Doa Sempena Majlis Penutupan Seminar


DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN
1st INTERNATIONAL EDUCATION POSTGRADUATE SEMINAR
KSL RESORT, JOHOR BHARU, JOHOR
24 NOVEMBER 2014.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudratMu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada petang yang berbahagia ini, di dalam Majlis Penutupan 1st International Education Postgraduate Seminar 2014.

Ya Allah, Ya Munzilarrahmah wa Ya Fatihalbarakah
Segala puji buatMu yang mempermudahkan, memberkati dan menaungi perjalanan Seminar ini dan memberi kami peluang untuk bertukar idea, ilmu dan pandangan dalam mewujudkan budaya penyelidikan yang menyumbang ke arah pembentukan Universiti Penyelidikan. Semoga Seminar ini menjadi pencetus inovasi, isu-isu dan cabaran ke arah kemapanan pendidikan; seiring dengan motto UTM “Innovative, Entreprenurial, Global”.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar
Jadikanlah ilmu yang diperoleh sepanjang mengikuti Seminar ini sebagai ilmu yang diberkati olehMu. Jadikanlah ia juga sebagai jalan yang dapat mendekatkan kami untuk mengenaliMu. Dan jadikanlah ia juga sebagai mata rantai yang bermanfaat untuk kami bawa menemuiMu.

Ya Allah, Ya Zal Jalali wal Ikram
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هٰذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا. وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَا مَعَنَا وَلَا مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلَا مَطْرُوْدًا وَلَا مَحْرُوْمًا.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِى الْأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللّٰهِ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

آمِين، آمِين، ياَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Untuk memuatturun doa ini sila klik DI SINI. Moga bermanfaat.
Share on Google Plus

0 comments: