Promosi Barang Keperluan Rumah Terpakai

Promosi barang keperluan rumah terpakai
Bagi mereka yang tinggal berdekatan Skudai dan Johor Bharu
Jika berminat, sila klik di sini

Barang-barang terpakai ni
Milik sahabat saya Syifak dan Nasrul
Diorang nak jual barang-barang ni
Sebab diorang will be migrate to some places that not sure yet
So, diorang decide tak nak bawak barang-barang ni








Pesanan daripada pemilik barang-barang terpakai ni
Barang yang dijual tidak termasuk model berbaju purple tu yer
Hehehe...

Contest : 1st Contest From Mummy Dona Kesya "Sedondon"


Me want to join the contest above
Click for further information


Me and my friend (The Jejaka Idaman Malaya)
Hihihi...
We were in a same attire
What we called "sedondon"
Hehehe...

To be tagging :

Masih Menjadi Rahsia Di Loh Mahfuz



Nota gambar :
Walimah sahabat sekerja saya
Pada 29 Mei 2011 yang lalu

Seorang demi seorang 
Dalam kalangan rakan-rakan saya
Mengakhiri zaman bujang mereka 
Dengan ikatan perkahwinan

Sedangkan saya masih begini
Still single and available, hahaha...
Apabila ada orang bertanya
Bila saya mahu menamatkan zaman bujang saya
Jawapan saya cukup mudah :
"Masih menjadi rahsia di Loh Mahfuz"

Kawan saya cakap
Alasan saya ni boleh dijadikan dialog
Di dalam drama atau filem "Nur Kasih"
Poyo je kan?
Hehehe...

Anyway, doakanlah agar saya saya
Cepat-cepat bertemu jodoh yer!
Amiin...
lk

Berdua lebih baik
Tak gitu?
Hehehe...

Diri Ini Dari Sisi Pandangan Seorang Anak Kecil

Ustaz ni hensem sporting plak tu
Bila menyanyi suaranya merdu
Bab tersenyum dialah no 1
Ustaz Noor Azaref dialah tu

I was tagged by my student
Di dalam notanya di Facebook
Tersenyum bila saya membacanya
Diri saya dinilai dari sisi pandangan seorang anak kecil
Pasti ianya lahir dari hati yang tulus dan suci
Betul tak?
(Saje nak masuk bakul angkat sendiri, hehehe...)

Segmen : Kenapa Guna Nama Blog Tu By MTT


For further information
Please click the banner above

Actually, before this
My blog known as "Elhaamy"
Elhaamy means "Ilhamku"
So, how it becomes "Hijrah"?

Alkisah tersebutlah sebuah kisah kisahnya begini, hehehe...
Sebenarnya nama "Hijrah" ni tercetus
Bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah Tahun 1431
Ketika tu dalam bulan Disember Tahun 2009
Atas hasrat untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik
Saya telah menjenamakan "Elhaamy" kepada "Hijrah"
Mengambil inspirasi peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W.
Yang telah membuka lembaran baru di dalam sejarah keagungan Islam

Hijrah...
"Hidup itu memang perlu kepada adanya hijrah"
"Pengorbanan, perjuangan dan persaudaraan"

Resepi : Sambal Asam Jawa


Sambal asam jawa; resepi orang bujang
Main campak-campak je, hehehe...

Bahan- bahannya :

Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Cili padi (hijau dan merah)
Air asam jawa
Kiub ayam
Kobis
Tomato

Selamat mencuba!

Bila Cikgu Dah Cakap Melalut

Jadi cikgu ni memang banyak bercakap
Ada je benda yang nak ditegurkan
Ada je benda yang nak dipesankan
Ada je benda yang nak diingatkan

Bila dah banyak bercakap tu
Kekadang boleh sampai melalut dibuatnya
Macam yang berlaku pada saya di dalam kelas pagi tadi
Boleh pulak saya cakap camni :
"Ok, murid-murid masukkan beg dalam buku
Kejap lagi kita kita nak pegi berehat"
Hehehe...

Nasib baik cakap ngan budak darjah 1
Ntah dorang dengar ntahkan tidak
Tapi, dorang nampak blur je tadi, tak dengar kot
Kalau kena kat budak besar
Mahu cikgunya diketawakan balik, huhuhu

Aku Tak Bodoh



Saya baru selesai menonton filem ini
Jangkaan saya ianya filem 'yang biasa-biasa' sahaja
Namun, jangkaan saya itu sama sekali meleset

Actually, ia merupakan sebuah filem
Yang mengangkat tema yang cukup bagus
Bagaimana untuk menjadi 'guru yang bukan hanya tahu mengajar'?
Bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang bukan hanya pandai berleter?
Bagaimana untuk menjadi anak yang sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapanya?
Bagaimana untuk menjadi ahli sosial yang bertanggungjawab?
Apakah ertinya sebuah persahabatan?
Betapa bernilainya rasa kasih dan sayang?
Segala-galanya terjawab di dalam filem ini...
Dan banyak lagi nilai baik yang boleh dijadikan teladan

Klik di sini untuk menonton

Contest : Seindah Senyummu Ibu Contest By Yan


Me want to join the contest above
Click the banner for further information


Tiada senyuman yang paling indah
Melainkan senyuman seorang ibu
Melihatnya tersenyum
Menguntumkan dan memekarkan rasa kasih dan sayang
Melihatnya berduka
Membenihkan dan membuahkan rasa gundah dan lara 

Apalah ertinya hidup ini
Jika tidak sesekali mahu membuatkan si ibu tersenyum
Duhai anak
Buatlah ibumu tersenyum
Kerana senyumannya itu
Senyuman penuh makna, senyuman penuh kasih dan senyuman penuh rasa
Oh seindah senyummu ibu!

Gambar ni dipotretkan pada 13 Disember 2007, seusai Majlis Konvokesyen Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF Ambilan Januari 2006 di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

Lastly nak tag :

Caught By The Lense


Me was caught by the lense
Entah bilalah mamarazzi ni dok snap gambar saya 
Dok tercongok kat tepi pentas tu
Walaupun dalam gambar ni saya kelihatan tersenyum
Anyway, saya tak perasan langsung ada orang dok mamarazzi saya ni tau
Hehehe...
Nasib baik dalam kondisi paling sopan gitu, hahaha...

Actually, gambar ni dirakamkan
Semasa Sambutan Hari Guru di sekolah saya
Pada 16 Mei 2011 yang lalu...

Wardatunnur Di hatiku...


Hadiah terindah daripada Wardatunnur
Sempena Sambutan Hari Guru
Peringkat SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor
Pada 16 Mei 2011
lk




Kad Ucapan Daripada Kak Ayu Razali

TQ kak!

Teks Doa Majlis Rasmi - Sambutan Hari Guru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.


اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rabbal ‘Alamin,

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor Tahun 2011 pada pagi yang berbahagia ini dengan tema “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

Ya Allah, Ya ‘Aziz Ya Sattar,

Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru adalah tugas yang mulia dan murni. Justeru itu, kurniakanlah kepada guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kami di dalam mendidik dan membimbing kami menjadi insan yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah juga kepada mereka dengan kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama dan permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa di dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik yang menjana transformasi pendidikan Negara.

Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,

Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

Wardatunnur @ Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Johor Tahun 2011 (Kategori Sekolah Rendah)

Pada 30 April 2011 yang lalu
Wardatunnur (kumpulan nasyid Sekolah saya)
Telah mewakili Daerah Kulaijaya
Ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Johor Tahun 2011
(Kategori Sekolah Rendah)
Bertempat di SMK Anjung Batu, Mersing, Johor

Lagu pertama : "Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji"

Lagu kedua : "Agama Allah"

Kali pertama beraksi di peringkat Negeri
Segala-galanya bukan mudah!
Melihat kehebatan team-team yang bertanding
Rasa gerun dan kecut perut dibuatnya, hehehe...

Untuk kali ini
Kami pulang dengan tangan kosong, huhuhu...
Namun, apa yang penting
Banyak yang dapat kami pelajari
Demi memperbaiki dan menambahbaik mutu persembahan di masa hadapan
Doakan kami terus berjaya yer!
Amiin...
lk




\

lk
Untuk menyaksikan rakaman persembahan Wardatunnur
Di Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011
(Kategori Sekolah Rendah)
Boleh klik di sini

Hantaran Hati

lk
Hantaran hati buat emak tersayang
Sempena Sambutan Hari Ibu
08 Mei 2011
... II Kek coklat kukus II ...

AlhamdulilLah, komen emak saya :
"Sedap, manis sedang-sedang je"
Hehehe, suka 3X...

Resepinya saya rujuk di sini

Sebelum dihias...

Setelah dihias dengan chocolate rice...

p/s - Jangan ada yang ingat saya pandai memasak yer
Saya just ikut resepi tu bulat-bulat
Tu pun setelah saya merujuk beberapa resepi
Saya rasakan, resepi yang ini
Yang paling mudah
Hehehe...

Lagu Tema Sambutan Hari Guru 2011


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji
lk
Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti

Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti

Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani
lk
Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia

Lagu & Lirik : Rosman Adam

Sumber di sini

Bloggers Gathering @ Teratak Cik Mat Gebu

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Moga kita semua sentiasa berada
Di bawah lindungan dan kasih sayang-Nya jua
In sya Allah...

Actually, pada 12 Mac 2011 yang lalu
Saya telah dapat menghadirkan diri
Ke bloggers gathering @ teratak Cik Mat Gebu
Tapi, sayangnya ketika saya menulis entri berkenaan dengannya
Saya tidak dapat menyertakan bersama 
Gambar-gambar sekitar bloggers gathering tersebut
Dek terformat sdcard 
Yang mengandungi gambar-gambar tersebut
Tapi, AlhamdulilLah semalam saya dah berjaya recover balik gambar-gambar tu
Hehehe... Suka sangat!

So, saya sharelah gambar-gambar tu yer
Even gathering ni telah lama berlalu
Orang kata
Dah basi ceritanya, hehehe...

Ok, let the pictures do the talking...










Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011 (Kategori Sekolah Rendah)

Pada 23 April 2011 yang lalu
Bertempat di TJMart Saleng, Kulaijaya
Sekolah saya telah menghantar wakil
Ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011 
(Kategori Sekolah Rendah)

AlhamdulilLah, setelah 3 tahun menyertai Festival ini
Akhirnya, Wardatunnur (Nama team nasyid Sekolah saya tu)
Bergelar Johan
Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011 
(Kategori Sekolah Rendah)
Dan memenangi hadiah solo terbaik

Kalau diikutkan sejarah
Kali pertama menghantar wakil pada tahun 2008
Penyertaan dibatalkan kerana lagu yang dinyanyikan tidak mengikut tema
Pada tahun 2009 mendapat Naib Johan (hanya beza 0.5 markah)
Dan pada  tahun 2010 mendapat tempat ketiga

Resepi kejayaan tahun ni cukup mudah
"Bersatu dan bekerjasama"
Tahun ini saya sebagai jurulatih meminta bantuan daripada banyak pihak
Bantuan daripada seorang kenalan untuk menghasilkan lagu dan lirik
Dan bantuan daripada murid-murid SM Arab
Untuk melatih persembahan dan bermain alat muzik
AlhamdulilLah, dengan bersatu dan bekerjasama
Kejayaan yang cemerlang mampu untuk diraih...
lk


Lagu tema : "Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji"

Lagu kedua : "Agama Allah"

3 Minggu Menyepi...

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihatlah yer
In sya Allah, amiin...

Hampir 3 minggu
Saya menyepi tanpa sebarang khabar...
Sebenarnya saya tak ke mana pun
Tapi, terlalu sibuk dengan beberapa hal

Setelah selesai Majlis Tilawah Al-Qur'an Sekolah-Sekolah Daerah Kulaijaya
(Saya melatih wakil Sekolah saya untuk pertandingan bercerita)
Kesibukan diteruskan dengan persiapan untuk menghadapi
Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Kulaijaya
Dan rezeki yang memihak kepada kami
Membuatkan kesibukan semakin berganda dengan persiapan untuk menghadapi
Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Johor

Pada masa yang sama
Saya sibuk menyiapkan tesis pengajian untuk Bab I, II dan III
Menyiapkan tugasan pengajian
Dan menduduki peperiksaan akhir semester

Dalam kesibukan tu juga
Saya mengalami sakit gigi, selsema dan batuk
Sakit kepala dan badan berasa kurang sihat
Tapi, dalam saya mengharungi kaffarah sakit ini
Allah masih mempermudahkan segala urusan tersebut
AlhamdulilLah...

"Sesungguhnya Allah mengurniakan nikmat
Untuk menguji sejauhmana kita bersyukur
Dan sesungguhnya Allah mengurniakan musibah
Untuk menguji sejauhmana kita bersabar"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...