Kalau Dah Bukan Rezeki Kita...

Petang tadi gi servis kereta di Bandar Kulaijaya. Sementara tunggu kereta siap diservis, dok ikut member-member satu sekolah yang kebetulan turut keluar ke Bandar Kulaijaya. Then, ajaklah dorang gi makan kat Domino's Pizza. Sebab hari tu saya ada menang kupon Domino's, tapi tak sempat lagi nak guna. Actually, kupon tu hanya untuk order takeaway sahaja. So, saya order untuk takeaway and untuk dine-in sekali.

Selesai makan, dorang drop saya di pusat servis kereta dengan tangan yang dok bimbit bungkusan takeaway tu, hehehe... Buat selamba jelah kan :) Sementara tu, letaklah dulu bungkusan tu kat atas kerusi kosong sambil tunggu Service Advisor (SA) panggil. Bila dah kena panggil, then bayar bill, terus ikut SA tu gi kat kereta. Masa tu tak ingat langsung bungkusan yang dok tinggal atas kerusi tu. Yang dok ingat, SA tu lupa nak pulangkan buku servis. So, dengan fikiran yang dah lupa langsung tentang bungkusan tu, teruslah memandu untuk pulang ke rumah. Dah nak sampai kat rumah, baru dok ingat nak kerling ke tempat duduk belakang. Erm, baru teringat yang bungkusan tu dah tertinggal di pusat servis, huhuhu... Takkan nak patah balik kan, bukannya dekat, huhuhu... Anggap jelah dah takde rezeki... :(

Erm, sesungguhnya rezeki tu di tangan Allah kan. Walaupun rezeki saya dah menang kupon Domino's tu, then dah pi guna pun kupon tu, order pun dah dapat, tapi kalau Allah nak tarik balik rezeki tu, dengan sekelip mata je ia boleh berlaku. Terima jelah dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya Allah tu Maha Pemurah. Kalau hari ni dia tarik rezeki kita, cuba kita ingat balik berapa banyak rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita sebelum ni. Tak terkira banyaknya! AlhamdulilLah. So, ingatlah! Rezeki tu daripada Allah, bukan ketentuan makhluk... So, mohonlah rezeki kepada Allah bukan kepada makhluk ye!

Sempat ambil gambar je, huhuhu...
Pizza regular + chicken wing + 2 tin Revive
Siap dapat kalendar free yang cute lagi, huhuhu...
Share on Google Plus

8 comments:

farhan said...

takda rezeki la tu..jauh sgt ke nak patah balik ambil tu

tak ada rezeki, mungkin dapat pengganti yg lebih baik nanti, insyaAllah. Kalau akak, akak akan call pusat servis tu suruh staff diorg makan, takut pulak kalau diorg tunggu tuannya dtg amek karang basi lak pizza tu lagilah sayang...

aDisH.sHidA said...

erm...kecian nya tak de rezeki cikgu ngan family....


ada la rezeki kot lain tu ye...

SyaNa said...

alahaiiii
terkilannya rasa :(

takpe in sha Allah ade rezeki lain yg menanti

@farhan jauh gaklah dlm 20 minit perjalanan, lgpun masa tu dh nak maghrib...

@Seri Kandi Tanah Jauhar in syaa allah kak... sy ada call, tp tk berjawab... maybe dh tutup... sbb masa tu dah kol 7...

@aDisH.sHidA in syaa allah rezeki allah tu tk pernah putus...

@SyaNa tulah... nnti wat contest hadiah kupon dominos pizza lg ek, hehehe...