Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun

lk

2 comments:

Aduh, Sakitnya Kepalaku!


Ketika saya menulis entri ini, kepala saya berasa agak sakit. Sebenarnya saya ada menghidap penyakit migrain. Tentu ada di kalangan anda juga, merupakan penghidap penyakit migrain ni. Kalau sakit sikit2 boleh lagi nak buat keja. Tapi, kalau terlalu sakit, adui langsung tak boleh nak buat keja. Nak tido pun tak boleh. Jom baca fakta-fakta tentang penyakit migrain ni...
lk
~Penghidap migrain mudah kena angin ahmar~
(Berita Harian, Selasa – 14 Disember 2004)

London – Penyelidik Amerika dan Kanada berkata, penghidap penyakit migrain mempunyai dua kali ganda lebih risiko untuk diserang angin ahmar berbanding dengan mereka yang tidak menghidap penyakit sakit kepala teruk itu. Tiga kajian dalam penyelidikan itu menunjukkan wanita yang menghidap migrain dan mengambil pil pencegah hamil adalah lapan kali ganda lebih berisiko untuk diserang angin ahmar.
lk
lk
~Sekilas... Migrain~
(Utusan Malaysia, Khamis - 19 Mac 2009)

Sejenis serangan sakit kepala yang berterusan. Majoriti punca penyakit ini disebabkan cuaca panas yang berterusan. Satu kajian yang dilakukan di sebuah Hospital Besar di California terhadap lebih 7,000 pesakit migrain mendapati bahawa kenaikan suhu panas sebanyak 5°C akan menyebabkan risiko migrain meningkat sebanyak 7.5 %. 2,250 orang disahkan terkena serangan migrain dan selebihnya mengalami tekanan serta sakit kepala yang tidak diketahui puncanya.

~Heart attack risk in migraine~
(New Straits Time, Wednesday - 25 April 2007)
lk
WASHINGTON: Men who suffer migraine headaches have a higher risk of heart disease, particularly heart attacks, according to a study published on Monday. The researchers found a 24 per cent increased risk for cardiovascular disease in men who experienced migraines compared to those who did not, including 42 per cent in creased risk for heart attacks.
lk
The study, published in the Archives of Internal Medicine, follows similar findings among women. Dr Tobias Kurth of Harvard Medical School and Brigham and Women's Hospital in Boston and colleagues tracked 20,084 men, aged 40 to 84, who had no history of heart disease from the early 1980's through 2005. About seven per cent of the men reported having migraines. Kurth said it was unclear what it was about migraines that were increasing in the risk.
kj
But he noted that people who had migraines tend to have more cardiovascular risk factors such as high blood pressure and high cholesterol. The researchers last year published a study tracking nearly 28,000 women that showed those who had migraines were more likely to develop cardiovascular disease as well.

~Diet berkhasiat kurangkan migrain~
Susunan SADATUL MAHIRAN ROSLI
lk
Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus penduduknya mengalami migrain. Didapati wanita mengalaminya lebih tiga kali ganda berbanding lelaki. Selain menunjukkan gejala seperti tubuh lesu, kepala berdenyut, terdapat juga beberapa gejala seperti loya dan muntah, gangguan penglihatan serta sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau. Penderitaan ini bakal berlanjutan sehingga tiga hari lamanya.
lk
Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu dan cahaya daripada mentol lampu jimat tenaga serta makanan adalah beberapa faktor kepada serangan migrain.
kj
Justeru, jalan penyelesaiannya ialah mengawal pemakanan dan mengikuti panduan diet yang sihat dan berkhasiat. Ia dikatakan boleh mengurangkan penderitaan dan sekali gus mengurangkan serangan atau kesakitan teruk kesan daripada migrain.
lk
Pakar pemakanan dan naturopati, Max Tomlinson menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan dan pastikan mendapat cukup rehat, mengurangkan tahap stres dan menggunakan ubatan herba yang dibenarkan bagi meredakan migrain dan mengurangkan penderitaan serta kekerapan diserang migrain.
lk
''Serangan migrain juga mungkin adalah tanda-tanda seseorang itu mempunyai alergik atau sensitif kepada beberapa makanan yang diambil, atau bahan kimia yang sering digunakan seharian.
lk
"Di sini, kami tidak boleh menyenaraikan makanan yang berpotensi kerana terlalu banyak. Cuma dinasihatkan supaya menukar diet makanan kepada yang berkhasiat, segar dan menjauhi bahan kimia yang tidak semula jadi terutama dalam makanan proses atau dibungkus,'' katanya.
lk
Tambahnya, seseorang itu juga harus berhati-hati dengan penyebab biasa seperti tekanan darah tinggi, masalah usus, tekanan darah rendah, tidak cukup tidur, sakit di bahagian belakang dan tengkuk serta kekurangan oksigen.

Berhati-hati dengan kafein - kafein boleh menyebabkan saluran darah membesar dan sakit kepala di bahagian epik. Justeru itu amalkan minuman berkhasiat seperti air kosong, jus buah-buahan dan teh herba.
lk
Sentiasa berhidrat - mengamalkan pengambilan air boleh mengurangkan sakit kepala dan migrain. Oleh itu, amalkan mengambil makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
lk
Bebas garam - tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai penyebab kepada migrain. Garam boleh meningkatkan tekanan darah, mengurangkannya atau langsung tidak mengambilnya boleh membantu seseorang itu mendapat risiko migrain.
lk
Darah melekit - darah boleh menjadi 'melekit' (dipanggil kumpulan platelet) yang berpunca daripada diet yang tidak betul. Ini bermakna darah itu tidak mengalir lancar dan meninggikan tekanan darah. Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuk avacado, bijirin gandum tulen, kacang hazel dan minyak ikan Omega 3 yang boleh diperoleh pada ikan salmon boleh membaiki pengaliran darah.
lk
Fiber - produk buangan yang berada di usus yang paling bawah boleh menyebabkan berlakunya toksin. Seseorang individu harus mengambil sekurang-kurangnya 40 gram fiber setiap hari bagi memastikan perut bersih dan berfungsi dengan berkesan, tetapi selalunya, seseorang itu hanya mampu sebanyak 20 gram. Sehubungan itu, digalakkan makan makanan yang kaya dengan fiber seperti beras perang, prun, kekacang, lentil dan sayur segar.
lk
Gula dalam darah - makanan yang sarat dengan gula dan tepung gandum mengakibatkan peningkatan tahap tenaga dan sekali gus meningkatkan gula dalam darah. Ini menyebabkan pening kepala. Makanan ringan atau hidangan kecil yang berkhasiat seperti oat, bubur dan kentang panggang boleh menurunkan kadar gula secara perlahan.
lk
Magnesium - magnesium penting untuk saraf dan otot. Ketiadaannya boleh menyumbang kepada migrain. Epal, aprikot dan beras perang kaya dengan mineral ini.
lk
L-Tryptophan - asid amino yang berfungsi sama dengan magnesium bagi memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan membantu mengurangkan migrain. Sumber makanan berkhasiat ialah beras perang, keju dan soya.

~Causes of migraine~
(The Sun, Tuesday - 21 April 2009)

HEADACHES and migraines are often triggered by stress, and in women, fluctuations in hormone levels play a role in setting them off, a study by the headache centre of Altlanta cited by germany's migraine and headache organisation on Essen found.
lk
Some 80% of the patients in the study who suffer occasional headaches said stress was the trigger.
lk
Hormone fluctuations came second after being cited by 65% of the people in the survey.
lk
Other causes were hunger, cited by 56% of the participants; weather changes in sleep pattern, cited by 50%.
lk
People who suffer frequent migraines also cite stress and hormone fluctuations as the main cause.
lk
Meanwhile, one out of three of these patients gave hormone fluctuations as the cause, while one-quarter of them cited stress as the main factor.
lk
But not everyone knows what triggers their headches.
lk
In these cases, writing details of the attacks in a diary helps, said Germany's migraine and headaches organisation.
lk
The US study was based on data from 1,200 migraine patients, 84% of them female.
lk
More than three-quarters, 76%, of the participants said their migraine attacks occasionally or frequently were caused by tigger factors.
lk
The majority of the study participants named four to nine things that triggered their headaches.

~Cara ubati migrain~
(Berita Harian, Jumaat - 11 Ogos 2006)

Pesakit yang menghidap migrain, atau sakit kepala kronik setiap hari, mungkin kembali mengalami sakit kepala biasa jika mereka berhenti daripada amalan terlalu bergantung dengan ubat penahan sakit, menurut penyelidik Korea Selatan.
lk
Selain itu bersenam dan mengambil ubat bagi mencegah adalah lebih baik untuk meredakan migrain.
lk
Dr Chin-Sang Chung dan rakannya di Pusat Perubatan Samsung di Seoul mengikuti perkembangan 136 pesakit yang menghidap migrain selama setahun. - Reuters

2 comments:

Perginya Menemui Ilahi...

Entri terakhir saya sebelum ni berkisarkan tentang kisah duka sahabat saya Khadijah Ismail dan Muhd Ramadhan Fitri Elias. Kisah duka tentang puteri kesayangan mereka NurFatimah, yang diletakkan di wad ICU, Hospital Putrajaya dalam keadaan koma dan kritikal. Dan selawat syifa' saya layangkan buatnya agar ia kembali sembuh, sihat dan ceria. Namun, tidak saya sangka, ketika ini saya masih menulis tentang kisah duka itu, malahan terpaksa menulis entri noktah, tiada entri-entri seterusnya...
lk
"NurFatimah telah pergi menemui Ilahi pada kira-kira jam 6.20 pagi tadi"
lk
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Inna lilLahi wa inna ilaihi roji`uun.... Moga kau berbahagia di sana wahai NurFatimah... Buat sahabat saya Khadijah Ismail dan Muhd Ramadhan Fitri Elias, tabahkanlah hati, kuatkanlah semangat, redhalah dengan setiap ketentuan-Nya. Pasti ada hikmah atas apa yang berlaku...
lk
lk
Kita hanya mampu sujud..

2 comments:

Selawat Syifa' Untuk Anakandaku NurFatimah

Anakandaku? Sebenarnya NurFatimah adalah puteri kesayangan sahabat saya Khadijah Ismail dan Muhd Ramadhan Fitri Elias. Kedua-duanya adalah sahabat saya ketika sama-sama menuntut di UM. Tidaklah rapat sangat. Tapi, memang saling mengenali. Baru2 ini saya mendapat sms daripada sahabat saya; Farha Muhammad (kakak ipar Khadijah) yang telah menyampaikan khabar duka yang menyatakan bahawa NurFatimah kini berada di dalam wad ICU, Hospital Putrajaya di dalam keadaan koma dan kritikal. Di sini saya tak mahu menceritakan sabab musabbabnyer, cuma sekadar memohon kepada sesiapa sahaja yang mungkin ada menziarahi Elhaamy ini, agar mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat NurFatimah, kerana ketika ini hanya doa sahajalah yang mampu dilakukan demi memohon pertolongan daripada-Nya... Kalau nak tahu cerita lanjut bolehlah ziarah ke blog sahabat saya; Mastura Salleh di http://an-naurah.blogspot.com/.
lk
kj
SyafakilLah...

0 comments:

I'll See You in Court

Aik, cam kontroversi je tajuknya. Hehehe... Takla... Cam gini, bulan 4 yang lalu rumah saya telah dimasuki perompak. Dan nasib tidak menyebelahi, apabila salah seorang daripada 4 perompak yang telah memasuki rumah saya tu, salah seorang daripadanya telah berjaya ditangkap seminggu selepas kejadian.
lk
So, hari Selasa lepas (13hb Oktober 2009) saya telah dipanggil untuk hadir ke Mahkamah sebagai saksi kes. Tapi, tak bagi keterangan pun, sebabnya ketika pendakwaan dibacakan, Orang Kena Tuduh (OKT) tu telah mengaku bersalah; case closed and hukuman dijatuhkan. Kena hukuman 10 tahun penjara. Rasanya kena sebatan gak. 10 tahun tu hanya untuk kes di rumah saya. OKT tu ada lagi 3 kes, yang hukumannya meliputi 4 kes (termasuk rumah saya) adalah hukuman penjara lebih kurang 40++ tahun termasuk sebatan. Ai, apalah nasib yer.
lk
Secara peribadi, saya mendoakan agar OKT tu akan insaf dengan apa yang telah dilakukannya dan moga akan menjadi pengajaran kepada yang lain. Yela, manusia memang tidak lepas daripada melakukan kesalahan kan?

0 comments:

Gadget for Road Survival

Semasa saya menghadiri bengkel Tribe Toyota Urban Survival Skills 2009 - Road Survival (Johor), saya telah mendapat sebuah gadget yang boleh digunakan untuk memotong self belt dan memecahkan tingkap kenderaan ketika berada di dalam keadaan kecemasan seperti kenderaan terjunam ke dalam sungai, terperangkap di dalam banjir dsb, dan pada ketika yang sama pintu kenderaan tidak boleh dibuka daripada dalam. Ia juga dilengkapi dengan lampu suluh dengan fungsi beacon (kelip2) dan juga flashlight (pancaran biasa). Di sini juga, saya kongsikan bersama anda semua risalah yang mengandungi pelbagai jenis gadget yang perlu anda miliki bagi menghadapi road survival ketika sedang memandu di jalanraya.
lk



0 comments:

Ziarah Ukhwah Hari Raya `AidilFitri 1430H - Special Invitation

Ingatkan dah abis dah siri Ziarah Ukhwah Hari Raya `AidilFitri 1430H bagi guru-guru di SK LKTP Sungai Sayong. Rupanya belum lagi. Hari ini kami semua telah mendapat special invitation untuk sama-sama ziarah ukhwah ke rumah Guru Besar kami, kerana dalam siri sebelum ini beliau tidak berkesempatan untuk bersama-sama kami. Banyak gak juadah yang disediakan seperti sate, bakso, nasi himpit, nasi minyak, popiah basah dsb. Rumah beliau terletak di Taman Sayong Pinang. AlhamdulilLah, atas rezeki kurniaan-Mu Ya Allah...
lk
Terima kasih atas undangan!

0 comments:

Jamuan Hari Raya `AidilFitri Peringkat Kampung Felda Sungai Sayong

Majlis ni dilaksanakan pada hari yang sama dengan Program JAUHARI1430H. Kami satu sekolah telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis ini. So, dalam Program JAUHARI1430H, takde jamuan makan2. Hanya jamuan ringan untuk guru2 dan sedikit makanan ringan (orang Jawa kata jajan) untuk murid-murid. Sebab, selepas tamat je Program JAUHARI1430H, kami semua menuju ke Pejabat Felda, Kampung Felda Sungai Sayong untuk menikmati jamuan makan di sana. Antara juadah yang disediakan ialah, nasi pelangi aka nasi hujan panas, mee sup dan nasi himpit serta pelbagai jenis minuman.
lk

lk
Terima kasih atas undangan!

2 comments:

Program Jalinan Ukhwah Hari Raya `AidilFitri 1430H (JAUHARI1430H)

Raya belum abis lagi... So, di kesempatan itu, telah dilaksanakan Program Jalinan Ukhwah Hari Raya `AidilFitri 1430H (JAUHARI1430H) Peringkat SK LKTP Sungai Sayong. Program ini telah dilaksanakan pada hari Khamis, 15 Oktober 2009 bersamaan dengan 26 Syawal 1430H. Program ini telah dimulakan dengan bacaan doa, dan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an dan terjemahan, bacaan selawat Nabi, ucapan daripada GPK HEM, persembahan nasyid, deklamasi sajak dan persembahan sketsa.
lk
Untuk aktiviti-aktiviti tersebut, tiada foto yang dapat saya kongsikan kerana saya hanya membuat rakaman video sahaja pada ketika itu. Mungkin, boleh dikongsikan kemudian apabila saya memperolehinya daripada guru-guru lain. Dan pada akhir Program tersebut, telah disampaikan hadiah bagi pertandingan mewarna dan pertandingan nasyid sempena Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadan 1430H (IHRAM1430H).

lk
Selamat Hari Raya `AidilFitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami warga
SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor.

0 comments:

Sajak - "Insaflah Wahai Diri"

Khas buatmu
Saudara Muslimku
Insaflah wahai diri

Lahirmu kerana satu tujuan
Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan
Kemanisan dunia tidaklah berkekalan
Jangan sampai kau sesat di hujung jalan

Wahai diri
Hari-harimu berlalu
Tanpa kau sedari
Bulan dan tahun silih berganti
Ramadan, Syawal, Muharram…
Kehidupan semakin menjauhi
Kematian pula datang mendekati

Wahai diri
Alam dan makhluk sukar mengasihimu
Masa turut terus meninggalkanmu
Manusia tak akan selamanya bersamamu
Yang pasti hanya Tuhan bisa
Sentiasa menemanimu

Wahai diri
Mengapa wujud takbur dan bangga
Sedang kau hanya satu lagi ciptaan-Nya
Yang tiada upaya
Lemah tak bermaya

Wahai diri
Mengapa kau masih ingkar
Berani suruhan dan larangan-Nya
Kau langgar
Kau nahi yang makruf
Kau amar yang mungkar
Sungguh berani kuasanya kau cabar
Mujur Tuhanmu Maha Bersabar

Wahai diri
Mengapa kau biar dirimu terleka
Yakinlah kau akan satu perkara
Setiap amal pasti akan dibalas-Nya
Maka kembalilah
Ke jalan yang sepatutnya

Wahai diri
Buanglah ego dan sombongmu
Mintalah keampunan
Dari Tuhanmu
Andai selamat yang kau mahu
Di hari yang dahsyat dan tidak menentu
Wahai Tuhan terimalah ampunanku

إِلَهِى لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاً
وَلاَ أَقْوًا عَلَى النَّارِ الْجَهِيْمِ
اَللهُ فَهَبْ لِيْ تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِيْ
فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنْبِ الْعَظِيْمِ

Tuhanku
Aku tidak layak masuk syurgamu
Namun aku tidak sanggup
Menghadapi api nerakamu
Dari itu kurniakanlah
Taubat dan keampunan kepadaku
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun
Dosa-dosa besar
lk
lk
Semoga kita semua akan mendapat iktibar dan pengajaran...

0 comments:

Ziarah Ukhwah Hari Raya `Aidilfitri 1430H - Last Part

Masih lagi cerita tentang ziarah ukhwah Hari Raya `Aidilfitri bagi guru-guru di SK LKTP Sungai Sayong. Siang tadi, merupakan hari terakhir kami. In sya Allah, tahun hadapan kalau ada rezeki, bolehla datang berziarah lagi yer... Gambar kat bawah ni, semasa di rumah Pn. Saemah. Satu gambar ni lupa nak upload. So, upload dalam entri ni la yer...
lk
Tengokla tu bersemangat sungguh mereka makan sup kambing gearbox. Acara lari sambil bawa balang kuih pun ada, heheh...
kj
Ok, gambar2 kat bawah ni adalah untuk hari terakhir kami.
lk
Tarikh : 11102009/ Ahad
Tempat : Taman Anggerik
Nama Guru : En. Md. Sukor bin Marzuki
Menu : Nasi lemak, kuih raya dsb.
lk
Tengokla baby2 tu, belum makan nasi lemak, dah tertido... zzz...

Tengokla ada orang tu, orang lain dah abis makan, die dok ngunyah je lagi...

Tayang kereta nampak, blink, blink, blink....
lk lk
Tarikh : 11102009
Tempat : Taman Anggerik
Nama Guru : En. YM Raja Sharudin bin Raja Abdullah (YM tu bukan Yahoo Messenger yer)
Menu : Soto (sedapler), spaghetti, dsb.
lk
Sian, tuan rumah... Dorang ni pagi2 buta dah datang. Tuan rumah tak sempat nak mandi lagi. Opss... Hehehe...
lk
Ala, baby2 ku ini, asyik korang jer enterframe. Photographer tak ada gambor pun tau, huhuhu...

Gambar makanan tak sempat snap. Photographer balik awal, sakit perut, hehehe...

Tarikh : 11102009
Tempat : Taman Sayong Pinang
Nama Guru : Cik Nurul Aini binti Fatkhorrahman
Menu : Nasi impit, sambal goreng (my fav.), daging bistik dsb.
lk
Mek Kelate : "Kawe doh tigo ari dok make... Mung dok nunggu aku make yo" (sambil mencekak pinggang).

Cara-cara makan kuih raya - bukak penutup balang, ambil kuih, dan makan, nyum2...
lk
Tarikh : 11102009
Tempat : Bandar Tenggara
Nama Guru : Saya... Hehehe...
Menu : Mee kari n kek marble tunjuk2 jer, hehehe...
lk
Azhar makan 2 kali. Tapi, die malu nak makan kat dalam, takut orang tegur...

Baby2 dah kepenatan. Maknyer yang makan. Tapi, baby yang kembung perut...

Tarikh : 11102009
Tempat : Bandar Tenggara
Nama Guru : En. Azhar bin Abdul Hamid
Menu : Nasi berlauk; lauk ayam masak lemak, itik masak rendang n lauk kambing n kambing n kambingggggggg..., kuih raya dsb.
lk
Sam merajuk sebab lauk kambing ditiadakan atas sebab2 tertentu. Hehehe...

Hujan turun menyembah bumi, seiring mengiringi kepulangan kami yang telah kekenyangan. AlhamduliLah, atas rezeki kurniaan-Mu Ya Allah...

0 comments:

Ziarah Ukhwah Hari Raya `Aidilfitri 1430H - Part 2



lk
Tarikh : 09102009/ Jumaat
Tempat : Kelas Pra Sekolah, SK LKTP Sungai Sayong
Nama Guru : Pn. Fadzilah binti Mohd Sharif
Menu : Nasi putih berlauk, sambal belacan power, kuih-muih dsb.

0 comments:

Ziarah Ukhwah Hari Raya `Aidilfitri 1430H - Part 1

Selagi hari raya belum sampai ke penghujungnya, selagi itulah ianya akan diraikan samada dengan aktiviti ziarah, bermarhaban dan mengadakan open house. Tidak ketinggalan bagi kami guru-guru di SK LKTP Sungai Sayong. Mulai minggu ini kami telah mula bergerak ke rumah guru-guru untuk aktiviti ziarah, bermarhaban dan tentunya aktiviti kesukaan ramai; makan-makan, heheheh..
lk
Tarikh : 08102009/ Khamis (Hari gaji ni, hehehe...)
Tempat : Kuarters Loji Air Sungai Sayong
Nama Guru : Pn. Siti Ara binti Shawal aka Mak Ara
Menu : Roti cicah kari, jemput2 cicah sambal kacang dsb.
lk


Tarikh : 08102009/ Khamis (masih hari gaji, hehehe...)
Tempat : Felda Bukit Besar
Nama Guru : Pn. Saemah binti Ardi
Menu : Lepat, mee goreng, sate, sup kambing dsb.



1 comments:

Gambar-gambar Sekitar Tribe Toyota Urban Survival Skills 2009 - Road Survival (Johor)



lk
Sumber : Laman web Tribe Toyota (http://www.tribetoyota.com.my/)

0 comments:

Tribe Toyota Urban Survival Skills 2009 - Road Survival (Johor)




Pada 3 Oktober 2009 yang lalu saya telah menyertai bengkel "Toyota Urban Survival Skills 2009 - Road Survival" anjuran Tribe Toyota bertempat di Persada Johor. So, di sini saya ingin kongsikan artikel berkenaan dengannya (sumber daripada laman web
Tribe Toyota http://www.tribetoyota.com.my/). Actually, banyak ilmu berkenaan dengan road survival telah saya perolehi daripada bengkel ini. Tapi, saya tak buat catatan sangat. So, biasalah kalau dah tak catat tu, bukan senang nak ceritakan balik kan.

0 comments:

Teks Pengacara Majlis - Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Per. Daerah Kulai Tahun 2009

TEKS PENGACARA MAJLIS
MULTAQA GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
DAERAH KULAI TAHUN 2009
DI DEWAN ASRAMA, SMK BANDAR PUTRA, KULAI
10 OKTOBER 2009

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad, Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat, Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Min Raub ila Pontian
Satuwaasilu fi Kuala Perlis
Arju lakum taqdimul ikhtimam
Ista’dzinu an abda’ul Majlis.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين، والصلواة والسلام على أشراف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
رب اشرَحْ لنا صدورنا، ويَسِّرْ لنا أمورنا، واجلل عقدة من لساننا، يفقج قولنا

Yang Berbahagia
Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad
Penolong Pengarah
Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat
Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
selaku tuan penceramah kita pada hari ini

Yang Berusaha
Ustaz Ziman bin Mohammad
Penyelia Kanan Pendidikan Islam
Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Azman bin Adnan
Pengetua
SMK Bandar Putra
selaku tuan rumah

Ahli Jawatankuasa Kerja
Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai Tahun 2009

Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai Tahun 2009.

أيها المحاضرون الكرام
أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى ملتقى معلمي التربية الإسلامية ب كولاي سنة ألف والتاسعة

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Multaqa Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai Tahun 2009 di dalam Bulan Syawal yang mulia ini. Mudah-mudahan ianya dapat mengeratkan ukhuwwah di antara Guru-Guru Pendidikan Islam di Daerah Kulai ini.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bagi memohon keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Asri bin Hussin daripada SK Kulai 1.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Asri bin Hussin atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Bagi menambah kemeriahan Majlis kita pada hari yang penuh dengan kemuliaan ini, marilah sama-sama kita dengarkan bacaan berzanji, dan sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Untuk itu, dipersilakan kepada Ustaz Mohd Nazli bin Abdul Samad daripada SK Kangkar Pulai 2 dan Ustaz Syam bin Hamzan daripada SK Polis Kem untuk membaca rawi dan memimpin bacaan selawat.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nazli bin Abdul Samad dan Ustaz Syam bin Hamzan atas bacaan rawi dan memimpin bacaan selawat sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad di atas ucapan yang telah disampaikan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ceramah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad, Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat, Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Syukran jazilan diucapkan kepada Tn. Hj. Ustaz Muhd Hairozi bin Muhammad di atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.

Mudah-mudahan kita semua akan dapat mengambil istinbath dan istifadah daripada ceramah yang telah disampaikan itu.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bunga mawar cantik berseri
Dipetik juragan dibawa ke pekan
Persembahan nasyid nama diberi
Marilah bersama kita saksikan.

Sebagai hidangan untuk telinga yang fitrahnya mendengar, marilah sama-sama kita berhibur dengan beberapa buah lagu yang akan didendangkan oleh kumpulan daripada SK Polis Kem.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada atas persembahan nasyid sebentar tadi.

Untuk pengetahuan semua, kumpulan nasyid ini telah mewakili Daerah Kulai ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Dijemput kepada Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Mohd Hairozi bin Mohammad disertai para tetamu untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah disediakan.

Juga dipersilakan kepada semua untuk sama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan.

1 comments:

Teks Selawat Nabi


Salam. Di sini saya sertakan link untuk anda memuatnaik teks selawat Nabi; untuk kegunaan dalam pelbagai majlis. Moga bermanfaat.

Dalam bentuk Word: KLIK

Dalam bentuk PDF: KLIK

0 comments:

My Next Events


Nantikan entri berkenaan dengannya...!

0 comments:

Ahlan wa Sahlan to The Little Caliph

Tahniah buat pasangan Zulkefli bin Abdul Jalil dan Siti Aminah binti Md.Taib atas kelahiran baby sulung mereka (baby boy); yang telah menjengah alam dunia ini pada 19 September 2009 (malam raya); seberat 3.80kg. Baby mereka telah dinamakan dengan Ahmad Zulfaizee.
kl
Dan tahniah buat pasangan Mohd Faisol bin Palal dan Norafizah binti Yusof atas kelahiran baby kedua mereka (baby boy, baby pertama baby girl); yang telah menjengah alam dunia ini pada 1240 tengahari, 29 September 2009 bersamaan 10 Syawal; seberat 3.17kg. Baby ini belum mempunyai nama lagi.
kjkl
Keempat-empat mereka ini adalah sahabat seperjuangan saya di dunia perguruan ini. Keempat-empatnya adalah guru j-QAF. Dan Norafizah adalah rakan setugas saya di sekolah.

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:

“Semoga Allah memberkati kurniaanNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya".

Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan :

“Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau".

Sumber daripada :

http://www.perjalanansuci.com/Informasi/AdabMenyambutKelahiranBayi.htm

0 comments: