Walimah Cinta Ilahi

Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan
Rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
Kerana telah mengurniakan kepada kita
2 nikmat yang terbesar
Iaitu nikmat iman dan nikmat Islam

Alhamdulillah, hari ni saya dan beberapa orang teman
Telah berpeluang untuk menghadiri 2 walimatul 'urus
Satu di Taman Kota Kulai, Kulaijaya
Dan satu lagi di Taman Kobena, Johor Bharu

Sebenarnya, saya amat tertarik dengan majlis di Taman Kota Kulai tu
Majlisnya di adakan di perkarangan masjid
Tiada pelamin yang diindah hias
Hanya disediakan meja santapan untuk pasangan mempelai
Khemah makan antara tetamu lelaki dan perempuan pula diasingkan
Namun, tiada pula saya mendengar sebarang 'soksek-soksek' yang kurang baik
Ianya tetap meriah!

Kebetulan, selesai saya dan teman-teman menjamu selera
Berkumandang azan menandakan masuknya waktu Zohor
Dan tak lama selepas itu
Hujan pula turun dengan lebatnya
Saya lihat kebanyakan tetamu meluru masuk ke dalam masjid
Bukan untuk tumpang berteduh
Tapi, sama-sama bersedia untuk menunaikan solat Zohor berjemaah
Oh, indahnya momen-momen itu!

Selesai menunaikan solat Zohor berjemaah
Hujan yang tadinya turun dengan begitu lebat sekali
Hilang entah ke mana
Kembali menerbitkan cuaca nan cerah
Apalah hikmah yang Allah SWT hendak tunjukkan ya?
Allahu Akbar, Allah Maha Besar!

Mungkin ia peringatan
Untuk kita
Yang sering melupakan dan mengabaikan tanggungjawab
Sebagai seorang Muslim
Dek kerana terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan...

Di kesempatan ini juga
Saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru
Buat blogger Cikgu Fazlina aka Cikgu Mia-Ina & Ustaz Rijaluddin
Yang telah selamat diijabkabulkan pada 05 Disember 2010 yang lalu
Di negeri asal mereka, Negeri Perlis

Dan hari ini
Mereka telah mengadakan sedikit majlis kesyukuran
Bertempat di rumah pengantin perempuan
Di Taman Kobena, Johor Bharu
Alhamdulillah saya dapat menghadirinya!
(Kali pertama bertemu blogger Cikgu Fazlina ni)



Doorgift daripada Cikgu Fazlina. TQ Cikgu!
TQ gak to your beloved husband yang sudi layan kiteorang makan
Siap 'served'kan mee rebus lagi, hehehe...

10 comments:

Bertemu Blogger Kak Ayu Razali

Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera
Sobahalkhoir; selamat pagi
Moga hidup anda akan sentiasa ceria dan bahagia selalu
Dan moga hari-hari yang kita lalui
Tidak sehari pun kita melupakan Allah SWT
In sya Allah...

Alhamdulillah, hari Rabu yang lepas
Saya telah diizinkan oleh Allah SWT
Bertemu seorang blogger

Di mana kami berjumpa?
Di Citarasa Rinduanlah
Kat mana Citarasa Rinduan tu?
Kalau nak tau, jom kita terjah blog kak Ayu Razali ni!

Actually, saya bersama seorang rakan having lunch kat situ
Dalam hati sebenarnya rasa segan
Yelah, sebelum ni hanya bertegur sapa di blog
Ni nak berjumpa di alam realiti pulak
Hehehe...

Tengah makan-makan tu
Nampak ada seorang wanita bersama anak perempuannya
Turun daripada kereta
Naik storm tu!
Dalam hati saya mengagak wanita tu mesti kak Ayu Razali
Tapi masih segan nak tegur

Then, dah siap makan nak pi bayar
Masa tulah kak Ayu Razali ni tegur saya
Terus hilang rasa segan, hehehe...
Peramah gak orangnya

Lepas ni bolehlah gi makan lagi
Kat Citarasa Rinduan ni
Tanpa rasa segan-silu lagi
Hehehe...

Actually, Citarasa Rinduan ni
Dekat je ngan sekolah tempat saya bertugas
Adalah beberapa kali saya makan di sini
Tapi, masa tu tak kenal lagi kak Ayu Razali ni

Tulah kan, sekarang ni blogger tumbuh bak cendawan
Ntah-ntah jiran sebelah rumah seorang blogger pun
Maybe kita tak tahu
Hehehe...

Ok, jom kita baca pulak apa yang kak Ayu Razali tulis
Tentang pertemuan yang tak disengajakan ni
Kalau nak baca, boleh klik di sini

8 comments:

Jom Cuci-Cuci Mata!










Tarikh : 24 Disember 2010
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Sekeliling rumah saya jer
Jenis kamera : Nikon D3000

Anyone want to share about any flora above?
Let's share!
Coz i just know how to snap the flora
But, when people ask me any name of the flora
I don't know
Hehehe...

4 comments:

A Few Minutes, Not A Few Seconds

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Salam petang Jumaat
Apa khabar semua?
Saya alhamdulillah sihat wal 'aafiyat

Dah 4 hari tak update blog
Nak kata malas, tak jugak
Nak kata takde idea, tak jugak
Nak kate takde mood, tak jugak
Sebenarnya, line internet nilah yang ntah apa masalahnya
Sejak cuti sekolah ni, slow mengalahkan siput, hehehe...
Punyalah lama nak page downloading
Kekadang tu
Sampai a few minutes...
Kalau a few seconds oklah lagi

Dah call Streamyx Customer Service
Dah buat segala bagai yang diarahkan
Technician pun dah datang rumah
And tukar splitter
Nampak adalah perubahan
Tapi tak lama

Yang lama tu
Macam saya cakap tulah...
Ambik masa yang lama untuk page downloading

Ada sesape yang agak-agak tau
Apa masalah sebenar line internet saya ni?
Boleh tolong share?
Sharing is caring kan?
Hehehe...

4 comments:

Award Blogger Cemerlang

Create your own banner at mybannermaker.com!

TQ to Loqman Hakim aka Cikgu Akim for this award
I'm so so appreciated it

Actually, award ni diberikan
Sebab saya dengan ikhlas hatinya
Telah follow blog Cikgu Akim ni
Hehehe...
Saya ikhlas ok!

Bersempena dengan dapat award ni
Kenalah buat homework sikit
Kalau tak buat
Nanti Cikgu Akim rotan
Hehehe...

Soalan 1 : Pandangan tentang blog Cikgu Akim

Erm, tak tau nak komen apa
Actually, tak explore lagi blog Cikgu Akim ni
But for the 1st impression, oklah
(Macamlah blog saya bagus sangat kan? Hehehe...)
Keep it up bro!
In sya Allah, nanti saya datang selalu yer...

Soalan 2 : A short description about my blog

Ok, sikit je kan?
Sebelum ni nama blog saya Elhaamy (Ilhamku)
And now known as Hijrah
Cukup kan?
Hehehe...

Soalan 3 : Tujuan saya berblogging

Awalnya, saya tertarik dengan blog rakan saya
Masa tu, bagi saya orang ada blog ni
Memang hebat!
So, saya pun teringin gak nak jadi orang hebat
Hehehe...
Tetapi, sekarang tujuan lebih kepada sharing
Sharing is caring!
Am i right?

Ok, done! Alhamdulillah
Cikgu Akim, nice to meet you
Ukhwah filLah!

8 comments:

Perfectionist

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Selamat pagi semua
Semoga ceria-ceria selalu!

Hari ini
Hari terakhir saya bercuti
Sebelum kembali bertugas pada esok hari
Huhuhu...

Tapi, sebenarnya masih dalam mood cuti ni
Yelah, cikgunya je yang datang bertugas
Murid-murid still bercuti lagi
Huhuhu...

Eh, bila nak masuk tajuk ni?
Hehehe...

Ok, straight to the point
Perfectionist
Apa yang anda faham tentang perfectionist?
Bagi saya perfectionist ni ialah
Satu sikap yang wujud di dalam diri seseorang individu tu
Yang mengharapkan kesempurnaan
Di dalam setiap perkara
Samada yang dilakukannya sendiri atau oleh orang lain

Actually, i'm a perfectionist
Dengar macam bagus je kan?
Tapi, hakikatnya kekadang tu
Saya tak selesa dengan sikap perfectionist yang wujud dalam diri saya ni
Terlalu mengharapkan kesempurnaan
Tak mahu berkompromi dengan kekurangan dan kesalahan
Ada baiknya, tapi ada juga buruknya

Banyak kali juga apabila saya melakukan sesuatu perkara
Ianya tertangguh
Ianya dibuat secara 'last minute' tanpa perancangan yang baik
Ia tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang diharapkan
Sebab kononnya nak perfect sangat kan?

Jalan yang terbaik
Bersederhanalah di dalam setiap perkara
Ia bukan bermakna kita terlalu mengambil mudah
Atau kita buat-buat tak kisah
Tapi bersederhana itu lebih baik
Yang padanya telah ada ciri-ciri kesempurnaan
Bagi diri kita ni yang memang
Tak pernah lari daripada sebarang khilaf
Nobody perfect
Am i right?

Bagaimana dengan anda?
Anda ada pengalaman berhadapan dengan orang perfectionist ni?
Jom, sama-sama kita kongsikan!

Gambar sekadar hiasan

12 comments:

Gojesh in Orange Contest

Saya nak join
Gojesh in Orange Contest
Sesaje suka-suka
Just for fun!
Hehehe...

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang contest ni
Just click banner kat bawah ni yer


Ok, ni gambar penyertaan saya
Gorgeus in orange
Taraaa...



Kedua-dua gambar di atas ni dirakamkan pada 17 Mei 2010 yang lalu
Sewaktu berlangsungnya aktiviti explorace
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor
Di manakah gerangannya saya?
Yang paling 'comel' (yang paling 'sihat') dalam gambar tu
Yang pakai selipar tu
Itulah saya!
Gorgeus tak?
Hehehe...

Actually, my favourite colour is green

Ok, lastly nak tag insan-insan istimewa kat bawah ni :


Saya tak kenal rapat dengan ramai blogger, so saya main agak-agak je
Sorry guys, if u feel not comfortable to be tagging

8 comments:

@ Jambatan Tengku Fisabilillah, Jambatan Barelang




Pemandangan Jambatan Tengku Fisabilillah daripada Jambatan Nara Singa

Jambatan Barelang (singkatan nama Batam, Rempang dan Galang) adalah nama jambatan yang menghubungkan Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru. Masyarakat setempat menyebutnya "Jambatan Barelang". Namun ada juga yang menyebutnya "Jambatan Habibie", sempena nama bekas Presiden Indonesia B.J. Habibie yang telah mempelopori idea untuk memperkasakan pembangunan jambatan ini bagi tujuan fasiliti ketiga-tiga pulau tersebut (Pulau Batam, Pulau Rempang dan Pulau Galang) untuk dikembangkan menjadi wilayah industri di Kepulauan Riau. Ketiga-tiga pulau tersebut kini adalah termasuk di dalam Provinsi Kepulauan Riau.

Jambatan Barelang terdiri daripada 6 buah jambatan iaitu :

Jambatan Tengku Fisabilillah (jambatan I), jambatan yang terbesar
Jambatan Nara Singa (jambatan II)
Jambatan Raja Ali Haji (jambatan III)
Jambatan Sultan Zainal Abidin (jambatan IV)
Jambatan Tuanku Tambusai (jambatan V)
Jambatan Raja Kecik (jambatan VI)

Sumber diperoleh di sini.





Rakaman video percutian ke Pulau Batam pada 29 Mei 2010 yang lalu
Paparan video adalah untuk tujuan informasi semata-mata

0 comments:

Pendinding Diri


Firman Allah SWT di dalam surah al-'Ankaabuut ayat 45 yang bermaksud :

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Qur'an) dan dirikanlah solat
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar
Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar
(Keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain)
Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan

Sesungguhnya solat itu adalah tiang agama
Bagi siapa yang melaksanakannya, maka ia telah mendirikan agama
Dan bagi siapa yang meninggalkannya, maka ia telah meruntuhkan agama

Solat itu dilaksanakan sebagai rasa pengabdian kepada Allah SWT
Ia perlu dilaksanakan dengan penuh rasa ketakwaan

Jika solat yang dilakukan tidak sempurna
Tidak dengan hati yang ikhlas
Tidak dengan hati yang khusyu' lagi tawadu'
Maka selagi itulah tiada pendinding
Yang dapat menahan diri
Daripada menghampiri dosa dan maksiat

0 comments:

Cuti-Cuti Terengganu

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Doa saya moga anda semua
Akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT
Amiin...

Minggu lepas
Jumaat hingga Ahad
10 hingga 12 Disember 2010
Saya telah pergi bercuti ke Kuala Terengganu
Bersama emak dan adik-adik saya

Ok, sebelum saya bercerita lebih lanjut
Jom kita layan video ni dulu!


Dah layan video kat atas ni?
Kalau dah, bolehlah saya teruskan cerita yer

Perjalanan kami ke Kuala Terengganu bermula seawal jam 0600 pagi
Bermula daripada kediaman saya di Bandar Tenggara, Kulai
Melalui Bandar Kota Tinggi, Mersing, Endau, Rompin, Pekan dan Kuantan
Sebelum sampai ke destinasi yang dituju
Kuala Terengganu
Perjalanan mengambil masa selama hampir 10 jam melalui jalan pantai
Rasanya kalau orang lain tak sampai kot 10 jam tu
Hehehe...

Alhamdulillah, selama 3 hari berada di sana
Cuaca cukup baik sekali
Dan percutian ini saya rasakan cukup indah sekali
Kerana saya berpeluang bertemu rakan lama
Yang sudah 5 tahun tidak bersua muka
Dan juga bertemu seorang rakan yang baru seminggu tak jumpa
(Alah rakan baik saya yang dapat berpindah balik ke Terengganu tu)

Di kesempatan ni, saya nak ucapkan terima kasih
Kepada rakan saya En. Nordin yang sudi menjadi tourist guide
Dan sudi belanja makan
Juga kepada rakan saya En. Zaki yang sudi belanja minum di 'tempat yang sungguh jauh'
Dan menjemput saya sekeluarga makan tengahari di rumahnya
Kalau diikutkan ramai lagi dalam waiting list untuk bertemu muka ni
Tapi, almaklumlah YAB Dato' melawat kawasan 3 hari jer
Tak sempat nak jumpa semua, hehehe...

Terima kasih juga buat En. Tolahah Muda
Yang telah memberikan cadangan tempat-tempat menarik di Terengganu
Yang boleh dijejaki dan dilawati
Tapi, sayangnya saya tak sempat nak singgah pantai
Mulanya, on the way balik tu cadangnya nak singgah di Pantai Kemasik
Tapi, terlepaslah pulak, huhuhu...

Juga Pn. Yuslinda dan Cik Mustaqimah
Yang berperanan sebagai pelakon tambahan
Dalam drama "Cuti-Cuti Terengganu" ni
Hehehe...


Cukuplah satu gambar buat penyeri entri
Hehehe...

7 comments:

Alhamdulillah, It's Recovered

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Kaifa haalukum; apa khabar?
Arju lakum bissihah; saya harap semuanya sihat

Ana bikhoir walhamdulillah; alhamdulillah, saya baik-baik sahaja
Hehehe...
Tetiba petang ni cakap Arab pulak yer
Saje je memahirkan kembali skill berbahasa Arab
Yang semakin hari semakin tidak digunakan
Sungguh rugi sekali
Allughatul 'Arabiatu hiya lughatu ahlul jannah; bahasa Arab itu bahasa ahli syurga

Dah 5 hari saya menyepikan diri
Bukan merajuk
Apatah lagi berasa hati
Hanya kerana pergi bercuti
Dan malas masih menguasai diri
Hehehe...

Ke mana saya pergi bercuti?
Nantilah dalam next entry akan saya ceritakan
Cuti-cuti Malaysia sahaja
Tak jauh ke mana pun
Hehehe...

Ok, dalam entry ni just nak share ngan korang semua
Saya ada beli sebuah netbook ni
Yang sekarang ni dah menjadi kepunyaan adik saya
Senang sikit
Takdelah berebut nak guna kan?

Tapi netbook ni ada masalah sikit
Tak boleh masuk windows secara normal
Kalau boleh masuk pun, tak boleh buat apa-apa
Jadi hang je!
Terpaksa masuk secara safe mode
Tapi bila masuk windows secara safe mode
Banyak pulak function yang tak berfungsi

So, nak dijadikan cerita
Semalam saya terjumpa satu blog ni
Blog Ustaz Love
Dalam entri terbarunya
Ustaz Love ada menceritakan tentang masalah laptopnya
Hampir sama dengan masalah netbook adik saya tu
And Ustaz Love telah berjaya menyelesaikan masalah tu
Dan dengan baik hatinya telah shared
Cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut

Saya pun cubalah applied kat netbook adik saya tu
Tak ku sangka
Mujarab sekali, hehehe...
Alhamdulillah, it's recovered

Ok, kalau sesape ada masalah yang sama
Bolehlah klik di sini ye
Terus ke blog Ustaz Love
TQ Ustaz Love!
Sharing is caring, hehehe...

8 comments:

Pelemah Urat





Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Moga semuanya sentiasa berada di dalam keadaan
Yang sihat, ceria dan gembira selalu
Dan yang paling penting
Moga kita semua sentiasa berada
Di bawah naungan dan lindungan Allah SWT jua
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jom saya kongsikan gambar flora di atas ni
Ia dirakamkan sewaktu saya menyertai aktiviti jungle trekking
Di Gunung Muntahak, Petri Jaya, Kota Tinggi, Johor
Pada 22 November 2010 yang lalu

Menurut En. Katon Danny
Yang berperanan sebagai guide di dalam aktiviti jungle trekking ni
Katanya :
Orang Melayu memanggilnya keladi murai
Orang Asli memanggilnya pelemah urat
Ia adalah sejenis pokok herba
Menyerupai pokok keladi
Ia boleh ditanam sebagai pokok hiasan di rumah mahupun di taman
Bunganya cantik
Ada orang memanggilnya bunga lili hutan
Buahnya seperti belimbing dan berbentuk bintang

Sekian, perkongsian saya untuk hari ini
Tata, titi, tutu
Hehehe...

6 comments: