My Plate Presentation

Nasi dagang timur dan barat :)
Ni makan di kantin sekolah

Air tangan saya untuk jamuan 'potluck' di sekolah
Mashed potato tu ready made je

Orang lain yang bawa, saya tukang makan je :)

Air tangan saya gak; nasi goreng pedas berapi, hehehe

Kambing panggang...
Juga air tangan saya, nyum3x, hehehe...

Either masak sendiri or makan di majlis jamuan, food presentation kena mantap. Baru selera nak makan, walaupun rasanya tak seberapa, kihkih... Ada chance untuk join Masterchef Malaysia Musim Ke-3 tak? Hehehe...

12 comments:

Siapa Yang Makan Cili, Dialah Terasa Pedas


p/s - Entri ni takde kaitan dengan sesiapa pun. Dok tengok dalam koleksi, ada gambar cili, so edit sikit-sikit, maka terhasillah entri ni :)

2 comments:

هَيَّا عَلَى الصَّلَاةِ - Mari Menunaikan Solat

0 comments:

Majlis Jamuan Makan Tengahari

Pagi tadi hadir ke sekolah untuk Mesyuarat Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab. Seronok pulak bermeeting pagi tadi. Selalu tu rasa cepat-cepat je nak tamatkan meeting, tapi pagi tadi boleh pulak sampai terlajak masa, hehehe... Pelbagai perkara yang kami bincangkan, rancangkan dan putuskan bersama. Mudah-mudahan Tahun 2013 ni kami lebih sukses;  di dalam menjalankan amanah menabur bakti dan budi buat anak-anak didik kami... In syaa Allah, aamiin...

Dalam jam 11.00 pagi kami bersiap-siap untuk ke Johor Bharu. Ada majlis jamuan makan tengahari di Cafe Para-Para, Hotel Grand Paragon, Johor Bharu sempena meraikan kecemerlangan di dalam Peperiksaan UPSR Tahun 2012. AlhamdulilLah...

Actually, ini kali pertama kami mengadakan majlis jamuan makan di sini. Erm, ok gak kat sini. Menu-menu yang disediakan pun semuanya best. Tapi, tak larat pulak nak rasa semua menu yang disediakan tu, hehehe... Jom tengok apa yang saya makan!

Pinggan pertama

Pinggan kedua

Pinggan ketiga

Pinggan keempat... Ni yang last, hehehe...

2 comments:

Pemenang Contest Teka-Teki

Hari tu ada buat Contest Teka-Teki untuk semua peserta Contest : Fotografi Ceriakan Hidupmu! yang tidak memenangi sebarang hadiah samada hadiah utama, hadiah tambahan ataupun hadiah cabutan bertuah. So, malam ni saya nak mengumumkan nama peserta yang telah berjaya menjawab soalan teka-teki yang telah diberikan dengan cepat dan tepat.

Untuk soalan pertama - Nyatakan tajuk tesis Pengajian Sarjana saya. Jawapannya ialah "Animated Pedagogical Agents (APA) di dalam Pendidikan Al-Qur'an". Peserta yang telah berjaya menjawab dengan cepat dan tepat ialah wh4t3v3r. Tahniah! Hadiahnya ialah sehelai kain batik Sarawak.

Untuk soalan kedua - Nyatakan 2 daripada 3 nama blog yang saya gunakan sebelum ini. Jawapannya ialah Elhaamy/ Hijrah/ Lensa Kehidupanku. Peserta yang telah berjaya menjawab dengan cepat dan tepat ialah Adish Shida. Tahniah! Hadiahnya ialah sebuah buku yang bertajuk "I Want to Be a Writer" oleh Ummu Hani Abu Hassan.

Sila tinggalkan butiran diri anda (nama penuh, alamat, no. telefon bimbit) ke azaref82@gmail.com ye...

8 comments:

Ceria dan Bersemangat!

Pagi tadi, kembali bertugas setelah sebulan bercuti. Erm, liat je rasa, hehehe... Anyway, demi tugas yang telah diamanahkan, digagahkanlah jugak, hehehe... Hadir dengan penuh ceria dan bersemangat waja gitu... :) Untuk pagi tadi, telah dijalankan Mesyuarat Guru Awal Tahun 2013. Erm, macam biasalah menerima senarai tugas, amanat dan pesanan demi kelangsungan pengurusan dan kecemerlangan sekolah untuk Tahun 2013. Selesai Mesyuarat, disediakan jamuan makan tengahari, nasi putih berlaukkan daging masak cili api, ayam goreng berempah, sayur campur, ulam-ulaman dan sambal belacan, nyum3x, hehehe... Untuk esok pulak, paginya akan dijalankan Mesyuarat Panitia, then tengaharinya kami akan ke Hotel Paragon, Johor Bharu untuk jamuan meraikan kecemerlangan sekolah di dalam Peperiksaan UPSR baru-baru ini. AlhamdulilLah :)

Bergambar bersama beg dari Vietnam
Cenderahati dari Guru Besar saya... Dapat key-chain gak

2 comments:

Jom Makan Seafood!

Khamis minggu lepas, Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Dikira sebagai hari kelepasan am di Negeri Johor. So, kebetulan semua ada kat rumah, bolehlah gi jalan-jalan kan. Lepas Zohor tu kiteorang ke Jaya Jusco Tebrau City. Saya nak cari pakaian kerja yang baru. Almaklumlah, cuti dah sampai ke penghujungnya... So, hari pertama kembali bertugas mestilah tampil dengan penuh bergaya kan? Hehehe... Lepas minum petang, beli buku dan alatulis di Harris Bookstore, solat Asar, then kiteorang meneruskan perjalanan ke Kg. Senibong, Permas Jaya, Johor. Kalau dari Jaya Jusco Tebrau City ni kira dah tak jauh sangatlah.

Apa yang ada di Kg. Senibong ni? Actually, di Kg. Senibong ni terdapat banyak seafood corner. Antara yang famous gaklah di Negeri Johor ni. Tapi, kata orang harganya a bit pricey. Tapi, seafood kat sini memang segar-segar (bagi saya yang tak pandai pilih ikan kat pasar nilah, hehehe). Tapi, kena pandai pilih kedailah. Tak selalu pun pi makan kat sini. Kebetulan baru dapat bonus, tu yang dok nak belanja family makan :) Kiteorang sampai dalam jam 6 lebih. So, duduk-duduk dulu sambil menikmati keindahan pantai. Oh ye, seafood corner kat sini semuanya atas laut tau. Tapi kat sipi-sipi tu je, takdelah sampai ke tengah laut pun, hehehe. Dari sini, kita boleh nampak Singapore gak (saya check kat GPS yang kita boleh nampak tu area Sembawang). Erm, satu lagi lupa nak bagitau, kat sini dikenakan bayaran RM2 untuk tempat parking. Agak mahal gak kan? Huhuhu...

Then, kiteorang gi solat Maghrib dulu. On the way  nak gi masjid tulah dok nampak orang jual durian crepe. Excited sangat, sebab dah lama mengidam, hehehe... Kampung ni kecik je. So dekat-dekat je tempat parking, masjid ngan seafood corner tu. Tandas awam pun ada disediakan.



Seberang sana tulah Singapore


Kedai makan pertama yang akan kita jumpa dari tempat parking
Kedai nasi lemak berlauk - saya belum pernah cuba lagi


SSS - Ada orang review kata ok, kawan saya pulak kata tak ok...
Erm, entahlah... Tekak lain-lain kan...


6 Corner. Nilah kedai makan pilihan saya. Actually, ni kali ke-3 saya makan kat kedai ni. Kali pertama datang tu, saya dok baca review dari Blog Jom Makan2 Bersama Sheikh Papa-Ntiq. Tengok review macam ok je. Tu dok try kat sini. AlhamdulilLah, memang ok. So malas nak try kedai lain dah. Sebelum ni, saya penah try kedai lain, but it's not recommendedlah...



Hai!




Siput gong-gong masak stim limau - 0.5kg (RM20)

Tomyam untuk seorang makan - RM5

Asparagus goreng belacan - RM8

Air asam boi - satu jug RM15

Kacang rebus - RM6
Ni stall kacang rebus dan pepes ikan yang hantar
Kalau pepes ikan tu memang recommended
Dia buat style otak-otak tapi kecik-kecik je

(Kat blog Papa-Ntiq ada gambarnya)

Lobster masak stim telur - 0.3kg (RM44.10)

Jenahak masak 3 rasa - 0.6kg (RM39.33)

Ketam masak telur masin - 0.3kg (RM27.30)

Plus nasi putih untuk 4 orang RM6. Jumlah keseluruhan tak termasuk kacang rebus RM164.75. Tapi, dapat diskaun, kena bayar RM160 je. Erm, sesekali bolehlah kan? Hehehe...

Pernah masuk dalam rancangan
Jalan-Jalan Cari Makan TV3

9 comments:

A Vacation to Singapore : Part 4

Part 1. Part 2. Part 3. Destinasi seterusnya selepas ke Little India ialah ke Gardens by The Bay yang terletak di Marina Gardens Drive. Satu tarikan baru di Kota Singa. Mereka yang sukakan keindahan taman yang unik memang sesuai sangat untuk ke sini. Untuk ke sini, kami menaiki MRT dari Stesen MRT Farrer Park ke Stesen MRT Bayfront dan interchange di Stesen MRT Dhoby Ghaut.

Setibanya di Stesen MRT Bayfront kami menuju ke Exit B dan melalui jalan bawah tanah, menaiki lif dan terus ke Gardens by The Bay. Keluar je dari lift terus rasa sangat teruja. Rupanya Marina Bay Sands Hotel (ala yang ada swimming pool bentuk kapal atas hotel tu) dekat sangat dengan Gardens by The Bay ni. Kalau dari Merlion Park tu nampak jauh sikit. Tapi, sayangnya masa kami sampai ni, hujan pun turun. Walaupun ada bawa payung, pergerakan agak terhad sikitlah. Hujan tu kan rahmat. Pasti ada hikmah pada setiap ketentuan-Nya tu kan?

Sumber : Di sini

Jalan terus sampai hujung, then jumpa lift

Kalau datang sekali lagi, saya nak try laluan Bay South tu pulak

Sumber : Di sini
Marina Bay Sands Hotel
Gardens by The Bay terletak di sisi sebelah kiri gambar, nampak dekat sangat

Supertree Grove

Yang bangunan separa bulatan tu Flower Dome



Singapore Flyer
Ni bukan di Gardens by The Bay, tapi boleh nampak dari sini








Erm, to be honest memang tak puas jalan kat sini. Satunya, sebab hujan, then hari dah malam. Lama gak kami kat sini. Next visit, saya memang plan nak ke sini lagi. Tak puas dok ambil gambar, then tak berpeluang nak explore lebih jauh, just sekitar Supertree Grove tu je. Sebab, saya memang minat ambil gambar keindahan alam ni. Kalau ada rezeki, nak spend satu hari kat sini je, hehehe... Ni saya sempat tunjuk sikit je tarikan di Gardens by The Bay ni, actually banyak lagi tarikan.


Lebih kurang jam 7 lebih malam, kami bergerak semula ke Stesen MRT Bayfront untuk menaiki MRT ke Stesen MRT Kranji, di mana kami perlu interchange di Stesen MRT Marina Bay terlebih dahulu. Then, sampai di Stesen MRT Kranji naik bas 170 (boleh guna Singapore Tourist Pass) untuk kembali semula ke JB. Malam pertama ni kami bermalam di Taman Ungku Tun Aminah, JB. Sebelum check-in, singgah makan dulu di Bandar Baru Uda. Recommended. Tapi, takde ambil gambar sebab dah lapar sangat rindukan masakan Malaysia, hehehe...

Kali ke-2 menginap di sini. Recommended.
No. telefon 07-5586178

Selesai sudah perjalanan hari pertama di Kota Singa. In syaa Allah, nanti saya sambung cerita untuk hari kedua dan ketiga pulak ye. Tungguuu!!! Hehehe...

4 comments: