PhD Ke Masterchef?

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Selamat pagi. Good morning. Sobahal khoir.

Pagi ni, dok cuba buat egg quiche lagi. Kali ni, dah ada muffin pan. So, takdelah lagi jumbo quiche macam hari tu, hihihi...

Kawan-kawan saya dok tanya. Saya ni cuti belajar buat PhD, or masuk rancangan Masterchef? Hihihi... Alah, bosan dok mengadap thesis, kita 'release'lah dengan main masak-masak kan kihkih...

Selamat mencuba! Resepi asal klik di sini ye...



0 comments:

Kuat?

Ada yang kuat kakinya, mampu mendaki hingga ke puncak tertinggi di dunia...
Ada yang kuat akalnya, mampu berfikir melangkaui batasan masa...
Ada yang kuat ingatannya, mampu mengimbas silamnya memori...
Ada yang kuat badannya, mampu mengangkat beratnya bebanan...
Ada yang kuat penglihatannya, mampu mentafsir di sebalik gelapnya malam...
Ada yang kuat pendengarannya, mampu meneka di sebalik perlahannya derapan...
Ada yang kuat semangatnya, mampu mengharungi payahnya dugaan...
Namun, berapa ramai di antara kita dikurniakan KEKUATAN untuk hadir ke rumah Allah
Memenuhi saf yang bersujud mengakui hebatnya Tuhan?

0 comments:

Doaku Untukmu

Untuk semua yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah...


0 comments:

Usaha.Tangga.Kejayaan

Firman Allah SWT yang bermaksud :

((Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitungNya))

Surah al-Baqarah ayat 202.

0 comments:

Kueh Cheqqq

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Nak share satu resepi ni. Quiche. Nama asal resepi ni 'kueh cheqqq' kot, hihihi... Resepi asal boleh rujuk di sini. Actually, nak buat quiche ni kena guna muffin pan. So, saya dengan gigihnya pi lah beli muffin pan tu. Bila nak buat, baru perasan muffin pan tu tak muat nak masuk dalam oven hihihi... So, datanglah idea nak buat quiche ni guna loyang bentuk bunga untuk buat kuih bakar tu. Maka, terhasillah jumbo quiche sesuailah dengan saiz orang yang membuatnya kan kihkih... Selamat mencuba!

0 comments: