Dah Habis Berpantang



Alhamdulillah, saya dah habis berpantang minggu lepas, hehehe... (tengok gambar tu faham kan?).

Perintah Berkabung

Songkok yang akan saya gunakan untuk ketentuan berkabung.
lk
Sebagaimana yang kita semua sudah maklum, Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘AlalLah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim telah mangkat, kembali kepada alam baqa' pada hari Jumaat, 22 Januari 2010 (6 Safar 1431H) yang lalu.
lk
Sehubungan dengan itu, satu perintah berkabung telah ditentukan sebagai menghormati kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang meliputi peraturan-peraturan seperti berikut :
lk
(a) Bagi orang-orang lelaki Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.
lk
(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
lk
(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
lk
(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.
lk
(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
lk
Perintah berkabung ini berkuatkuasa selama 7 hari mulai 22 Januari hingga 29 Januari 2010.
lk
Perintah berkabung ini juga meliputi beberapa ketentuan iaitu :
lk
(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
lk
(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
lk
(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
lk
(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
lk
(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.
lk
Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan surah al-Fatihah ke atas rohnya, moga dicucuri dan dilimpahi Rahmat Allah SWT.
lk
Sumber, di sini.

Jika Ada Rezeki...

Diperoleh daripada alamat url yang tertera pada gambar.
lk
Jika ada rezeki teringin gak nak menang hadiah kat atas ni. Kalau dapat hadiah tu, bolehlah dijadikan perhiasan kat rumah saya kan, hehehehe...
lk
Sebenarnya, ni kali pertama saya menyertai giveaway yang dianjurkan oleh blogger lain. Saya ni pembaca setia blog Kak Ina KL. Tengok kat blog Kak Ina KL tu ada entri pasal giveaway ni; yang dianjurkan oleh Kak Nor Kelate. Rasa cam tak susah sangat, just tinggalkan komen pada entri berkenaan giveaway tu, then ada rezeki bolehlah menang.
lk
Sebenarnya, saya belum pernah ziarah ke blog Kak Nor Kelate tu sebelum ni. Pasal giveaway tulah yang membawa saya klik2 ke blog Kak Nor Kelate ni. Harap2 boleh menanglah yer... Saje je suka2... Kalau ada sesape nak cuba, bolehla ke blok Kak Nor Kelate tu. Tarikh tutup 29 Januari ni. Semoga berjaya!

Entri Pertama Tahun 2010

Januari sudah hampir ke penghujungnya. Namun, baru ketika ini saya dapat menulis buat pertama kalinya untuk tahun 2010 ini. Januari 2010 dilalui dengan pelbagai aktiviti yang sering membantutkan rasa untuk membingkiskan sesuatu di "Hijrah" ini. Sibuk dengan pelbagai tugas sebagai seorang guru dan kini bertambah pula dengan kesibukan bergelar mahasiswa (bukan sibuk sangat pun, saje je buat2 macam sibuk, heheheh). Dan yang paling membantutkan rasa ialah tiada laptop di sisi, yang berjauhan seketika dihantar ke pusat servis (ada masalah skrin). AlhamdulilLah, dah ok dah laptop saya tu, so i'm back to fulfill my responsibility as a blogger, cewah!!! Mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke "Hijrah" sebelum ini, pulang dengan tangan kosong sahaja...
lk
Gambar diperoleh di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...