Banjir @ Jambatan Sg. Sayong, Felda Sg. Sayong, Kulaijaya

Banjir di Jambatan Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor
Setakat jam 1045 pagi 31 Januari 2011








4 comments:

In sya Allah by Maher Zain (Malay Version)

10 comments:

Resepi : Jemput-Jemput Harimau Lapar Hari Menangis

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Selamat malam semua
Dah bersiap-siap untuk kembali bekerja pada esok hari?
Opss, ada yang dah mula bercuti panjang mulai esok yer?
Esok dan Selasa saya masih bekerja lagi
Hari Rabu baru mula bercuti
Orang lain yang beraya, kita pulak yang sibuk bercuti yer, hehehe...
Kepada yang merancang untuk pergi bercuti atau pulang ke kampung tu
Saya doakan agar anda semua selamat di dalam perjalanan
Dan moga dipermudahkan segala urusan, amiin...

Nampaknya hujan masih turun tak berhenti-henti
So, hujan-hujan ni biasanya perut asyik berdondang sayang je, hehehe...
Sebenarnya perut sayalah tu, hahaha...
So, petang tadi takde aktiviti nak buat
Saya apa lagi terus masuk ke dapur
Nak mencuba satu resepi ini
(Perhatian : Jangan ingat saya rajin memasak yer
Tetiba je petang tadi datang idea nak memasak tu, toinkkk!
Hehehe)

Alah bukan masak apa pun
Just buat jemput-jemput je
Resepi tu saya ambil dari blog Kak Hana Jepun

Kalau ikut Kak Hana nama resepi ni
Jemput-jemput udang geragau
Tapi saya sudah tukar itu nama
Jadi jemput-jemput harimau lapar hari menangis
Hehehe...

Ok, bahan-bahannya ialah :
 
1 1/2 Cawan tepung gandum 
(saya tak sukat pun, main tuang je) 
1 Cawan nasi + 1 cawan air - blend 
(pun tak sukat, then nasi tu pun tak blend dengan air) 
Segenggam setengah udang geragau - basuh dan toskan 
(saya guna yang dalam peket kecil tu) 
Setengah genggam ikan bilis - optional nak bubuh or tak sebab dah ada udang 
(tak genggam pun;  ambil, basuh and terus campak dalam bekas, hehehe) 
1/2 Biji bawang besar kuning - hiris 
(saya guna bawang merah) 
Daun bawang @ daun kucai 
(saya letak taugeh) 
1 biji kentang - potong dadu kecil 
(Ntah apa style saya potong, ikut suka je) 
Cili merah - cincang
(saya guna cili merah campur cili hijau, potong halus je) 
Sedikit air untuk bancuhan
(saya guna air panas) 
Garam
(ni yang lemah ni, tak pandai nak agak banyak mana garam yang diperlukan)

Then, saya tambah :

Daging yang disiat-siat
Ayam yang disiat-siat
Mayonis
(daging dan ayam tu baki lauk tengahari tadi
Adalah baki seketul ayam dan 2 hirisan daging)

So, hasilnya
Taraaa...



Hasilnya not badlah
Tapi yang tak oknya tu
Tergaring and termasin sikit, hehehe...
Kira lulus tak ni?
Lepas tak untuk tapisan calon menantu ni?
Hahaha...

4 comments:

Slot Pepatah Arab : Koleksi ath-Thani

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Selamat pagi, sobahalkhoir, good morning
Apa khabar? Kaifa haalukum? How are u?

Nampaknya, dalam beberapa hari ni
Hujan turun tidak berhenti-henti
Ia mungkin satu rahmat
Mungkin juga satu musibah
Namun, pasti ada padanya hikmah!
In sya Allah

Tidak lupa juga untuk saya sarankan kepada anda semua
Untuk mengamalkan doa memohon agar dijauhkan 
Daripada sebarang kemudharatan hujan
Untuk mendapatkan doa tersebut
Boleh klik di sini

Ok, straight to the point
Hari ini saya akan memperkenalkan kepada anda semua
Koleksi pepatah Arab yang seterusnya
Iaitu untuk koleksi ath-thani (yang kedua)

Actually, saya telah mula memperkenalkan slot ini mulai minggu lepas
Untuk koleksi al-uula (yang pertama)
Boleh klik terus di sini

Untuk koleksi ath-thani (yang kedua) pula
Just check it out k!
Renung-renungkan dan selamat beramal!



Nota gambar : Gambar ini dirakamkan
Semasa berlangsungnya aktiviti explorace
Sempena Sambutan Hari Guru
Peringkat SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor
Pada 17 Mei 2010 yang lalu

Setiap kumpulan telah menunjukkan kesungguhan
Dan semangat bekerjasama yang tinggi
Demi untuk mencapai sebuah kejayaan!
Kerana tanpa usaha yang gigih
Apalah ertinya sebuah kejayaan

RasululLah S.A.W. ada bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu 
Membuat sesuatu perkara 
Ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya)” 
(Hadith riwayat al-Baihaqi)

4 comments:

Segmen : Jom Syok Sendiri


Korang ingat, En. Ben Ashaari je ke yang diinterview wartawan?
Saya pun adalah wartawan nak interview
Wartawan mana yer?
Wartawan mana lagi?
En. Ben Ashaari tulah yang jadi wartawannya...
Masuk majalah mana?
Majalah mana lagi?
Majalah "Jom Syok Sendiri" tulah
Hehehe...

Ok, jom kita check it out soalan-soalan yang telah diajukan

Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini?
Boleh, apa salahnya... Areef nama glamourku, hehehe...
 
Kenapakah anda memilih nama tersebut? 
My real name is Azaref... So, to be easy just call me Areef

Kenapa anda berblogging?
Just to sharing
Sharing is caring!

Siapakah pemberi semangat anda?
Diri sendiri

Sudah berapa lamakah anda berblogging?
2 years 5 months 4 weeks and 2 days
 
Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini?
Erm, ramai sangat!
Not sure whose be the best idol for me...

Kenangan manis anda dalam dunia blogging?
Dapat join bloggers gathering di teratak Cik Mat Gebu
lk
Kenangan pahit anda dalam dunia blogging?
Tidak dapat mengupdate entri baru
Walaupun semangat sedang berkobar-kobar
Kerana tiada internet connection
Dek kerana lewat menjelaskan bil, hehehe...
lk
Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini?
Dapat kekal berblogging sehingga kini
 
Selain berblog, apakah minat anda?
Fotografi
lk
Bagaimana anda membahagikan masa anda di antara berblog dengan aktiviti yang lain
Walaupun berblogging ini menjadi minat utama saya, namun saya perlu mengutamakan
Yang lebih utama daripada yang utama
Kerana yang lebih utama itu
Lebih utama daripada yang utama
So, kalau ada sesuatu yang lebih utama daripada berblogging
Terpaksalah utamakan yang lebih utama tu dahulu
Berapa banyak utama dah, hehehe...

Pendapat anda mengenai dunia blog di Malaysia ini
Bagus
Masing-masing tampil dengan idea, style dan konsep yang tersendiri
No copycat!

Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri
Be yourself!
Be honest, be sincere!

Sesi photoshoot yang telah diadakan
Di Teluk Danga, Johor Bharu
Hehehe...

10 comments:

Contest : My Camera Contest


Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Selamat malam dan selamat beristirehat
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihatlah yer...
Saya ni pulak yang tak sihat
Sakit apa?
Sakit demam contest, hehehe...

Lagi-lagi join contest kan!
Pernah menang ke?
Tak pun, hehehe...
Takpelah, just to be supportive
Menang kalah tu belakang kiralah...

Actually, this is the latest contest that i've joined
For further information, just click banner kat atas tu yer

Ok, no more chit-chat
Just look and see
That picture below
Myself with my gorgeous Nikon Ds3000, hehehe...


Gambar ni dirakamkan pada 29 Mei 2010 yang lalu
Ketika percutian ke Pulau Batam, Provinsi Riau, Indonesia
Masa ni kami baru tiba di International Ferry Terminal, Batam Center

Actually, contest ni mensyaratkan
Hanya 3 orang maksimum di dalam satu gambar
Tapi dalam gambar yang saya pertaruhkan ni
Ada 4 orang termasuk saya
So, disebabkan dah takde gambar lain
Then, dah nak siap entry ni baru perasan syarat tu
So, join jelah
Just to make it fun!

6 comments:

Follower Ke-100

Follower ke-100
Blog "Hijrah" ini

Kepada Cik Mimmie dan semua yang sudi follow blog saya ini
TQ for being my blog followers
You are the soul of my blog

2 comments:

Bila Izrail Datang Memanggil

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
AlhamdulilLah, segala pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT
Kerana di kala ini masih lagi kita dikurniakan 
Dengan nikmat kehidupan
Yang membisakan kita untuk terus bernadi
Memperhambakan diri kepada-Nya

Bercakap tentang persoalan hidup dan mati ni
Teringat saya ketika berada di dalam kelas al-Qur'an
Bersama-sama anak-anak didik saya daripada Tahun 4 Cemerlang
Pada hari Selasa yang lalu
Saya menyemak mereka membaca ayat-ayat suci al-Qur'an
Daripada Surah Yunus ayat 43-61
Seusai mereka membaca sehingga ayat ke 53, saya meminta mereka
Agar berhenti sebentar sebelum meneruskan bacaan ke ayat yang seterusnya

So, saya mengambil kesempatan untuk menghuraikan maksud
Satu ayat yang telah mereka baca
Iaitu sebahagian daripada ayat 49 yang membawa maksud :
"Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan
Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka
Melambatkannya sesaat pun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya"

Saya menerangkan kepada mereka
Bahawa setiap manusia itu telah ditentukan bilakah akan tiba waktu ajalnya
Di mana Malaikat Izrail yang ditugaskan untuk mencambut nyawa
Tidak akan terlewat ataupun terawal walaupun sesaat
Daripada waktu ajal yang telah ditentukan

Sebelumnya, saya menanyakan kepada mereka
Nama Malaikat yang mencambut nyawa
Mereka menjawab, Malaikat Izraillah yang ditugaskan untuk mencambut nyawa!

Lalu saya nyanyikan buat mereka bait-bait awal daripada lagu "Selimut Putih"
"Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan"

Suasana bertukar syahdu
Saya sendiri hampir menitiskan air mata
Sebak di dada untuk meneruskan kata-kata
Hehehe...

Saya katakan lagi pada mereka
Apabila terpisah roh daripada jasad
(Mereka bertanya apa itu roh, saya katakan roh itu adalah nyawa)
Maka terputuslah segala amalan
Kecuali 3 perkara yang ditinggalkan
Nyata mereka teruja untuk mengetahui apakah 3 perkara tersebut
Saya jelaskan bahawa 3 perkara tersebut ialah
Anak-anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat

Juga saya jelaskan serba sedikit tentang ilmu pengurusan jenazah
Dan kisah-kisah tentang jenazah yang "tidak diterima tanah"
Ulah anak-anak yang suka bertanya
Pelbagai soalan mereka tanyakan
Dan ada yang berkongsi cerita berdasarkan pengalaman yang telah mereka lalui
Dan terkeluar juga soalan :
"Betulkah mayat yang dilangkah kucing boleh hidup semula?"
Saya jelaskan ia adalah karut sama sekali
Dan mereka minta penjelasan bagaimanakah jika ia benar-benar terjadi
Saya jelaskan, jika ia benar-benar terjadi
Ia adalah atas kuasa Allah SWT, Tuhan Yang Maha Agung Lagi Maha Tinggi
Segala kemungkinan akan berlaku atas kehendak-Nya

3 comments:

Contest : The Best Header For Apezs

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Selamat malam semua
Dah bersiap-siap nak tidur ker?
Pesan saya, sebelum tidur tu muhasabahlah diri
Tentang apa yang telah kita lakukan pada hari ini
Semoga dengannya
In sya Allah, esok yang akan kita lalui
Akan lebih baik daripada hari ini
Amiin...

Malam ni just nak share dengan korang semua
Entri penyertaan saya untuk satu contest ni
"The Best Header for Apezs"


Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang contest tu
Just click banner kat atas ni yer...

So, jom kita tengok camana agaknya rupa
The best header for Apezs
Yang telah saya hasilkan tu
Taraaa... Hehehe...


 Ucapan saya untuk Apezs :

Terimalah header yang tak seberapa ni
Maybe it's not the best header for you
But honestly, header ini dihasilkan
Just to support you
And for you to know that
It's a sign for our ukhwah
Salam perkenalan dan salam persahabatan!

6 comments:

No Internet Connection...

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Selamat pagi, good morning, sobahalkhoir
Apa khabar semua?
Harap semuanya sentiasa berada di dalam keadaan 
Yang sihat dan ceria-ceria selalu

Balik dari sekolah semalam
Berkobar-kobar nak update entri baru
Yelah, contest yang saya anjurkan tu masih berjalan lagi kan
So, kenalah tunjuk komitmen dan performance yang baik
Hehehe...

Tapi, internet connection lak buat hal
Dari balik sekolah semalam sampailah nak pegi sekolah pagi tadi
Still takde connection
Nak call customer service malaslah pulak
Sebab banyak benda nak kena buat bila berurusan dengan customer service ni
Yelah, dorang nak make sure everything is fix and in a good condition kan
Sebab sometime, line dorang sebenarnya yang ada masalah
Macam sebelum ni pernah customer service tu bagitau saya
Tak dapat internet connection sebab kabel bawah tanah kena gigit tikus, hehehe...

Hopefully, hari ni dah oklah internet connection tu...
Harap-harap kabel bawah tanah tu tak kena gigit tikus lagi
Hehehe...

2 comments:

Hidangan Rimba

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihatlah yer...

Ok, taknak cerita panjang-panjang
Just nak show gambar-gambar kat bawah ni
Bukan gambar apa pun
Just nak share gambar makanan yang saya ngap (hehehe)
Semasa saya menyertai ekspedisi 4x4
Ke Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai)
Pada 05-06 November 2010 yang lalu
Layan jelah yer...


Hidangan makan tengahari (Day arrived)
Nasi putih berlaukkan ikan cencaru goreng bersambal, taugeh goreng
Ayam goreng berempah, sambal belacan dan yang paling best sekali
Belangkas masak asam pedas
Pernah makan belangkas?
Saya 1st time makan belangkas ni
Sedap gak rasanya


Belangkas ni sebenarnya haiwan beracun
So, kalau nak makan kenalah dibersihkan racunnya terlebih dahulu
Tapi, bagi yang pertama kali nak mencuba masak belangkas ni
Saya nasihatkan tanyalah orang yang berpengalaman
Bagaimana cara-cara untuk membersihkannya
Bukan apa, takut nanti ada yang mati keracunan
Na'udzubilLahi min dzalik...
Tapi, kalau makan yang dah siap masak tu lainlah cerita yer


Hidangan minum petang kami
Maggi berkhasiat berulamkan kacang botol, hehehe...


Dinner time
Nasi putih berlaukkan ayam masak kicap, kobis goreng
Dan pisang tanduk goreng
Tak silap sayalah pisang tanduk
Pisang tu yang masih mengkal lagi
Dipotong nipis-nipis, digaulkan dengan garam sebelum digoreng
Ni pun 1st time saya makan nasi berlaukkan pisang goreng ni
Tak silap saya ada nama untuk pisang goreng ni
Tapi lupalah pulak apa namanya, hehehe...


Nasi goreng for breakfast
Tapi sedih betul tengok nasi goreng ni
Tengok warna je dah boleh agak sedap ke tak kan?
Hehehe...
Sebenanya bahan yang ada cukup terhad
Hanya berbumbukan bawang, cili, kobis dan garam sahaja
Jadilah, daripada kelaparan kan?
Kalau nak tau, sayalah salah seorang chef
Yang menyediakan nasi goreng berlagu sendu ni, hehehe...


Hidangan makan tengahari sebelum bertolak pulang
Nasi putih berlaukkan sardin masak sambal, bawang masak kicap
Dan kobis masak air (kobis lagi, hehehe)

6 comments:

Slot Pepatah Arab : Koleksi al-Uula

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MahaPenyayang
Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Salam berhujung minggu

Moga hari yang kita lalui
Tidak sesaatpun melupakan Allah SWT
In sya Allah, amiin...

In sya Allah, mulai hari ini
Saya akan memperkenalkan satu slot 
Yang diberi nama "Pepatah Arab"
Harapan saya, di samping anda dapat menambah perbendaharaan Bahasa Arab
Anda juga akan dapat menghayati maksud 
Yang cuba disampaikan melalui pepatah-pepatah Arab tersebut

Ok, untuk koleksi al-Uula (yang pertama)
Just check it out!



Nota gambar : Koleksi bahan bacaan yang dimiliki saya
Nampak macam banyak kan?
Namun, sejauhmanakah saya mengamalkan ilmu-ilmu
Yang terkandung di dalam setiap bahan bacaan tersebut

p/s - Saya membenarkan kepada sesiapa sahaja
Untuk memuaturun visual pepatah Arab di atas
Moga ada manfaat buat kita semua!

9 comments:

Nikah 2 Kali

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
 Baru-baru ni ada seorang sahabat saya bertanya

Tentang satu kemusykilan yang saya sendiri tiada jawapannya
Kemusykilan berkenaan dengan hukum nikah 2 kali
Terus terang, pertama kali saya mendengar berkenaan dengan kemusykilan ni

Begini sebenarnya...
Satu pasangan ni telah bernikah di Selatan Thailand tanpa pengetahuan keluarga
Mereka bernikah di sana menggunakan wali hakim
Alasannya demi untuk mengelakkan berlakunya maksiat dan zina
Then, dengan takdir Allah
Perhubungan mereka yang sebelum ini disangka sebagai pasangan kekasih
Telah direstui keluarga untuk satu ikatan perkahwinan yang sah
Masalahnya mereka bukan pasangan kekasih, tetapi pasangan suami isteri yang sah
Demi menjaga rahsia mereka yang telah bernikah di Selatan Thailand
Dan mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini
Mereka telah bernikah sekali lagi 
Sedangkan ketika itu mereka telah bergelar suami isteri yang sah
Apa hukum pernikahan kali kedua tu?
Itulah kemusyikalannya...

So, kat bawah ni saya sharekan jawapan kepada kemusykilan tu yer

Jawapan seorang sahabat saya yang juga seorang peguam :
Tiada masalah dan ianya sah

Jawapan seorang kenalan saya yang juga seorang pegawai di Jabatan Agama :
Ianya sah

Then, saya adalah googled kemusykilan ni from the internet
Ini jawapan yang peroleh
Daripada Laman Soal-Jawab Agama
Kendalian Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Boleh klik terus di sini

4 comments:

Silent Reader Tegar

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat
In sya Allah, amiin...

Dah 2 minggu menyepi daripada sebarang entri
Last entry pada 09 Januari 2011 yang lalu
Then, adalah terselit satu entri tentang teks pengacaraan majlis tu

Biasalah awal-awal tahun ni agak sibuk sedikit
Alasan klise je tu, hehehe...
Macamanalah nak jadi blogger tegar kan?

Tapi, lately saya sememangnya betul-betul sibuk
Bukan sibuk apa pun
Just, hal-hal yang berkaitan kerja dan pengajian saya
Banyak benda yang perlu diselesaikan
Tapi, sampai sekarang tak selesai-selesai lagi
Yelah, keja memang tak pernah habis kan?

Sepanjang 2 minggu saya menyepi ni
Ada yang sudi datang bertandang ke?
Pada yang sudi, terima kasih saya ucapkan

Tapi, sebenarnya
Saya sentiasa ber'blogwalking'
Walau blog sendiri dibiarkan sepi

Kalau rakan-rakan nak tahu
Saya sentiasa mengikuti dan membaca entri-entri baru
Di blog rakan-rakan sekalian

Kehadiran saya ke blog rakan-rakan sekalian
Umpama angin yang menghembus dan berlalu pergi
Cewah, bermadah pujangga lak, hehehe...

Betul tau!
Ada sekali tu saya tinggalkan komen kat entri seorang blogger tu
Blogger tu boleh tanya saya balik
Kenapa dah lama saya tak singgah ke blognya
Padahal setiap entri barunya pasti saya baca

Kalau macam tu
Sebenarnya saya ni lebih layak bergelar silent reader tegar
Berbanding blogger tegar, hehehe...

0 comments: