Sebuah Episod Perpisahan...

18 Januari 2013. Berlakunya sebuah episod perpisahan. Seorang rakan sekerja yang saya anggap seperti kakak sendiri, akhirnya terpaksa akur dengan sebuah arahan. Sebuah arahan perpindahan ke sekolah lain. Berpindah ke sekolah yang lebih memerlukan khidmat baktinya. 26 tahun menabur bakti di sekolah yang sama, pasti rasa berat untuk beralih angin. Terasa sungguh akan perpindahannya... Kerana selama ini, beliaulah yang banyak menyokong perjuangan saya, yang sentiasa berkongsi cerita suka dan duka. Namun, lumrah dalam pertemuan, pasti ada perpisahan. Setiap ketentuan itu pasti ada hikmah-Nya. In syaa Allah... Moga beliau terus sukses di dunia dan juga di akhirat yang abadi, aamiin...


Mata merah sebab menangis :(

Share on Google Plus

6 comments:

Kakzakie said...

Kakak tengok anak murid yg peluk cikgu itu pun terasa betapa terharunya cikgu itu. 26 tahun lama benar kalau anak baru lahir dah menikah rasanya usia tersebut...

Namun ikatan/ingatan mesti tetap ada cikgu..

Cik Tia said...

26 tahun bukan sekejap .. apakan daya , setiap pertemuan pasti ada perpisahan .. menerima pertemuan bererti harus bersedia menerima perpisahan :')

aDisH.sHidA said...

dah 26 tahun kat sekolah sayong tu..lama nya...mesti menjadi cikgu kesayangan murid2 kan...



cikgu areef nangis...bukan mudah seorang lelaki nak kuarkan air mata kan

@Kakzakie ye kak dr zaman mak dah sampai zaman anak... cikgu ni mmg dr posting tk penah pindah sekola lain...

@Cik Tia tulah... sedih hilang rakan yg byk memberi sokongan...

@aDisH.sHidA sy sedih sgt sbb beliau antara guru yg paling sy rapat...