Nasi Ambeng Hujung Minggu

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Salam Sabtu. Apa khabar semua. Harap semuanya sihatlah ya! Aaamiin...

Mulai Tahun 2014, cuti hujung minggu di Negeri Johor adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Namun, untuk hari Sabtu tu kadang-kadang kami guru-guru perlu hadir ke sekolah untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum ataupun terlibat dengan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

Macam pagi tadi sepatutnya kami perlu hadir ke sekolah untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum. Tapi, aktiviti ko-kurikulum tu telah dibatalkan dan digantikan dengan aktiviti gotong-royong guru-guru sebagai persiapan untuk menghadapi pemantauan nazir bagi penganugerahan Bai'ah Baru (New Deal). AlhamdulilLah, sebelum ni sekolah saya telah 2 kali berjaya menerima anugerah ini.

Setiap guru akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan evidens bagi setiap item yang tersenarai. Kumpulan saya telah diamanahkan untuk menyediakan evidens bagi item struktur organisasi sekolah. AlhamdulilLah, pagi tadi 70% evidens telah berjaya disediakan. In syaa Allah, esok akan disediakan evidens tersebut sepenuhnya.

So, masa lunch tu telah disediakan 'bontrot' untuk kami semua. Dah penat bekerja tu tentu perut pun terasa lapar kan hihihi... AlhamdulilLah, kenyang perut; senang hati; barulah bersemangat nak buat kerja kan hihihi...


Nasi ambeng

4 comments :

aDisH.sHidA said...

xpernah makan nasi ambeng..kalau shida makan nasi nie sure asing2kan antara nasi n mee hehehe

eh eh bontrot tu apa...kena google nie..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Berwajah baru!!..

Areef Naim said...

to adish shida :

kenalah try :)

bontrot tu bungkusan tu lah...

Areef Naim said...

to Libl :

kononnnn azam baru hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...