Feeling Blur

Assalamu 'alaikum. Dah 17 hari saya bergelar mahasiswa PhD. Tapi, sampai waktu dan ketika ni kajian saya masih belum mula apa-apa pun lagi huhu... Masih 'blur' lagi kata Omputih hihihi... Tapi, saya ada jumpa beberapa link ni yang saya kira sangat-sangat membantu. A kit start to begin a research!

2 comments:

Qadha' dan Qadar-Nya

Perkongsian status saya di akaun Facebook :
"Kereta pertama sy dulu melanggar babi di subuh hari dlm perjlnn hdk ke sekolah; nak hantar murid pergi pertandingan. Dapat elak sekor kuor lg sekor tak dpt nak elak langsung. Pecah bumper depan! Masa tu baru 4 bln beli kereta. 
Kereta kedua sy (pakai hingga skrg) juga melanggar babi dlm perjlnn hdk ke sekolah; nak latih bdk kalam jama'i. Masa tu baru 6 bln beli kereta. Kereta mati di tgh jln. Mmg teruk! 2 bln masuk bengkel. Masa tu lg seminggu nak sambut Aidilfitri. Bayangkan! Huhuhu... Sy terpaksa berhabis duit menyewa kereta utk menyambut Aidilfitri dan akhirnya membeli kereta Viva (yg paling murah - skrg abg sy sambung byr) utk kegunaan ke sekolah. Dan kereta yg sy guna skrg ni sblm ni juga hampir 3 kali melanggar babi dan sekali tu babi yg kuor dgn anak-anaknya sekali. 
Dan yg terbaru baru skjp ni dlm perjalanan balik dari kedai bersama emak sy. Hampir melanggar babi hitam yg besar. Habis telur yg emak sy beli pecah terhumban dari kerusi blkg kerana sy brek kereta secara mengejut. Kesian mak sy! 
Sy hrp semua ni adalah kaffarah dan teguran drpd Allah atas segala dosa2 yg sy tlh sy lakukan. Tapi, sbg manusia biasa kdg2 sy trauma knp bbrp kali hal ini berlaku dan hampir berlaku. Bersangka baik kpd Allah dan org sekeliling itu jln terbaik. La haula wa la quwwata illa bilLah - tiada daya dan tiada upaya kecuali dgn pertolongan-Nya jua. Sesungguhnya sy hamba yg lemah. Sy mohon maaf atas segala khilaf dan khata'.
Semoga akan sentiasa redha dan tabah dengan setiap ketentuan-Nya. In syaa Allah, aamiin...


Pengalaman kali ke-2 melanggar babi huhuhu...

2 comments:

Status Saya Dah Berubah!

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

29 Januari 2014 yang lalu, merupakan hari terakhir saya berkhidmat sebagai seorang guru di SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor. 6 Februari 2006 adalah hari pertama saya melangkahkan kaki ke sekolah ini sebagai Guru Dalam Latihan dan penempatan kali pertama sebagai Guru Sandaran Terlatih pada 11 Julai 2007.


Menandatangani buku rekod kehadiran buat kali terakhir
AlhamdulilLah, impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat PhD dengan memperoleh Hadiah Latihan Persekutuan (tajaan yuran, elaun dan cuti belajar) daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah dimakbulkan Allah. Masih teringat-ingat lagi kekalutan ketika menghantar permohonan secara online di saat-saat terakhir, ketika membuat semakan nama sama ada berjaya dipanggil temuduga atau tidak, pengalaman menghadiri sesi temuduga di Bahagian Tajaan, KPM di Cyberjaya dengan emak dan adik-adik saya pun turut ikut sekali (diorang dok kat hotel je, tak ikut pi temuduga pun hihihi), debaran ketika membuat semakan sama ada berjaya atau tidak di dalam sesi temuduga, menghadiri majlis penyerahan surat tawaran di Putrajaya (1st time naik flight MAS dan Air Asia hihihi) dan menghadiri kursus persediaan selama 3 minggu. Sesungguhnya ia adalah pengalaman yang cukup berharga.

Walaupun hati rasa gembira, tetapi dalam masa yang sama saya terpaksa menghadapi saat-saat duka mengungkapkan salam perpisahan buat semua rakan sekerja dan anak murid tercinta. Jatuh juga air mata anak teruna ini ketika bersalam-salaman dengan rakan-rakan sekerja dan anak-anak murid di majlis perpisahan yang diadakan dihujung sesi persekolahan 29 Januari 2014. Moga segala kenangan pahit dan manis ketika berkhidmat di sekolah ini akan sentiasa kekal di ingatan. In syaa Allah.


Kenangan terakhir bersama rakan-rakan sekerja
Dan AlhamdulilLah, pada 4 Februari 2014 yang lalu saya telah mendaftar diri sebagai pelajar PhD sepenuh masa di UTM, Skudai, Johor di dalam bidang Teknologi Pendidikan. Kalau nak tahu bloglah antara yang mencetuskan minat saya untuk menyambung pengajian di dalam bidang ini ketika di peringkat Sarjana dahulu.


UTM Postgraduate Registration Day
Dah hampir 2 minggu saya bergelar pelajar PhD. Menghadiri taklimat dan kolokium adalah antara rutin sepanjang 2 minggu ni. Dan sekarang, saya mengharapkan momentum untuk memulakan kajian akan segera hadir hihihi... Payah jugak bila kita tidak dapat mengurus masa dan mendisiplinkan diri dengan baik. Yelah, bila dah tak bekerja dan duduk di rumah ni ada je keja lain yang nak dibuatnya huhuhu... Saya ada plan jugak untuk tinggal di asrama supaya dapat lebih menumpukan perhatian kepada pengajian. Poyo je kan hihihi... Doakan yang terbaik buat saya ye...

Erm, Rabu lepas saya dan 2 orang sahabat setajaan telah ke Bahagian Tajaan, KPM di Cyberjaya untuk menghantar segala dokumen yang berkaitan tajaan dan cuti belajar. Kelakar pulak bila diingatkan. Bukan apa. Masing-masing ingat-ingat lupa jalan nak ke Bahagian Tajaan tu. Bila dah nak sampai exit ke Cyberjaya, barulah nak aktifkan GPSlah, ada yang terkial-kial nak guna Wazelah dan ada yang baru nak install Waze tu hihihi... Tapi, akhirnya jumpa jugak Bahagian Tajaan tu dengan bantuan 1 GPS dan 2 Waze kihkih... Lepas settled urusan tu, kami gi makan sate Kajang Hj. Samuri. Dah tak risau pasal sesat, sebab masing-masing dah ada GPS dengan Waze hihihi...


Excited nak makan sate, 
sampai terpejam-pejam mata hihi...
Selesai makan, dapat pulak panggilan daripada Bahagian Tajaan yang memaklumkan terdapat kesilapan pada dokumen permohonan 2 rakan saya tu. Terpaksa pusing balik ke Bahagian Tajaan dan kemudiannya ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Nasib tak jauh sangat daripada Bahagian Tajaan tu. AlhamdulilLah, ada bantuan Waze tu hihihi... Dok gelak je kiteorang bila ingat pasal Waze tu hihihi... Actually, kawan saya yang 2 orang ni daripada Institut Pendidikan Guru. Diorang sepatutnya dapatkan tandatangan daripada Rektor IPGM bukan daripada Pengarah IPG tempat diorang bertugas. Erm, kita hanya merancang dan Allahlah sebaik-baik Perancang kan? Oklah, sampai sini dulu ye...

3 comments: