Elhaamy... You Turn 1 Year!


Congrats to Elhaamy (to me actually, he3). Actually, Elhaamy is turn 1 year yesterday. Saya baru perasan hari ni. Tetiba malam ni, nak baca semua entri kat Elhaamy ni. And surprisingly, bila sampai ke entri pertama, tengok2 tarikh post enty tu 30 Julai 2008. Rupanya dah setahun Elhaamy bertapak di alam maya ni. And ini bermakna, sudah setahun saya bergelar blogger (ceh, cam leh letak je gelaran tu kat nama sendiri, he3...). Happy Birthday, Elhaamy... Moga ilhamku, yang datangnya daripada Si Pemberi Ilham; Allah S.W.T. akan sentiasa memberikan 'sesuatu' buat kalian semua... Moga akan terus istiqamah. In sya Allah...

Festival Nasyid Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009

Salam hormat buat semua. Sebenarnya, event ni dah lama berlalu. Tapi, saya tak sempat nak post entry tentangnya, sebab sebelum ni laptop saya yang menyimpan koleksi video Festival Nasyid ni telah dirompak. Baru siang tadi, saya berkesempatan untuk download semula dari rakan setugas saya, Ustazah Nurul. Jika sebelum ni, saya ada post entry tentang kekalahan team nasyid sekolah saya, dan melahirkan rasa ketidakpuasan hati, tetapi ia hanyala sekadar luahan rasa seorang hamba Allah yang lemah imannya. Biasanya, kita memang sukar untuk menerima kesalahan sendiri, dan sering menunding kesalahan pada orang lain pula. Takpela, mungkin tahun ni kami diuji dengan kekalahan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, in sya Allah maybe tahun depan rezeki kami lak kan untuk diuji dengan kemenangan... Di sini saya uploadkan video team sekolah saya. Layan... Semoga terhibur! (p/s- bagi yang tak kenal saper saya, yang interframe dalam video tu, sayala... He...)
lk
Lagu tema : "Aqidah Pembentuk Jati Diri Cemerlang"
lk
Lagu pilihan : "Syahadatana"

Hadiah Ukhwah FilLah

Di sini saya nak hadiahkan beberapa koleksi video dikir barat Bahasa Arab (j-QAF) untuk UstatKimi, yang team dikir barat sekolahnya akan mewakili Daerah Jempol 2 ke Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2009 (nama sebenar program ialah Majlis Semaian Wahyu Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2009). Hadiah ukhwah filLah...

Johan Dikir Barat Ihtifal j-QAF Per. N. Selangor 2007
lk
Ihtifal j-QAF Per. Negeri Kedah 2008
lk
Johan Dikir Barat Ihtifal j-QAF Per. Daerah Kulai 2009 (Part 1)
lk
Johan Dikir Barat Ihtifal j-QAF Per. Daerah Kulai 2009 (Part 2)
lk
Johan Dikir Barat Ihtifal j-QAF Per. Daerah Kulai 2009 (Part 3)

Mencuba dan Terus Mencuba

Di sini, saya 'upload'kan video anak-anak murid saya yang menyertai Pertandingan Kalam Jama`e sempena Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009. Ini adalah percubaan kami untuk tahun kedua. Masih belum ada rezeki lagi. Hanya berjaya mendapat tempat kelima dengan markah sebanyak 75% (33 untuk persembahan, 24 untuk suara dan 18 untuk isi). Maaf, kualiti video kurang memuaskan, ditambah dengan keadaan cuaca yang tidak elok; kebetulan ketika anak-anak murid saya ini membuat persembahan, hujan turun dengan lebatnya. Kesian, mereka terjerit2... And sorry, video ni saya split kepada 3 part, untuk memudahkan proses 'upload' di youtube yang sering 'menyakitkan hati' saya. He3. In sya Allah, kami akan cuba lagi pada tahun hadapan. Mencuba dan terus mencuba... Nantikan 'transformasi' kami... He3...
lk
Part 1
lk
Part 2
lk
Part 3

Mat Pantun

Pic daripada DrHasanah.com

Alhamdulillah, pada petang tadi telah berakhir dengan jayanya Seminar Budaya Kerja Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 (melibatkan semua Guru Pendidikan Islam Menengah dan Rendah dan Guru-Guru j-QAF). Dan untuk Seminar ini, saya telah ditugaskan sebagai pengacara majlis untuk Majlis Penutupan. Seperti biasala, bila saya yang jadi pengacara majlis, mesti banyak pantun yang saya gunakan. Bukan apa, sesekali bila membacakan pantun membuatkan hadirin yang mendengar memberi perhatian buat seketika (daripada berborak-borak, tertidur, dan sebagainya, he3). Ntahla, tak taula sejauhmana kebenarannya. Tapi, bagi saya itulah identiti saya sebagai seorang pengacara majlis. Tapi, harap2 janganlah ada menyampah lak. So, janganla ambil saya jadi pengacara majlis selalu, nanti bosan kan? Disebabkan banyak memasukkan pantun di dalam teks pengacaraan saya pada Majlis Penutupan siang tadi, maka dengan secara rasminya seorang ustazah telah memberikan gelaran 'Mat Pantun' kepada saya. He3...

Teks Pengacara Majlis - Majlis Penutupan Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009


TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN
SEMINAR BUDAYA KERJA CEMERLANG GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2009
DEWAN SMK SENAI, KULAI
25 JULAI 2009

1
Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj. Hassan bin Issa, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

2
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia
Tn. Hj. Hassan bin Issa
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Yang Dihormati
En. Anuar bin Jais
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Jais bin Sudin
Guru Besar SK Senai
selaku wakil Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Panitia Agama Islam Menengah dan Rendah
Program j-QAF dan Panitia Bahasa Arab

Yang Berusaha
Ustaz Ziman bin Mohammad
Penyelia Kanan Pendidikan Islam
Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustazah Kalthom binti Abd. Rahman
Penyelia Pendidikan Islam
Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
Tn. Hj. Zakaria bin Omar
Guru Penolong Kanan (HEM)
SMK Senai
selaku wakil kepada tuan rumah

Yang Dihormati
Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Panitia Agama Islam Menengah
Program j-QAF dan Panitia Bahasa Arab

Yang Dihormati
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Panitia Agama Islam Rendah
dan Program j-QAF

seterusnya Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009

barisan para pendidik; ustaz dan ustazah

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

3
Selamat datang ke :
Majlis Penutupan
Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila Majlisil Ikhtitam li Nadwati Saqafiatil `Amaliyatil Mumtazah li Asatidzit Tarbiyyatil Islamiyyah bi Kulai li Sanah Alfin wat Taasi`ah.

4
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

5
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ariffin bin Zakaria. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ariffin bin Zakaria atas bacaan doa itu tadi.

6
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, hadirin dan hadirat sekalian,

Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan yang menghimpunkan seluruh guru Pendidikan Islam, Menengah dan Rendah, dan juga guru-guru bagi Program j-QAF di Daerah Kulai ini.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penghayatan budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru Pendidikan Islam di Daerah Kulai ini; agar hasrat untuk melahirkan guru yang bukan sahaja mempunyai ciri-ciri mudarris, malahan mu`allim, mursyid, mu`addib dan murabbi.

Indah mekar si bunga kiambang
Mekar mewangi di taman larangan
Seminar Budaya Kerja Cemerlang harapannya gemilang
Melahirkan mudarris mumtaz lagi berketrampilan.

7
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.


Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan Tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

8
Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian penutup Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Tuan.

Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

9
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, dan sudi untuk menyempurnakan upacara perasmian penutup Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai tahun 2009, Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau.

Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Jais bin Sudin untuk mengiringi Yang Dihormati En. Anuar bin Jais untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

10
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais di atas kesudian menyampaian tanda penghargaan sebentar tadi.

Dan Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir ke halaqah ilmu; Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 dan memeriahkan Majlis Penutupan kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009, terutamanya pihak Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, SMK Senai selaku tuan rumah, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, para pendidik yang terdiri daripada barisan ustaz dan ustazah, dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati.

11
Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

12
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

13
Dijemput kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dan dijemput juga kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai.

Hormat, Hormat Ke Kanan Hormat...

Salam hormat buat semua pengunjung Elhaamy... Ada ke pengunjung?. He3. Harap2 adala. Sebelum ni saya pernah berjanji untuk 'upload'kan video kawad kaki yang disertai oleh adik bongsu saya. Sebenarnya saya mengalami masalah untuk proses 'upload' kat youtube. Ntahla, sebenarnya saya tak berapa mahir bab2 'upload' video file yang saiznya besar ni. Tapi, alhamdulillah, baru la ni leh post kat Elhaamy ni. Sebenarnya video tu panjang lagi, sebab saya dah edit and tambah2. Tapi, layan jela setakat yang ada ni yer. Moga dapat jadi panduan yer...

Berakhir Sudah Sebuah Pengharapan


Baru sebentar tadi, telah berakhirnya Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009. Tahniah kepada yang menang. Ingatlah, bahawa kemenangan itu adalah ujian daripada Allah S.W.T. Dan bersabarlah, bagi mereka yang kalah. Kerana kalah itu juga adalah ujian daripada Allah S.W.T.
lk
Bagi saya sendiri, sudah berakhirnya sebuah pengharapan. Tiada lagi harapan untuk menang dan mewakili Daerah Kulai ke Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Johor Tahun 2009. Cukup sekadar dengan berpuashati dengan mendapat tempat kelima. Berakhir sudah suka duka selama hampir 2 bulan melatih anak-anak murid saya yang mengambil bahagian di dalam Pertandingan Kalam Jama`e. Cuti2 yang berisi dengan sesi latihan, juga latihan selepas waktu sekolah, dan latihan intensif pada waktu sesi pembelajaran. Semuanya sudah berakhir. Tiada lagi gelak tawa dan senda gurau anak-anak murid saya yang memenuhi kereta saya, ketika saya menghantar mereka pulang ke rumah pada setiap hari latihan diadakan. Bayangkanlah hampir setiap hari kereta saya dipenuhi 13 orang murid, yang perlu saya hantar mereka pulang ke rumah. Hampir terbalik kereta tu dibuatnya. He3. Saya pasti merindukan saat-saat itu...

Doakan...


Esok, anak-anak murid saya akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Kalam Jama`e, sempena Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009. Doakan kejayaan mereka yer...

Teks Pengacara Majlis - Majlis Penutupan Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009


Pic from skkompleksuda.com

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN IHTIFAL j-QAF
PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2009
TJMART, SALENG
21 JULAI 2009

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia
En. Rozani bin Mohamad
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustaz Ziman bin Mohammad
Penyelia Kanan Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustazah Kalthom binti Abd. Rahman
Penyelia Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
___________________________________
___________________________________
___________________________________

Yang Dihormati
___________________________________
___________________________________
___________________________________

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009

barisan ustaz dan ustazah

murid-murid yang dikasihi

para ibu dan bapa dan penjaga

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Penutupan
Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila Majlisil Ikhtitam Li Ihtifali j-QAF Sanah Alfin wat Taasi`ah.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz ________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz _________________ atas bacaan doa itu tadi.
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad, hadirin dan hadirat sekalian,

Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, sebagai suatu aktiviti nilai tambah bagi pelaksanaan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah di Daerah Kulai ini; bagi melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dan cintakan Bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur’an.

Indah mekar si bunga kiambang
Mekar mewangi di taman larangan
Ihtifal j-QAF harapannya gemilang
Melahirkan generasi cintakan al-Qur’an.

Untuk pengetahuan semua juga, aktiviti yang dipertandingkan di dalam Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 ini ialah Pertandingan Kalam Jama`e ataupun dalam Bahasa Melayunya disebut sebagai “percakapan secara berkumpulan” dan Pertandingan Dikir Barat.

Kedua-dua aktiviti ini dilaksanakan di dalam Bahasa Arab. Selain daripada itu, Ihtifal j-QAF ini juga turut mempertandingkan aktiviti Tilawah al-Qur’an bagi kategori lelaki dan perempuan.

Bagi Pertandingan Kalam Jama`e dan Dikir Barat, ianya telah dilaksanakan di TJMart ini sendiri. Manakala, bagi aktiviti Tilawah al-Qur’an, ianya telah dilaksanakan di SK Taman Muhibbah, Kulai.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk mengiringi En. Rozani bin Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan Tuan.

Pertandingan Kalam Jama`e
1.
2.
3.

Pertandingan Dikir Barat
1.
2.
3.

Tilawah al-Qur’an (Lelaki)
1.
2.
3.

Tilawah al-Qur’an (Perempuan)
1.
2.
3.

Terima kasih diucapkan kepada En. Rozani bin Mohamad atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Majlis juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan mewakili Daerah Kulai ke Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Johor Tahun 2009, bertempat di ____________________ pada ____________. Sama-samakan kita doakan kejayaan mereka. Ma`at taufiq wan najaah.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan pemenang tempat pertama bagi Pertandingan Kalam Jama`e dan Dikir Barat. Untuk pemenang tempat pertama Pertandingan Kalam Jama`e dipersilakan kepada __________________________________________________. Dipersilakan.

Untuk pemenang tempat pertama Pertandingan Dikir Barat dipersilakan kepada _________________________________________. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai penghargaan di atas kesudian En. Rozani bin Mohamad hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, majlis ingin menyampaikan sedikit tanda ucapan terima kasih kepada beliau.

Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad di atas kesudian menyampaian tanda penghargaan sebentar tadi.

Dan Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada En. Rozani bin Mohamad di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009, terutamanya pihak pengurusan TJMart, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, barisan para hakim, ustaz dan ustazah, semua murid yang telah mengambil bahagian dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Dijemput kepada Ustaz Ziman bin Mohammad untuk mengiringi En. Rozani bin Mohamad untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan.

p/s - Baru lepas siapkan teks emcee ni terus share kat Elhaamy. Esok saya ditugaskan sebagai emcee Majlis Penutup, Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai 2009. Alhamdulillah, teks ni berjaya disiapkan and untuk dikongsi bersama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...