Di Laman Bondaku

Di peringkat Sarjana dahulu, saya memang pernah mengikuti kelas fotografi. Daripada situ, timbul minat untuk memiliki dan mengambil gambar menggunakan dslr. AlhamdulilLah, dapatlah juga membeli dslr tu tapi yang biasa-biasa sahajalah - Nikon D3000. Tapi, sebenarnya saya memang tak pandai langsung menggunakan mode 'manual' hanya 'auto' semata-mata. Rugilah kan tak 'enhance' kemahiran mengambil gambar tu? Huhuhu... Bila era telefon pintar mula melanda, lebih selesa mengambil gambar menggunakannya berbanding dslr yang 'bulky' untuk dibawa ke sana ke mari hihihi... Maka, tersimpanlah sahaja dslr saya tu...

Tapi, petang semalam entah dari mana tiba-tiba datang semangat untuk mengambil gambar menggunakan dslr yang dah lama tersimpan tu. Kebetulan, geram tengok bunga-bunga yang mekar bewarna-warni di laman mini di hadapan rumah saya. Emak saya memang rajin menanam bunga. Saya pula, memang suka mengambil gambar bunga, almaklumlah belum ada bunga yang bertakhta di hati kan? Kihkihkih...




    

    



    



    



    


    




Share on Google Plus

6 comments:

Kakzakie said...

Subhanallah... terpegun kakak dibuatnya cikgu. Bunga orkid yg berjuntai tu kakak terpikat teramat sangat. Kalau kakak nak boleh ke? hihi...

lagi satu cikgu payah nak dpt bunga idaman kalbu, kakak bagi anak buah kakak nak tak? haha...

Areef Naim said...

kak zakie,

indah sungguh ciptaan allah kan... itu kena tanya mak saya dulu :)

kak zakie niiii hihihi...

bunga orkid ini mengingatkan saya pada abah saya yang suka menanam orkid.

sayangnya, tak seorang pun antara kami mewarisi sejuk tangan abah...

abah juga suka berfotografi hingga mendapat pujian dari taukeh kedai gambar...

aDisH.sHidA said...

pokok apa yang juntai warna putih tu..nampak menarik je..

ehem ehem kalau ada bunga bertakhta di hati snap gambar si bunga tu je la ye..

Areef Naim said...

IM,

samalah spt kami adik-beradik tiada seorang pun yg mewarisi kemahiran arwah ayah menganyam ketupat dan menukang rumah huhuhu...

Areef Naim said...

shida,

sejenis orkid gak... hihihi in syaa allah klu dah ada :)