Resepi Lala Masak Pedas Superb

Bahan-bahan
  • 1 kg lala
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai ~ di ketuk
  • 4 batang cili padi ~ di belah 2
  • 20 tangkai cili kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 1 biji tomato ~ di potong baji
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan jus asam jawa ~ ambil sedikit asam jawa campur air dan ramas, tapis ambil airnya sahaja
  • 2 helai daun limau purut ~ di siat
  • 2 pokok ketumbar ~ di mayang halus
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan
  • Bersihkan lala, rendam sebentar untuk menghilangkan pasirnya. Cuci semula dan toskan airnya
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali
  • Tumiskan bahan yang di kisar hingga harum
  • Masukkan serai dan cili padi kacau rata
  • Masukkan bawang besar dan tomato
  • Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tiram dan biarkan ia merenih
  • Jika kuah kering tambahkan air
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula kerana lauk ni sedap kalau manis-manis pedas sikit rasanya
  • Masukkan daun limau perut dan daun ketumbar.
  • Akhir sekali masukkan lala
  • Tutup kuali dan biarkan ia masak sebentar anggaran 5 minit
  • kacau rata dan biar merenih
  • Sedia di hidangkan.
Tips:
  • Cili padi blh letak sebanyak mana anda suka. 

Resepi Lala Masak Pedas Superb Resepi Lala Masak Pedas Superb Reviewed by Admin on May 03, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.