Doa Sempena Majlis Pembukaan Seminar


DOA SEMPENA MAJLIS PEMBUKAAN
1st INTERNATIONAL EDUCATION POSTGRADUATE SEMINAR
KSL RESORT, JOHOR BHARU, JOHOR
23 NOVEMBER 2014.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudratMu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Majlis Pembukaan 1st International Education Postgraduate Seminar 2014.

Ya Allah, Ya Munzilarrahmah wa Ya Fatihalbarakah
Berkatilah dan permudahkanlah perjalanan Seminar ini. Jadikanlah ia seumpama sebuah taman di antara taman-taman syurga. Berilah peluang kepada kami untuk bertukar idea, ilmu dan pandangan dalam mewujudkan budaya penyelidikan yang menyumbang ke arah pembentukan Universiti Penyelidikan. Dan jadikanlah Seminar ini sebagai pencetus inovasi, isu-isu dan cabaran ke arah kemapanan pendidikan.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar
Kau terangilah hati kami dengan cahaya petunjukMu, sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahariMu; selama-lamanya. Bukakanlah kepada kami hikmah-hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami daripada khazanah-khazanah rahmatMu.

Ya Allah, Ya Zal Jalali wal Ikram
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هٰذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا. وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَا مَعَنَا وَلَا مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلَا مَطْرُوْدًا وَلَا مَحْرُوْمًا.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِى الْأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللّٰهِ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

آمِين، آمِين، ياَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

 .Untuk memuatturun doa ini, boleh klik DI SINI. Moga Bermanfaat
Share on Google Plus

0 comments: