Kaciwa!!!

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Rasa rindu nak menulis, tapi dek kesibukan, hasrat itu terpaksa dilupakan buat sementera waktu.

Straight to the point...

Kaciwa aka kecewa, hehehe... Kecewa pun leh senyum lagi kan, huhuhu... Sedih lak, hehehe... Senyum pulak... Apa-apa jelah...

Kecewa sebab tak tersenarai langsung sebagai pemenang even pemenang tempat terakhir dalam Contest - Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) anjuran Kak Ina KL, huhuhu.

Ini gambar yang saya pertaruhkan, tapi takde rezeki lak, hehehe.... Resultnya boleh klik di sini, di sini dan di sini. Berapa banyak di sini dah! Hehehe... Tahniah pada semua pemenang!

Then, kecewa sebab tak berjaya disenaraipendekkan di dalam contest Digi iPhone4 anjuran Nuffnang; the Asia Pacific's First Blog Advertising Community.

Ini adalah entri penyertaan saya yang juga tidak membuahkan sebarang rezeki, tapi sebenarnya fun gak join contest ni, hehehe... Tapi, sampai sekarang Nuffnang still tak announced the shortlisted. Saya hanya sekadar mendapat email pemberitahuan yang menyenaraikan nama-nama blog yang disenaraipendekkan. Tak taulah saya yang salah baca ke? Hehehe... Anyway, kepada yang terpilih tu tahniahlah yer...

4 comments:

Teks Doa Majlis Rasmi - Majlis Penutupan Pekhemahan Tahunan Unit Badan Beruniform


Gambar ini dirakamkan semasa Majlis Penutupan Perkhemahan Tahunan Unit Badan Beruniform SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor pada 23 Oktober 2010 yang lalu.

DOA SEMPENA
PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BADAN BERUNIFORM
SK LKTP SUNGAI SAYONG, KULAI, JOHOR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم.

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada petang yang berbahagia ini, di dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini. Juga jadikanlah kami dalam kalangan insan yang berdikari, mandiri dan mempunyai jati diri yang berkualiti.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketaqwaan.

Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ.رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار. ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

0 comments:

Wali Band - Tuhan


Semoga hati kita sentiasa dekat kepada Allah. Remember Allah always!

0 comments:

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Salam ukhwah dan salam persahabatan buat anda semua. Moga ukhwah dan persahabatan kita akan sentiasa segar, mekar dan terus mewangi. Cewah!!! Jiwang lak, hehehe...

Entri ni khusus untuk contest kat bawah ni.


Contest ni dianjurkan oleh E.d.Y. Hadiahnya best tau! Nak tahu apa hadiahnya? Boleh klik di sini.

So, check it out apakah tugasan yang perlu diselesaikan untuk menyertai contest ini.

1. Jadi follower blog ini. (done)
2. Copy banner contest, paste pada entry contest anda dan linkkan terus ke entry contest ini. (done)
3. Buat entry dengan tajuk "CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly". (done)
4. Upload SATU sahaja gambar convocation anda yang terbaik. (done)

ATAU

Untuk mereka yang belum convo/tiada gambar convo...
Buat ucapan tahniah convocation paling unik untuk tuan punya blog/kawan anda (tidak melebihi 30 patah perkataan).
(pilih salah satu, kalau nak buat dua2 pun boleh, tapi mesti dalam entry berasingan). (saya pilih kategori gambar convocation sahaja)
5. Tinggalkan link entry anda pada bahagian comment entry ini. (done)
6. Tag seorang atau lebih rakan blogger lain (makin ramai kene tag, makin cerah peluang nak menang). (ok saya nak tag Cikgu Mia dan Cikgu Iman)

Tarikh tutup penyertaan : 11.59 PM (31/10/10)

Ok, jom check gambar convocation yang saya pertaruhkan untuk contest ni.


Gambar ni dipotretkan pada 13 Disember 2007, seusai Majlis Konvokesyen Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF Ambilan Januari 2006 di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Gambar ni dipotretkan menggunakan compact camera Hitachi yang kini sudah lenyap dari pandangan mata kerana telah dilarikan perompak yang memasuki rumah saya pada tahun lepas, huhuhu...

Ok, wish me all the best ya!

5 comments:

Kampung Permatang Duku

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Sementara menantikan berkumandangnya azan Maghrib seketika nanti, saya mengambil kesempatan untuk berkongsikan petikan akhbar di bawah ni. Sumbernya adalah daripada Arkib Utusan Online bertarikh 13 Oktober 2010.


Ahmad Maslan bersama Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Permatang Duku
meraikan kemenangan kampung tersebut muncul johan Anugerah Desa Cemerlang 2010, di Kuala Lumpur, semalam.

Kampung Permatang Duku, Pontian, Johor, diisytiharkan sebagai johan Anugerah Desa Cemerlang 2010 sempena pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar di Stadium Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan Kampung Permatang Duku menggondol wang tunai berjumlah RM225,000 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hadir sama meraikan kemenangan tersebut adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Just nak beritahu, Kampung Permatang Duku ni adalah kampung saya aka kampung arwah ayah saya. Jangan jeles, hehehe...

Nak tahu lebih lanjut tentang Kampung Permatang Duku ni, boleh klik di sini.

4 comments:

Myself


Sesekali tuan blog nak enterframe, hehehe... Saya jarang sekali memiliki foto secara berseorangan juga berkumpulan. Kerana di sekolah saya yang selalu mengangkut kamera mempotretkan momen-momen terindah, justeru jarang sekali saya berpeluang untuk sama-sama bergaya di hadapan lensa kamera. Lagipun, sebenarnya malas nak ber'posing-posing' ni, hehehe...

Gambar kat atas ni dikandid rakan sekerja saya, Kak Dil. Tq Kak Dil! Walaupun kandid, tetap pose yang menarik kan? Hahaha... Masuk bakul angkat sendiri. Keep your good job Kak Dil! Gambar ni dirakamkan pada 14 Oktober 2010 yang lalu sewaktu kami sedang duduk-duduk sambil menikmati kuetiau yang dibawa rakan sekerja kami, Kak Marina.

2 comments:

Geram!!!

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Salam pagi Sabtu. Ketika ni, ramai dalam kalangan rakan-rakan sekerja saya yang sedang menduduki peperiksaan PTK. Mudah-mudahan mereka semua akan dikurniakan dengan kejayaan yang cemerlang, amiin...

Geram? Geram pada sape ni? Geram pasal apa yer?

Macam ni. Sebenarnya, saya perlu melangsaikan sejumlah bayaran ansuran kereta milik arwah ayah saya yang telah ditarik-balik atas sebab-sebab tertentu.

So, hari Khamis yang lepas saya telah meluangkan masa untuk melangsaikan bayaran tersebut. Tak mahu bertangguh-tangguh lagi! Saya dimaklumkan untuk membuat bayaran di Auto Finance Centers@CIMB yang berada di Bandar Baru Uda. Tapi, disebabkan saya tak bertanya lanjut, saya telah menuju ke tempat yang salah iaitu ke CIMB di Jalan Skudai. Sebenarnya CIMB Jalan Skudai ni bertentangan je dengan Bandar Baru Uda tu. Pegawai di situ mengarahkan kepada saya untuk ke Jalan Padi Emas kerana di situlah beradanya Auto Finance Centers@CIMB.

Sampai sahaja ke CIMB di Jalan Padi Emas, saya diarahkan untuk ke tingkat atas di mana beradanya Auto Finance Centers tu. Untuk pengetahuan, saya bertanya dengan mengajukan sekeping surat yang terkandung di dalamnya maklumat tentang pembayaran ansuran kereta tu. Bukan tanya-tanya kosong yer...

So, saya pun ambil giliran, dan masa berlalu hampir 45 minit sebelum tiba giliran saya untuk membuat urusan di kaunter. Oh lupa, sebelum saya berurusan di kaunter, sekali lagi saya bertanya tentang hal berkaitan dengan urusan saya tu kepada seorang pegawai di situ. Dan beliau telah memberikan penjelasan tanpa memberikan sebarang cadangan.

Sampai je giliran saya, pegawai di kaunter tu kata, "maaf encik, kita dah nak closing, so encik boleh buat payment di mesin auto debit". Tercengang saya dibuatnya! Terus konfius, hehehe... Yelah, saya dah ke sana, ke sini, last-last pegawai tu leh suruh saya buat payment di mesin auto debit. Siap tolong 'highlight'kan number akaun untuk membuat pembayaran yang terdapat di dalam surat tu. Ingat saya tak pernah buat transaksi di mesin auto debit tu ke. Saya gelakkan je dalam hati.

Kalau boleh buat payment di mesin auto debit, tak payah saya bersusah-susah ke Johor Bharu. Di tempat saya di Bandar Kulai tu pun ada mesin auto debit CIMB. Tu yang buat saya geram!!!. Grrr...

What a kind job hah? Dok ngata perkhidmatan awam banyak birokrasi, lembab buat keja, u see what happen to the private service servants. Lebih kurang jer!

Tapi, AlhamdulilLah, urusan saya dah selesai. Moga-moga arwah ayah saya tenang 'di dunia sana'. Al-Fatihah untuknya...

Jom layan gambar kat bawah ni untuk menenangkan hati yang sedang geram, hehehe...



Gambar-gambar di atas ni dirakamkan pada 09 Oktober 2010 semasa berlangsungnya Mini Pesta Permainan - Sahibba Competition di sekolah saya.

3 comments:

Bajet 2011 - PTK Akan Dimansuhkan Mulai Jun 2011?

Video credited to wan779@youtube

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Sihat? Saya AlhamdulilLah sihat...

Sekarang ni pasti ramai orang sedang memperkatakan tentang Bajet 2011 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada jam 4.00 petang tadi. Bilalah nak ubah waktu pembentangan Bajet ni yer? Macam tak sesuai je waktunya kan... Saban tahun, tulah waktu yang digunakan untuk membentangkan Bajet ni. Macamlah tak boleh ubah waktu lain.

Bercakap tentang Bajet 2011 ni banyak perkara telah dibentangkan, demi kelangsungan ekonomi dan kemakmuran negara. Antara salah satu perkara yang telah dibentangkan ialah berkenaan dengan pemansuhan PTK. Sebagaimana yang telah dibentangkan, satu mekanisme baru untuk penilaian prestasi dalam kalangan Penjawat Awam akan mula diperkenalkan menjelang Jun 2011.

Saya sangat-sangat setuju!

Berdasarkan pemerhatian saya (dalam aspek dunia pendidikan), ada guru-guru yang tidak lulus PTK adalah dalam kalangan guru-guru yang saya perhatikan sangat komited dengan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Mereka mengajar dengan baik, di samping menjalankan tugas-tugas lain dengan penuh dedikasi. Namun, apabila mereka menduduki PTK, mereka tidak lulus. Adakah kita terus boleh membuat kesimpulan, bahawa mereka adalah guru-guru yang malas, yang tidak cemerlang, yang tiada peningkatan prestasi, hanya semata-mata kerana mereka tidak lulus PTK? Tentu sekali tidak!

Di manakah letaknya ketelusan di dalam PTK ini? Saya ada membaca di blog seorang rakan maya yang juga seorang guru, beliau ada menceritakan tentang rakan sekerjanya yang tidak berpeluang untuk mendapat kenaikan pangkat sehinggalah bersara kerana hanya mendapat level 2 di dalam PTK, sedangkan guru tersebut telah 'time-based'.

Adakah prestasi seseorang tu hanya boleh diukur dengan sebuah peperiksaan? Memang layaklah, sistem pendidikan Negara kita digelarkan sebagai 'examination oriented system'; semua orang berlumba-lumba untuk cemerlang di dalam peperiksaan sehingga mengabaikan hakikat kecemerlangan itu sendiri (merujuk kepada dunia pendidikan).

Harap-harap selepas ini akan diperkenalkan satu mekanisme penilaian prestasi yang lebih telus dan adil untuk semua Penjawat Awam demi "Transformasi Ke arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi".

p/s - AlhamdulilLah, dapat bantuan khas kewangan Penjawat Awam sebanyak RM500. Jangan dok nak ngata Penjawat Awam tak pandai nak bersyukur. Kalau anda di tempat kami, nak juga dengar apa yang akan anda kata... Hehehe...

2 comments:

Lagi Lagi Raya

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap semuanya sihat yer.

Entri ni masih tentang Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H Peringkat SK LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor pada 08 Oktober 20101 (bersamaan 29 Syawal 1431H yang lalu).

Masih ada 2 rakaman video persembahan murid yang belum saya 'share'kan... Layan jelah yer!


Persembahan sketsa 'Aidilfitri daripada murid-murid tahun 4 Cemerlang.


Persembahan peragaan busana 'Aidilfitri daripada murid-murid tahun 1 Cemerlang.

0 comments:

Contest - Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Masih pasal raya? Hehehe... Ni mesti Cikgu Iman dok geleng kepala, kenapalah agaknya dengan Ustaz Areef ni tak habis-habis lagi cerita pasal raya, sedangkan Syawal telah berlalu pergi.

Cikgu Iman, kat Johor ni raya tak cukup 29 hari tau, hehehe... Actually, entri ini khusus untuk satu contest yang dianjurkan oleh Kak Ina KL. Nak tau lebih lanjut, bolehlah klik di sini. Cikgu Iman, jomlah join, ada masa lagi ni!

Contest ni dianjurkan oleh Kak Ina KL. Saya mula membaca blog Kak Ina KL ni pada bulan Ramadan 1430H (2009) yang lalu. Bukan nak cari resepi untuk berbuka puasa yer, tapi tak ingatlah pulak macamana boleh terjumpa blog Kak Ina KL ni. Blog Kak Ina KL ni, banyak resepi best-best tau. Kalau Cik Pirana nak resepi untuk bakal tunang, bolehlah check blog Kak Ina KL ni yer, hehehe...

Kalau nak tau, saya dah baca almost of the entries kat blog Kak Ina KL ni. Selain daripada resepi, Kak Ina KL juga banyak menulis tentang cerita keluarganya, aktiviti yang disertainya dan banyak juga tentang isu-isu terkini. Selalunya, kalau saya terlepas sesuatu maklumat terkini, saya akan check blog Kak Ina KL, contohnya tentang protege mana yang terkeluar dalam rancangan Mentor baru-baru ni. Opsss!!! Ustaz pun layan rancangan Mentor yer, hehehe... Ada juga check tentang rancangan Imam Muda, kes pembunuhan Dato' Sosilawati dan sebagainya lagi. Saje nak cover!!! Hehehe...

Ok, jom check gambar yang saya pertaruhkan untuk contest anjuran Kak Ina KL ni.


Gambar ni dirakamkan pada 05 Oktober 2010 (26 Syawal 1431H) yang lalu semasa open house untuk warga SK LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor di rumah saya. Kak, gambar ni dirakamkan semata-mata nak join contest akak tau! Yelah, karang orang kata macam menunjuk-nunjuklak, bagi duit raya pun nak ambik gambar, hehehe...

Ok, sesape yang nak join, ada masa lagi. Tarikh tutup pada 22 Oktober 2010 jam 1200 tengah malam. Hadiah best-best tau! Tak percaya? Boleh klik di sini.

And last but not least, Contest - Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) ini adalah anjuran Kak Ina KL bersama Eyriqazz, BeautifulNara, Nurazzah dan DarkBatman.

Sekian, terima kasih (ikut style Alleycats, hehehe...). Wish me all the best ya! Amiin...

2 comments:

Menyumbangkan Suara

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Mudah-mudahan semuanya sihat wal- 'aafiyat ye... Kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat! Sesungguhnya sakit itu adalah kaffarah atas dosa-dosa yang kita lakukan, dan sihat itu pula adalah suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan perlu kita syukuri.

Entri ini masih berkisar tentang Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H Peringkat Sekolah Kebangsaan LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor yang telah diadakan pada 08 Oktober 2010 yang lalu (bersamaan 29 Syawal 1431H).

Di sini ingin saya kongsikan pula rakaman video persembahan nyanyian lagu raya (yang tak diketahui tajuknya; lagu iklan raya), "Satu Pagi Di Hari Raya" dan "Kasih Mesra" oleh murid-murid tahun 4 Gemilang. Kalau nak tau, saya terlibat 'menyumbangkan suara' di dalam persembahan ni. Sesekali nak enterframe, hehehe... Habis ke laut, pitching ke mana, tempo ke mana, siap lupa melodi lagi, hehehe...

Tapi, rasanya pasti akan meng'hot'kan carta-carta lagu sedia ada, sebab belum publish lagi dah ada orang tanya bila nak upload rakaman video ni, hehehe... Dedicated to Cik Pirana and UstatKimi. Layan....

Part 1

Part 2

Part 3

6 comments:

Persembahan Sempena Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H Per. SK LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Ini pula adalah rakaman video persembahan pantun raya oleh murid-murid tahun 3 Cemerlang sempena Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H Peringkat SK LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor. Saya yang melatih murid-murid kelas ini. Mereka hanya berlatih selama satu jam sahaja, so expectation tu takdelah tinggi sangat kan. Jom layan jelah!

Ni saya kongsikan juga teks pantun yang telah digunakan di dalam persembahan ini. Diperoleh di sini, di sini dan di sini.

Dingin perigi di waktu pagi
Berkokok ayam di tengah laman
Aidilfitri menjelma lagi
Tamatlah ujian bagi yang beriman

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksir laju
Nanti rayo dale sepita

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang raye mung bermaafang
Bulang raye mung bergembire

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Same-same bersuke rie

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase teman selamat sampei

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Hari raya gembira bergelak
Perut kenyang tiada lapaq

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

0 comments:

Persembahan Sempena Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H Per. SK LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya nak 'share'kan pula video persembahan murid sempena Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H Peringkat SK LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor iaitu daripada murid-murid kelas 5 Gemilang yang telah menyanyikan lagu "Suasana Hari Raya", "Ku Pohon Restu Ayah Bonda" dan "Balik Sayong @ Balik Kampung". Mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Ustazah Nurhayati binti Hashim.

Jom layan!

0 comments:

Persembahan Sempena Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H Peringkat SK LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Pada 08 Oktober 2010 yang lalu (bersamaan dengan 29 Syawal 1431H), sekolah saya telah menganjurkan Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H. Kami guru-guru Pendidikan Islam adalah penggerak utama kepada pelaksanaan aktiviti ini. Sebenarnya kami merancang untuk melaksanakan aktiviti pada saat-saat akhir. Semua gerakerja dijalankan hanya dalam tempoh 3 hari sahaja, bermula dengan perancangan, melatih murid untuk persembahan, memohon sumbangan, menempah makanan dan menyediakan tempat. AlhamdulilLah, semuanya dipermudahkan Allah SWT.

Di sini saya nak 'share'kan rakaman video salah satu persembahan murid iaitu daripada 2 orang murid tahun 6 yang telah menyanyikan lagu "Suasana Hari Raya" dan "Ku Pohon Restu Ayah Bonda". Jom layan!


3 comments:

Sekitar Kem Literasi dan Khatam al-Qur'an Sekolah-Sekolah Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010

Entri tentangnya, sila klik di sini.

0 comments: