Perjumpaan Pertama My PG-Roommate

Di UTM, saya mempunyai ruang kerja yang disediakan oleh pihak Jabatan (wang deposit diperlukan untuk mendapatkan access card). Ia sebenarnya adalah sebuah makmal yang menempatkan beberapa buah ruang kerja. Selain saya, ada 10 orang lagi rakan postgraduate (PG) yang turut memenuhi ruang kerja di dalam makmal ini. Kami terdiri daripada 9 orang pelajar tempatan dan 2 orang pelajar antarabangsa.

Ruang kerja saya... 
Ketika baru mula-mula mendudukinya.

Pagi semalam, kami telah mengadakan perjumpaan untuk saling berkenalan dan berkongsi cerita dan pengalaman serta bertukar idea dan pandangan dalam memastikan perjalanan pengajian kami sentiasa 'keep on track'. Yelah, sebelum ini hanya kenal begitu-begitu sahaja. Tetapi, semalam kami berpeluang untuk lebih saling mengenali antara satu sama lain. Ada seorang tu, ibunya sendiri tidak pernah merasakan anaknya mampu untuk melanjutkan pengajian hingga ke peringkat PhD kerana dahulu beliau aktif bersukan dan sering mengabaikan pelajaran dan merupakan seorang yang agak nakal. Dan salah seorang rakan juga rupa-rupanya 'bau-bau bacang' (saudara jauh) dengan saya dan keluarga kami (arwah ayah saya dan ibunya) adalah sekampung.

Pagi tu sebenarnya dimulakan dengan sesi makan. Ada spageti bolognese, karipap, kek batik, buah-buahan, makanan ringan dan minuman. AlhamdulilLah, dapat menjamu selera walaupun serba ringkas.

Sebenarnya ada kisah yang berlaku sebelum saya tiba di perjumpaan ini. Spageti bolognese tu saya yang sediakan sebab saya yang berjanji nak bawa makanan. Yang lain tu, ikut suka kalau nak bawa... Dalam perjalanan, saya telah memberi signal dan cuba memotong 2 buah kenderaan di hadapan; sebuah kereta yang di hadapannya adalah sebuah lori. Apabila saya hendak memotong, kereta tu seperti hendak memotong juga tetapi dalam keadaan teragak-agak. Bila saya betul-betul hendak memotong barulah kereta tersebut dalam keadaan mengejut terus memotong juga. Apa lagi, terpaksalah saya brek secara mengejut. Maka, disebabkan itu bekas yang saya isikan dengan kuah spageti telah terbalik dan tumpah separuh huhu... Silap saya juga kerana tidak menggunakan bekas yang bersesuaian untuk perjalanan yang agak jauh. AlhamduliLlah, saya letakkan bekas tu dalam plastik beg, kalau tak mesti berlambak terus kuah tu. Saya sempat berhentikan kereta di tepi jalan untuk memeriksa bekas kuah tu, tapi sayangnya dah tumpah separuh huhu...

Apabila tiba di Fakulti untuk parkir kenderaan, hendak dijadikan cerita saya lupa untuk menarik brek tangan dan tidak memijak brek kaki semasa hendak mengmabil bungkusan bekas spageti tu sehingga kereta bergerak sendiri dan melanggar kereta di hadapan. Ya Allah, berderau darah saya ketika itu! Cepat-cepat alihkan kereta saya dahulu. AlhamduliLah, kereta tersebut tiada kerosakan. Hanya kereta saya jatuh sedikit bumper hadapan. Huhuhu... Pagi yang penuh tragik! Tetapi, saya bersyukur dapat juga rakan-rakan saya menjamu selera dengan spageti tu, walaupun mungkin kuahnya tidak cukup. Terpaksa di catu hihihi. Nasib baik ada yang tak datang, kalau semua datang pasti tidak cukup... Rasa ralat juga sebenarnya... Macam nak kena bawa sekali lagi spageti tu hihihi...

Nyum3x.

Khusyuk menjamu selera dengan spageti yang tidak cukup kuahnya hihihi...

Sesi taaruf dan bertukar-tukar pandangan.

Pelajar paling tua kihkihkih...
Share on Google Plus

0 comments: