Kalau Dah Bukan Rezeki Kita...

Petang tadi gi servis kereta di Bandar Kulaijaya. Sementara tunggu kereta siap diservis, dok ikut member-member satu sekolah yang kebetulan turut keluar ke Bandar Kulaijaya. Then, ajaklah dorang gi makan kat Domino's Pizza. Sebab hari tu saya ada menang kupon Domino's, tapi tak sempat lagi nak guna. Actually, kupon tu hanya untuk order takeaway sahaja. So, saya order untuk takeaway and untuk dine-in sekali.

Selesai makan, dorang drop saya di pusat servis kereta dengan tangan yang dok bimbit bungkusan takeaway tu, hehehe... Buat selamba jelah kan :) Sementara tu, letaklah dulu bungkusan tu kat atas kerusi kosong sambil tunggu Service Advisor (SA) panggil. Bila dah kena panggil, then bayar bill, terus ikut SA tu gi kat kereta. Masa tu tak ingat langsung bungkusan yang dok tinggal atas kerusi tu. Yang dok ingat, SA tu lupa nak pulangkan buku servis. So, dengan fikiran yang dah lupa langsung tentang bungkusan tu, teruslah memandu untuk pulang ke rumah. Dah nak sampai kat rumah, baru dok ingat nak kerling ke tempat duduk belakang. Erm, baru teringat yang bungkusan tu dah tertinggal di pusat servis, huhuhu... Takkan nak patah balik kan, bukannya dekat, huhuhu... Anggap jelah dah takde rezeki... :(

Erm, sesungguhnya rezeki tu di tangan Allah kan. Walaupun rezeki saya dah menang kupon Domino's tu, then dah pi guna pun kupon tu, order pun dah dapat, tapi kalau Allah nak tarik balik rezeki tu, dengan sekelip mata je ia boleh berlaku. Terima jelah dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya Allah tu Maha Pemurah. Kalau hari ni dia tarik rezeki kita, cuba kita ingat balik berapa banyak rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita sebelum ni. Tak terkira banyaknya! AlhamdulilLah. So, ingatlah! Rezeki tu daripada Allah, bukan ketentuan makhluk... So, mohonlah rezeki kepada Allah bukan kepada makhluk ye!

Sempat ambil gambar je, huhuhu...
Pizza regular + chicken wing + 2 tin Revive
Siap dapat kalendar free yang cute lagi, huhuhu...

8 comments:

Burger Bakar

Burger bakar - daging plus cheese; RM7

Style saya - roti di bahagian atas di makan terlebih dahulu :)

Lokasi : Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor

8 comments:

Rindu Nak Meng'update'

Rasa rindu nak meng'update'. Tu yang tetiba je muncul entri baru ni, hehehe...

Pagi tadi saya tak ke sekolah kerana menghadiri Taklimat Ulangan Pilihanraya Umum Kali Ke 13 di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi. Bulan Mac tahun lepas, Taklimat ni dah diberikan pun. Tapi, dah nak dekat setahun kan? Tu yang kena refresh balik. Rasanya dah dekat ni :) Tunggu jelah!

Pagi tadi, sepatutnya ada Nazir nak datang sekolah untuk pemantauan bagi penganugerahan New Deal - Bai'ah Baru. Rasa legalah bila kena pi dengar Taklimat tu. Yelah, tak payahlah dok kena ngadap dengan Nazir tu kan? Tapi, boleh pulak Nazir tu tak jadi datang pagi tadi, huhuhu... Maybe esok atau lusa baru Nazir tu akan datang. Erm, baru nak gelakkan kawan-kawan yang dok kalut kat sekolah masa Nazir tu datang, hehehe... Takdelah, gurau je! Anyway, sebelum ni kami sama-sama dah bertungkus-lumus menyediakan segala evidens yang diperlukan untuk tujuan pemantauan tu. Harapnya kami berjayalah kan... Aamiin...

Simulasi proses pengundian semasa berlangsungnya PRU

4 comments:

Makan Di Warung Saga

Warung Saga. Warung ni terletak di Jalan Mahmoodiah, Johor Bharu. Di Jalan Mahmoodiah ni jugalah terletaknya Makam Diraja Mahmoodiah dan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah. Dahulu saya pernah tinggal di Jalan Mahmoodiah ni. Rumah yang saya tinggal tu betul-betul berhadapan dengan Makam Diraja ni. Masa tu, saya menjalani praktikal Skim Latihan Graduan di Majlis Agama Islam Johor. Ada gak dok lalu kat area tanah perkuburan tu. Kadang tu pada waktu pagi untuk pegi praktikal (jalan shortcut) or kadang tu saja jalan-jalan amik angin waktu petang ngan kawan serumah. Takde tempat lain ke nak amik angin, hehehe...

Ok, berbalik kepada Warung Saga tadi. Actually, Warung ini antara tempat makan yang agak popular di Bandaraya Johor Bharu. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat daripada jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahmalam. Kalau pagi tu, warung ni biasanya menghidangkan menu sarapan pagilah kan. Tapi, saya tak pernah lagi breakfast kat sini. Selepas waktu sarapan pagi, warung ni menawarkan masakan berasaskan nasi ayam seperti nasi ayam sambal, nasi goreng ayam sambal, kuetiau goreng dan sebagainya lagi. Menunya tak banyak sangat... Kira specialitylah. And yang menariknya interior warung ni banyak memaparkan gambar-gambar lama yang penuh bersejarah dan nostalgik.



Warung ni jugak popular dengan tahu gorengnya. Tahu yang digoreng panas-panas dan ditaburkan diatasnya dengan timun, taugeh dan kacang tumbuk dan di makan bersama sambal kicap. Memang terangkatlah, hehehe...


Hah, kat bawah ni gambar nasi ayam sambal. Bagi saya biasa-biasa je. Maybe bagi saya biasa-biasa je, sebab saya pernah makan nasi ayam yang lebih sedap di Bandaraya Johor Bharu ni.


Kat bawah ni pulak gambar sate ayam dan daging. Secucuk RM0.60. Sate ni memang kena dengan tekak saya. Isinya agak besar, lembut dan garing.


Erm, kalau sesape yang bertandang ke Bandaraya Johor Bharu tu, jemputlah makan di Warung Saga ni ye. Menunya memanglah tak banyak sangat. Tapi, kalau nak makan tahu goreng, di sinilah tempatnya. Kalau tempat lain, saya tak pasti kat mana ada. Kalau tahu bakar tu, banyak tempatlah ada kan...

6 comments:

Mati Itu Pasti!


2 comments:

Saya Sihat!

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? AlhamdulilLah saya sihat wal 'afiat. Life pun alhamdulilLah ok-ok sahaja. Cuma, lately ni agak sibuk sedikitlah. Yelah, sesi persekolahan Tahun 2013 baru bermula kan... So, banyak jugaklah perkara yang perlu diselesaikan. Biasanya, awal-awal tahun ni semangat bekerja tu memang tinggi :) So, ada je benda yang nak dibuat...

Erm, harapan saya untuk Tahun 2013 ni, moga kerjaya saya akan lebih sukses, cemerlang, gemilang dan terbilang gitu, hehehe... Aamiin...

p/s - Kepada semua pemenang Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!, maaf atas keterlewatan saya mengirimkan hadiah. AlhamdulilLah, baru sebentar tadi saya selesai membungkus semua hadiah dan mengisi borang kiriman Pos. In syaa Allah, esok pagi saya akan poskan semua hadiah tu ye... Posto! Posto! Posto! Hehehe...

3 comments:

Asam Pedas Untuk Dia

Asam Pedas Untuk Dia by Nureen Mirza. Untuk novel-novelnya sebelum ni, beliau menggunakan nama sebenarnya iaitu Hendan Yahaya. Kalau korang semua nak tahu, Nureen Mirza ni rakan sekerja saya. Actually, Nureen Mirza tu adalah gabungan nama anak pertama dan keduanya iaitu Haziq Mirza dan Nureen Husna. Anak-anak murid saya gak tu... Saje je nak tumpang glamer kan, hehehe...

Dengar-dengarnya novel ni sedang laris di pasaran. Saya ada beli gak, tapi belum habis baca lagi. Ntahlah, lately macam kurang sikit masa nak membaca ni, busy je memanjang, huhuhu... Tapi, dari rakan-rakan sekerja saya yang dah habis baca novel ni, semuanya memberikan komen yang positif. Highly recommended! Setakat yang saya dah baca tu pun, bagi saya novel ni memang best. Komen ikhlas ni ye... Tak dapat komisyen pun, hehehe...

Milik saya...


Penulis berada dalam barisan belakang, 2 daripada kiri...
Saya pulak yang mana? Cer cari sendiri, hehehe...

9 comments:

Back to School

2 Januari 2013. On the way nak ke kelas...

4 comments:

Pokcik Menang!


Hari tu pokcik ada join Contest "Makanan Kegemaran Saya". AlhamdulilLah pokcik telah menang hadiah utama dalam contest tu :) Sukanya pokcik... Hehehe... TQ Pn. SyanaSaid sebab pilih pokcik sebagai pemenang. Pokcik tu sape ek? Pokcik tu sayalah, hehehe...

7 comments: