Salam Perpisahan

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Moga semuanya sentiasa berada di bawah naungan dan lindungan Allah SWT jua, in sya Allah...

Ingin saya kongsikan bersama anda semua, satu video yang telah saya sendiri hasilkan sempena perpisahan seorang rakan sekerja saya, yang permohonannya untuk balik berkhidmat di negeri asalnya iaitu Negeri Terengganu telah diluluskan. Jom layan!

2 comments:

Rakaman Video Kawad Kaki SK Bagan Jermal, Pulau Pinang

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah entri terakhir rakaman video Pertandingan Kawad Kaki Badan-Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 (Kategori Putera) yang telah diadakan di Teluk Danga, Johor Bharu pada 09 Jun 2010.

Rakaman video di bawah ini ialah bagi pemenang tempat ketiga Kategori Putera, iaitu daripada Negeri Pulau Pinang.

0 comments:

Menu Orang Bujang

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua...

Disebabkan emak saya tiada di rumah pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas, so terpaksalah saya masak sendiri, hehehe... So, terhasillah satu resepi yang saya sendiri pun tak tau nak beri nama apa. Kalau nak tau, antara bahan yang digunakan di dalam resepi tu ialah keropok lekor, hehehe...

Actually, minggu lepas saya baru balik bercuti di Kelate, so adalah baki keropok lekor (yang versi kecil) tu di peti ais. Bahan-bahan lain ialah bawang besar, bawang putih, cili padi, meatball, sayur campur, tomato, telur goreng, sos cili dan serbuk lada hitam. Memang caca-marba jadinya. Tapi, AlhamdulilLah sedap! Hehehe... Perut tengah lapar memanglah sedap yer...

Jom layan gambar hasil masakan saya tu... Manalah tau leh bagi inspirasi buat ibuk-ibuk yang gemar memasak di dapur tu, hehehe...


Snap terus daripada kuali, hehehe...

8 comments:

Rakaman Video Kawad Kaki SK Seri Binjai, Meru, Klang

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Moga semuanya sentiasa sihat sejahtera hendaknya.

Hari ini, ingin saya kongsikan pula video kawad kaki SK Seri Binjai, Meru, Klang yang telah berjaya mendapat tempat pertama di dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 (Kategori Putera) di Teluk Danga, Johor Bharu pada 09 Jun 2010. Tahniah diucapkan kerana berjaya mengekalkan kejuaraan selama 2 tahun berturut-turut. Jom layan!



Part 1
lk

Part 2

0 comments:

Rakaman Video Kawad Kaki SK Bandar Tenggara 1, Kulai, Johor

Di sini, ingin saya kongsikan rakaman video kawad kaki SK Bandar Tenggara 1, Kulai, Johor yang telah berjaya mendapat tempat kedua di dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Berunifrom Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 (Kategori Putera) dan memenangi Kategori Ketua Platun Terbaik. Untuk pemenang tempat pertama dan ketiga, rakaman videonya akan menyusul kemudian yer...

Dan saya hanya memiliki rakaman video untuk Kategori Putera sahaja. Untuk makluman, video di bawah ini telah dicompressed, so kualitinya tidak begitu baik.

Sebelum ni, kalau saya nak edit video di Movie Maker, terus edit tanpa perlu compressed terlebih dahulu. Tapi, sekarang ni kalau tak compressed video tu terlebih dahulu, tak boleh lak nak edit di Movie Maker. Tak tahulah kenapa... Semua rakaman video yang diupload ke blog saya sebelum ni, semuanya uncompressed, so kualitinya tu eloklah sikit, tapi sekarang ni tak tahulah kenapa lak kena compressed dulu. Then, sekarang saya takleh lak nak upload video ke youtube. So, saya beralih ke metacafe. But, tak tahulah nape lak metacafe pun dah takleh upload rakaman video saya ni. So, saya beralih lak ke metacafe pro, baru leh, tapi ambik masa sikit nak upload.

Kepada sesape yang ada penyelesaian kepada masalah saya ni, lehlah share yer... Alamak, termembebel lak, hehehe... Jangan buang masa lagi, jomlah layan rakaman video ni yer...


lk
p/s - Rakaman video ni dah boleh upload ke Youtube
Alhamdulillah...

0 comments:

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2010

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera. Kembali bersiaran setelah lama menyepi, hehehe...

Pada 09 Jun 2010 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 di Teluk Danga, Johor Bharu. Keputusan penuh adalah seperti berikut :

Kategori Putera

Johan - Negeri Selangor
Naib Johan - Negeri Johor
Ketiga - Negeri Pulau Pinang
Ketua Platun Terbaik - Negeri Johor

Kategori Puteri

Johan - Negeri Pahang
Naib Johan - Negeri Selangor
Ketiga - Negeri Johor
Ketua Platun Terbaik - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

0 comments: