Telur Puyuh Masak Pesamah dan Bebola Daging Telur Puyuh

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. AlhamdulilLah, diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menukilkan sesuatu di Blog "Bicara Hatiku" ini. Hari ni saya nak kongsikan 2 resepi untuk memasak telur puyuh, yang saya sendiri telahpun mencubanya. Telur puyuh masak pesamah dan bebola daging telur puyuh. Tapi, jangan ingat saya pandai masak sangat ye. Nak rebus telur puyuh tu pun saya siap 'google' cara-caranya hihihi...


Telur puyuh masak pesamah
Resepi asal boleh klik di sini. Yang bezanya, saya tambahkan dengan sebatang serai yang dihiris halus dan saya gantikan cili boh dengan sos cili. Rasanya? Memang sedap! Masuk bakul angkat sendirilah kan, hihihi...

Bebola daging telur puyuh
Resepi asal boleh klik di sini. Bebola ni sebenarnya ada kuahnya. Tapi, saya malas nak buat. Makan dengan sos cili Thai je hihihi... Adunan untuk membalut telur puyuh tu saya ada tambahkan dengan hirisan cili padi dan serbuk pudina dan daun selasih. Sesaje je menambah hihihi...

Erm, kalau rasa macam best je resepi-resepi ni bolehlah cuba ye. In syaa Allah resepi-resepi ni memang sedap dan menarik. Selalunya telur puyuh kita masak sambal atau sup je kan? Ni bolehlah sesekali ubah pulak cara memasak telur puyuh tu. Selamat mencuba!

1 comments :

aDisH.sHidA said...

dah lama x makan telur puyuh..nampak mcm sedap je cikgu areef masak tu..bila la dapat rasa air tangan cikgu areef nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...