Ikan Goreng Tomyam Thai

Hari tu saya ada buat perencah tomyam Thai. Daripada perencah ni, terhasillah sup tomyam Thai, nasi goreng tomyam Thai, tauhu goreng tomyam Thai dan hari ni pulak saya masak ikan goreng tomyam Thai. Resepinya mudah sahaja. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi. Masukkan perencah tomyam Thai dan air. Tambahkan sos tiram, sos cili, garam dan gula. Kemudian masukkan nenas dan tomato. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Selamat mencuba!

 
Share on Google Plus

0 comments: