Majlis Taddarus al-Qur'an Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010


Pada 03 April 2010 yang lalu, Sekolah saya telah menghantar wakil ke Majlis Taddarus al-Qur'an (MTQ) Peringkat Daerah Kulai, bertempat di SK Senai Utama. Wakil telah dihantar bagi acara Tilawah al-Qura'n, Berzanji, Hafazan al-Qur'an dan Bercerita Kisah-Kisah daripada al-Qur'an. Namun, tahun ni kami pulang dengan tangan kosong. Takder rezeki...

Untuk MTQ kali ni, saya hanya melatih wakil untuk acara Bercerita Kisah-Kisah daripada al-Qur'an. Acara ni diwakili oleh adik Mohd Asyraf. Adik Mohd Asyraf ni baru tahun 3. Tapi, daya ingatannya kuat. Dia boleh meghafal satu cerita dalam tempoh seminggu. Mungkin ada yang lebih hebat lagi kan? Tapi, bagi saya ini adalah pencapaian yang cukup baik. Terlalu sukar untuk mencari murid yang mampu menghafal dengan baik. Yang berbakat tu adalah, tapi selalunya susah nak hafal. Dia juga mudah untuk ikut apa sahaja yang saya ajar. Cuma, tulah... Saya sendiri yang kurang masa untuk melatihnya sebaik mungkin. Moga Adik Mohd Asyraf akan berjaya di lain kali! In sya Allah...

2 comments:

Sakit Kepala...

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Moga anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini saya agak kurang sihat sedikit. Sakit kepala aka migrain. So, hari ni saya ambil cuti CRK. Tak ambik MC, sebab saya sakit kepala jer, rehat2 sikit, in sya Allah hilanglah sakit tu. Sepanjang saya bekerja ni, baru sekali sahaja saya ambil MC, tu pun sebab cuti CRK dah abis, huhuhu... Kalau nak tau, jarang2 cuti CRK saya tak habis, heheheh... Okla, doa saya moga anda semua sihat sejahtera, dapat melaksanakan segala amanah yang diberikan dengan baik, penuh bertanggungjawab, in sya Allah...

0 comments:

Lega... AlhamdulilLah...

AlhamdulilLah, pagi tadi saya telah selesai menjalani peperiksaan untuk kertas Teknologi dan Rekabentuk Media. Untuk lulus tu, rasanya bolehlah, in sya Allah. Tapi untuk dapat A tu tak taulah lagi. Tak semua soalan saya dapat jawab dengan baik. Ada soalan yang saya tak dapat jawab, and ada soalan yang saya goreng je, heheheh, and ada soalan yang saya agak-agak je jawapannya. Soalan pagi tadi merangkumi 80 markah bagi keperluan 40 markah sahaja. Mula2 tu rasa cam takleh nak jawab sangat, tapi dok ingat2 balik apa yang dah baca, cuba kait2kan, AlhamdulilLah, bolehlah... Memang expert bab goreng-menggoreng ni, heheheh... Wish me success k, in sya Allah...

0 comments:

Pray For My Success

Assalamu `alaikum. Apa khabar semua? Moga semuanya sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT hendaknya. In sya Allah...

AlhamdulilLah, saya sudah menghabiskan pengajian semester pertama di UTM. Moga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya, in sya Allah. Hari Selasa ni, saya akan menghadapi peperiksaan untuk kertas yang pertama iaitu bagi subjek Teknologi dan Rekabentuk Media, diikuti pada 09 April untuk kertas Sistem Penggubahan dan 16 April untuk kertas Penerbitan Teknologi Visual Statik. Doakan kejayaan saya yer. Moga saya dapat menjawab segala soalan dengan baik, dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang, in sya Allah...

0 comments: