Nasi Ambeng Hujung Minggu

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Salam Sabtu. Apa khabar semua. Harap semuanya sihatlah ya! Aaamiin...

Mulai Tahun 2014, cuti hujung minggu di Negeri Johor adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Namun, untuk hari Sabtu tu kadang-kadang kami guru-guru perlu hadir ke sekolah untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum ataupun terlibat dengan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

Macam pagi tadi sepatutnya kami perlu hadir ke sekolah untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum. Tapi, aktiviti ko-kurikulum tu telah dibatalkan dan digantikan dengan aktiviti gotong-royong guru-guru sebagai persiapan untuk menghadapi pemantauan nazir bagi penganugerahan Bai'ah Baru (New Deal). AlhamdulilLah, sebelum ni sekolah saya telah 2 kali berjaya menerima anugerah ini.

Setiap guru akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan evidens bagi setiap item yang tersenarai. Kumpulan saya telah diamanahkan untuk menyediakan evidens bagi item struktur organisasi sekolah. AlhamdulilLah, pagi tadi 70% evidens telah berjaya disediakan. In syaa Allah, esok akan disediakan evidens tersebut sepenuhnya.

So, masa lunch tu telah disediakan 'bontrot' untuk kami semua. Dah penat bekerja tu tentu perut pun terasa lapar kan hihihi... AlhamdulilLah, kenyang perut; senang hati; barulah bersemangat nak buat kerja kan hihihi...


Nasi ambeng

4 comments:

Telur Puyuh Masak Pesamah dan Bebola Daging Telur Puyuh

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. AlhamdulilLah, diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menukilkan sesuatu di Blog "Bicara Hatiku" ini. Hari ni saya nak kongsikan 2 resepi untuk memasak telur puyuh, yang saya sendiri telahpun mencubanya. Telur puyuh masak pesamah dan bebola daging telur puyuh. Tapi, jangan ingat saya pandai masak sangat ye. Nak rebus telur puyuh tu pun saya siap 'google' cara-caranya hihihi...


Telur puyuh masak pesamah
Resepi asal boleh klik di sini. Yang bezanya, saya tambahkan dengan sebatang serai yang dihiris halus dan saya gantikan cili boh dengan sos cili. Rasanya? Memang sedap! Masuk bakul angkat sendirilah kan, hihihi...

Bebola daging telur puyuh
Resepi asal boleh klik di sini. Bebola ni sebenarnya ada kuahnya. Tapi, saya malas nak buat. Makan dengan sos cili Thai je hihihi... Adunan untuk membalut telur puyuh tu saya ada tambahkan dengan hirisan cili padi dan serbuk pudina dan daun selasih. Sesaje je menambah hihihi...

Erm, kalau rasa macam best je resepi-resepi ni bolehlah cuba ye. In syaa Allah resepi-resepi ni memang sedap dan menarik. Selalunya telur puyuh kita masak sambal atau sup je kan? Ni bolehlah sesekali ubah pulak cara memasak telur puyuh tu. Selamat mencuba!

1 comments:

Rezeki Allah Itu Datang Dalam Pelbagai Cara

Pagi tadi.

Slot 1 : Ketika sedang breakfast di kantin sekolah.

Kak Yah kantin : Hai ustaz, makan keropok je ke? Diet ke?
Saya : Taklah, jemu tengok menu tu... Hari-hari sama je... Tapi, bukan sebab tak sedap tau!
Kak Yah kantin : Ooo...
Saya : Kak Anah tak nak letak nasi lemak kat sini lagi ke?
Kak Yah kantin : Tak kot...

Tetiba telefon berdering.

Kak Anah : Kelas 4G kat mana?
Kak Yah kantin : Ustaz, kelas 4G kat mana?
Saya : Tingkat 4.
Kak Yah kantin : Ustaz nak nasi lemak ni...
Saya : Hiii... Kak Yah ni...

Talian ditamatkan.

Saya : Panjang umur. Baru kita cakap pasal kak Anah tadi dia dah call. Nape dia call tadi?
Kak Yah kantin : Nak hantar nasi lemak kat kelas 4G. Ada jamuan...
Saya : Ooo...

Saya selesai breakfast. Alhamdulillah...

Slot 2 : Di Bilik Guru menyiapkan kerja-kerja yang tak pernah habis...

Yuzalita : Ustaz, nah nasi lemak.
Saya : Hah, sape pulak yang bagi ni?
Yuzalita : Kak Yah suruh bagi kat ustaz... Katanya kak Anah belanja.
Saya : Ya Allah, terkejut saya. Saya takde pesan apa-apa pun kat kak Yah tadi...
Yuzalita : Dah rezeki ustaz tu... Teringin terus dapat hihihi...
Saya : Tulah kan hihihi... Ada 2 bungkus ni, nah ambil satu.
Yuzalita : Dulu masa saya tengah pregnant saya teringin nak makan nasi lemak. Tapi tak jumpa pulak orang jual. Tetiba je jiran sebelah pulak hantar nasi lemak. Pastu saya pernah cari pampers anak saya tapi takde saiz. Tetiba esoknya Mak Ara bagi pampers cucu dia yang tak boleh pakai sebab tersalah saiz...

Alhamdulillah. Sesungguhnya nikmat Allah itu datang dalam pelbagai cara. 

Mafhum Firman Allah SWT di dalam Surah ar-Rahman ayat 13 : "Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan-Mu, yang hendak kamu dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

Nasi lemak kak Anah

0 comments:

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya saya muncul kembali, hihi... Hanya 17 entri sepanjang Tahun 2013, ntah ke manalah agaknya saya pergi menyorok yer kihkih... Rindu nak berceloteh, nak berbalas komen, nak join contest atau giveaway dan macam-macam rindu lagilah huhu...

Actually, petang tadi lepas solat Asar saya dok mengadap lappy sebab nak sambung buat kerja sekolah. Tup-tup datang pulak semangat nak meng'login' di blogger.com tu. Kesian pulak tengok blog saya yang dah semakin bersawang tu!

Setelah berjam-jam godeh sana, godeh sini maka blog "Bicara Hatiku" tampil dengan wajah baru. Nak bagi aura meng'update' katanyaaa hihi...

Oklah, sampai sini dulu... Kena simpan sikit aura tu untuk update entri pada hari-hari yang mendatang; yang belum dapat dipastikan bilakah agaknya, hihi... In syaa Allah, esok adalah kot entri baru tu... Tunggu :)

Ops, sebelum tu apa yang "Rindu Bertamu Di Abu Dhabi" tu? Takde apa-apa pun... Saje je nak bagi gempak, kihkih...

2 comments: