Jawab Tag Hisham


Ni la 1st time saya jawab tag yang diberi oleh blogger lain. Tag ni sebenarnya datang dari sahabat saya, Hisham Ahmad, blogger http://www.ilmuone.com/. Sebenarnya dah lama kena tag ni, tapi baru sekarang nak jawab. Ada satu lagi tag yang belum saya jawab datangnya dari Che' Da, blogger http://hudabdullah.blogspot.com/. Tunggula Che' Da yer... Ok, ni la soalan-soalan yang perlu dijawab untuk tag Hisham tu...
lk
1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama blog itu?
Elhaamy... Maksudnya ilhamku. Ntahla, dok fikir2 nak beri nama apa, nama ni yang saya terfikir. Selalunya blog ni kan merupakan catatan yang dihasilkan daripada ilham blogger tu sendiri, walaupun ideanya asalnya daripada orang lain. So, sesuaila nama Elhaamy ni kan? Tapi, jangan lak kita lupa kepada yang memberi 'ilham' itu; Allah SWT. And saya sebenarnya suka menamakan sesuatu dengan Bahasa Arab. Kat laptop lama saya dulu, hampir setiap folder saya rename dengan Bahasa Arab cam pictures saya ganti dengan at-taswir dan sebagainya.
lkk
2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://ibnunaeem.blogspot.com, ni la link blog saya. Naim tu nama arwah ayah saya, cuma ejaannya je lain sikit, tapi maksud sama kan? Saje nak abadikan nama arwah ayah saya sebagai link blog saya ni...
lkk
3. Apakah method dalam penulisan blog anda?
Saya takkan mengambil sesuatu penulisan, tanpa saya meng'edit'nya semula. Paling kurang saya akan edit dari segi ejaan, tanda bacaan dan tatabahasa yang digunakan. Saya ni perfectionist sikit (kadang2 la)
lk
4. Pernah tak terasa nak hapuskan blog anda? Kenapa?
Tak pernah pun...
;l;
5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Blog http://www.ilmuone.com/ ni milik Hisham Ahmad. Dia dah banyak pengalaman dalam alam blog ni. Blognya sentiasa di'transform'. Cuma saya tak beberapa suka link "Baca lagi kandungan entri ini" sebab kekadang membantutkan rasa untuk baca keseluruhan entri. Ntahla, saya tak suka la. Saya lebih suka entri tu dipaparkan penuh di homepage tanpa ada gangguan untuk membacanya...
lkk
6. Senaraikan calon yang akan di tag.
Sape ek? Rasanya nak tag Ustaz Mior Syazril la, blogger http://miorjqaf.blogspot.com/. Boleh tak ustaz? And sorang lagi Che' Da, he3...
lk
Syukran...

3 comments:

Salam Ukhwah FilLah



Assalamu `alaikum buat semua yang mengunjungi Elhaamy... Moga ada Rahmat dan Berkat buat kita semua...

Alhamdulilah, rasa bersyukur sangat dapat meng'update' blog kesayangan saya ni. Setelah hampir sebulan rumah saya dimasuki perompak dan laptop serta modem internet saya telah turut dilarikan, dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, saya telah memiliki laptop dan modem internet yang baru. Barulah semangat nak 'update' Elhaamy ni. Kalau kat sekolah ataupun di cc, takde mood nak 'update', just ziarah blog orang lain jer (sebenarnya kalau guna internet kat rumah pun, bukan rajin sangat nak 'update', he3...)

"Saya rasa gembira, bila orang lain gembira". Inilah ungkapan saya, apabila mereka yang mengunjungi Elhaamy, mengucapkan terima kasih kerana memperoleh sesuatu daripada Elhaamy, tentunya yang paling utama teks emcee la. Saya bukanlah seorang emcee yang baik, tapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi teks emcee yang saya gunakan dengan orang lain. Kerana pengalaman saya sendiri sebelum ini, terlalu sukar untuk mendapatkan contoh teks emcee samada di buku mahupun di internet. Kebanyakannya lebih membincangkan tentang protokol dan teknik-teknik penulisan. Orang sekarang ni lebih suka kepada sesuatu yang berbentuk praktikal dan realiti daripada teori dan fantasi. Betul tak?

Saya tau blog saya ni takla sehebat blog-blog yang lain, dan takla selalu dikunjungi. Tetapi paling kurang, saya pasti ianya turut memberikan manfaat buat semua walaupun hanya sedikit. Kan, kan, kan? He3. In sya Allah, selagi Elhaamy terus bernadi di alam maya ini, saya akan cuba berusaha untuk memberikan 'sesuatu' buat anda semua...

0 comments:

"Selamat Hari Guru"


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat saya sendiri, he3, guru-guru, para mu`allim dan mu`allimat, para pensyarah, bermula dari diri ini menjejakkan kaki ke TADIKA Bandar Tenggara, SK Bandar Tenggara 1, S Agama Bakti Bandar Tenggara, SMKA Segamat, Akademi Pengajian Islam UM Kampus Nilam Puri dan Kuala Lumpur, Institut Pengajian Zakat UiTM Melaka dan Institut Perguruan Tun Hussein Onn. Juga ucapan ini ditujukan khas buat rakan-rakan guru di SK LKTP Sungai Sayong, rakan-rakan guru yang dikenali, rakan-rakan guru j-QAF dan semua insan yang bergelar guru... Moga kita semua akan menjadi seorang guru yang bukan hanya diangkat martabatnya di sisi manusia, malahan yang paling utama mulia di sisi Allah SWT.

0 comments: