Doa Sempena Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Zon Tenggara


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradatMu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada petang yang berbahagia ini, dalam Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Zon Tenggara Tahun 2015 Kali Ke-35.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Justeru itu, kami memohon kepadaMu, agar Kejohanan ini dapat melahirkan insan yang sejahtera akal fikiran, tubuh badan, pendengaran dan penglihatan. Kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk menjadi insan yang berdaya bersaing dan bercita-cita tinggi. Semoga atlet-atlet yang dipilih akan mengharumkan nama Zon Tenggara di peringkat Daerah Kulaijaya nanti.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat yang terpuji, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketaqwaan.

Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,
Berkatilah usaha-usaha kami. Mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هٰذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَا مَعَنَا وَلَا مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلَا مَطْرُوْدًا وَلَا مَحْرُوْمًا. رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الْأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
Share on Google Plus

0 comments: