je, ingatkan boleh dapat terus laporan tu, rupanya hari Isnin baru boleh ambil. Laporan itu hanya boleh dikeluarkan pada hari bekerja. Pelik gak kan, sektor keselamatan pun ada hari bekerjanya. Masa ni, baru saya call mak saya. Mengalir gaklah air mata jantan tu, huhuhu... Yelah, walaupun diri ini diluarnya nampak tabah, boleh senyum dan ketawa, namun di dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Selesai ambil gambar, kereta saya terus ditowing ke Pusat Servis Toyota di Larkin. Tapi, segala urusan berkaitan kena tunggu hari Isninnya gaklah. Petang tu juga terus cari kereta sewa. AlhamdulilLah dapat walaupun harganya memang tak sanggup nak mengingatnya kembali. Tapi, mengenangkan Syawal yang bakal menjelma, pejam mata jelah, huhuhu...


Masa ni, kereta dah ditolak ke bahu jalan.


Sedih bila mengenangkan, huhuhu... Tapi, hati perlu tabah!


Di Pusat Servis Toyota, Larkin

Jujur sebagai manusia biasa, bila kejadian ini berlaku adakalanya saya mempersoalkan kenapa ia harus terjadi kepada saya. Sukar untuk menerima hakikat dan qadha' dan qadar yang telah ditentukan. Namun, saya perlu tabah, perlu sabar dan perlu memuhasabah dan menginsafi diri. Dan saya perlu yakin yang Allah itu menguji sekadar kemampuan hamba-Nya sahaja. Mungkin ia juga kaffarah buat saya; penyucian atas dosa-dosa yang telah saya lakukan...

3 comments:

AlhamdulilLah, Terubat Sudah...

Dalam entri ini saya menceritakan betapa sedih dan kecewanya saya apabila team nasyid di bawah pimpinan saya hanya berjaya mendapat tempat ke-2 di dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya, Johor. Ye, saya tahu tempat kedua juga sudah cukup bagus. Bak Lee Chong Wei yang hanya berjaya meraih pingat perak di dalam Final Perseorangan Lelaki Badminton Sukan Olimpik London 2012, semua orang mengatakan ia satu pencapaian yang cukup baik. Tapi, adakah anda dapat bayangkan betapa rasa kecewa dan sedihnya apabila impian untuk bergelar juara tidak dapat direalisasikan? Huhuhu... Itulah yang saya rasakan. Namun, sebagai manusia biasa kita perlu percaya kepada qadha' dan qadar yang telah ditentukan oleh-Nya :) Betul tak?

Namun, akhirnya terubat juga kesedihan itu apabila team kalam jama'e (choral speaking in Arabic) di bawah pimpinan saya telah bergelar juara di dalam Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulaijaya, Johor pada 14 Julai 2012 yang lalu. In sya Allah, akan mewakili Daerah Kulai ke Peringkat Negeri Johor pada 29 September 2012 ini. Mohon semua mendoakan kejayaan kami ye. Dan saya memang yakin berkat doa anda semualah, kami beroleh kejayaan ini. Actually, pencapaian terbaik sebelum ini hanya sekadar mendapat tempat ke-4. Saya pun sebenarnya macam dah malas nak hantar penyertaan. Namun, Allah masih mengurniakan saya semangat untuk terus mencuba dan berkat doa anda semua, AlhamdulilLah kami beroleh kejayaan ini.

Mengimbau kembali detik-detik Wardatunnuha (nama team kalam jama'e ini) diumumkan sebagai pemenang, emcee telah salah menyebut nama Wardatunnuha dengan nama Wirdah an-Nuha. Masa tu, memang rasa frust sangat. Namun, apabila emcee menyebutkan nama sekolah baru kami tersedar, kamilah pemenang yang dimaksudkan, hehehe... Terus saya tunjuk thumbs up kat Wardatunnuha :) AlhamdulilLah, usaha kami selama 5 tahun ini telah membuahkan hasil. In sya Allah, perjuangan akan diteruskan ke Peringkat Negeri pula. Tengah dalam mood risau je ni, huhuhu. Moga Allah mempermudahkan segalanya. Aamiin...







Banyak sangat kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Actually mereka semua ni 1st timer. Hanya 2 orang sahaja murid lama. 

3 comments:

Kad Raya, Kad Raya!



 Memang tabik springlah pada mereka yang still rajin menghantar kad raya ni...
Kalau saya, nak hantar sms pun malas, hehehe...
Anyway, TQVM guys :)

0 comments:

How Strangers Become Friends?



Peribahasa ada mengatakan :
"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"
Yang membawa maksud kita perlu menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
That's how strangers become friends...
Peribahasa juga ada mengatakan :
"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"
Yang membawa maksud walau bagaimanapun kelebihan di negeri orang
Tetap lebih baik di negeri sendiri
So, be yourself, treat each other with respect and being friends

Wherever you go...

0 comments:

Kenangan Mengusik Jiwa


Kenangan mengusik jiwa
Ifthar jama'e bersama rakan-rakan sepengajian
Ketika menuntut di Akademi Pengajian Islam, UM Kampus Nilam Puri, Kelantan
Tak silap dalam tahun 2001
Nampak muda belia je kan, hehehe...
Sesungguhnya saya sangat-sangat merindukan suasana ketika ini...
Rindu sangat-sangat, huhuhu...
Walaupun segalanya serba sederhana
Namun, ia mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi
Nilai yang membentuk diri kami seadanya...

0 comments:

Pemandangan Bandaraya Melaka Daripada Menara Taming Sari

Dah lama saya berhajat nak menikmati pemandangan Bandaraya Melaka daripada Menara Taming Sari ni. Tapi, dah beberapa kali hajat tak tertunai. AlhamdulilLah, 16 Jun baru ni saya telah menyertai Lawatan Penanda Aras ke SK Convent, Muar. So, lepas habis lawatan tu alang-alang dah dekat ngan Melaka kan, teruslah gi jalan-jalan ke Bandaraya Melaka pulak. And AlhamdulilLah tertunai sudah hajat nak naik ke Menara Taming Sari ni :) Senyum sampai ke telinga, hehehe... Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Menari Taming Sari ni pakat-pakat kelik sini deh. Almaklumlah saya ni pengetahuan sejarah kureng sikit, hehehe... Jom, layan gambar dan video kat bawah ni...










0 comments:

Tercatat Sebuah Sejarah...

7 Mei 2012, Isnin. Tercatat sebuah sejarah di dalam diari kehidupan saya. Menerima folder Sarjana di Majlis Konvokesyen Ke-48 Universiti Teknologi Malaysia (UTM). AlhamdulilLah, saya telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) setelah 2 tahun berhempas-pulas menghabiskan pengajian. Bekerja sambil belajar. Sudah tentu ia agak sukar untuk dilakukan. Justeru, rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nusrah (pertolongan) yang telah dikurniakan oleh-Nya.


Perjalanan dimulakan seawal petang 6 Mei 2012, Ahad. Punyalah excited kan? Hehehe... Memang sangat excited :) Menetap di Fragrance Hotel, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bharu. Sambil-sambil tu sempat menyinggah ke beberapa pasaraya untuk mencari blazer baru. Tapi, memang takde rezeki. Penat ke sana-sini, tapi tak dapat pun. Sebenarnya, dah pinjam daripada seorang rakan saya, tapi rasa cam sempit je. Tu yang nak cari yang baru. Tapi, amazingly ok je sebenarnya. Sebab masa konvo tu siap boleh duduk tanpa buka butang blazer tu pun. Steady je, hahaha...

Pagi 7 Mei 2012, Isnin tu, seawal jam 6.45 pagi dah check out daripada hotel. Terus ke UTM. Then, terus ke bahagian pendaftaran. Masa tu hujan lebat. AlhamdulilLah, sempat sampai sebelum hujan. Then, tapau makanan sikit untuk my family, terus gi bersiap dan bersedia untuk perarakan masuk graduan ke dalam dewan.


Sedang beratur untuk perarakan masuk graduan ke dalam dewan. Kena ada pass tu untuk tujuan pengumuman nama dan lain-lain urusan yang berkaitan. Sorilah, gambar pelik sikit, hehehe... Masa ni, asyik dok betulkan pakaian je. Almaklumlah, orang nak naik pentas kan, hehehe...


Bersama 2 orang sahabat baik saya, Hanim dan Timah. Hanim dok pakai pingat tu sebab dia dapat award best student untuk our department. Kiteorang pakat tengok jelah, almaklumlah taklah berapa cemerlang sangat kan :) Ada lagi kawan baik saya yang sama-sama konvo masa ni; Lai, Pey Shan dan Che' Da. Diorang ada dalam video kat bawah nanti ni...


Pentas penuh bersejarah. Untuk sesi pagi ni, folder telah disampaikan oleh YAM Raja Zarith Sofea bt Almarhun Sultan Idirs. Erm, tapi banyak momen menarik tidak dapat dirakamkan sebab saya tak bawa kamera. Memang ada dinyatakan larangan untuk membawa masuk kamera ke dalam dewan. Tapi, saya tengok ramai je yang bawa masuk. tapi, takdelah gi ambik gambar kat depan-depan pentas tu, hehehe...


Seusai turun daripada pentas. AlhamdulilLah, dengan folder digenggaman. Tapi, kosong je dalamnya tu, hehehe...


AlhamdulilLah, syukur atas nikmat kurniaan-Mu. Hadzaa min fadhli rabbi. Dalam video ni ada rakan-rakan baik saya; Hanim, Timah, Che' Da, Lai dan Pey Shan. Yang last ada sebut "wooo" tu suara sahabat saya si Lai tu. Dia tu ala-ala macam penglipurlara sikitlah, hehehe...


Bergambar bersama emak dan adik saya. Ada sorang lagi adik saya. Tapi, sejak dah besar ni dia dah tak nak sangat ambik gambar. Bukan besar mana pun, baru form 1, hehehe... Nasib, masa ambik gambar studio dia nak bergambar sekali...


Bersama rakan-rakan sepengajian. Tahniah buat semua :) Semoga kalian terus berjaya pada masa-masa yang akan datang, aamiin...


Post-photography yang tak berjaya dilaksanakan. Hujan, huhuhu... Terus pi pulang jubah, hehehe...

4 comments:

Ramadan; Bukan Sekadar Lapar dan Dahaga


Ramadan itu suatu permulaan untuk kita kekal istiqamah
Ia bukan sekadar menahan lapar dan dahaga
Tapi, perlu diimarahkan dengan perkara-perkara
Yang dapat mendekatkan diri kita kepada-Nya
Yang dapat menyucikan jiwa dan rohani
Agar tercapai impian untuk beroleh keredhaan-Nya, aamiin...

0 comments:

It's A Complimentary


It's a complimentary
Dapat masa servis kereta petang semalam
Memang suka benda free2 ni, hehehe...

0 comments:

4 Tahun Dah...


4 years 3 days
AlhamdulilLah masih mampu bertahan :)
Walaupun ntah apa-apa jelah entry yang published kan?
But, i still love you my blog, ever and forever...
Hehehe...

4 comments: