Hubbul Watan Minal Iman


Hubbul watan minal iman
Cintakan negara sebahagian daripada iman
Tunjukkanlah kecintaan kepada negara
Dengan keazaman dan kesungguhan untuk berbakti demi agama, bangsa dan negara

0 comments:

Langit Jingga


Gambar dirakamkan di Kipmart Masai pada 31 Julai 2011


Lirik lagu boleh diperoleh di sini

4 comments:

Follower Yang Ke-333


My follower yang ke-333
333 - Macam nama buku hutang kan, hehehe...
Hamba Allah, tq 4 being my followers :)

4 comments:

Majlis Khatam Al-Qur'an Dan Di Ambang 'Aidilfitri 1432H (Part 2)


Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim
Moga dapat menghapuskan air matamu dik...


Master of the ceremony


Penyampaian pakaian sekolah dan Hari Raya
Sumbangan daripada Majlis Agama Islam


Cenderamata untuk murid yang menjayakan Majlis Khatam Al-Qur'an


Penyampaian kad Hari Raya daripada pihak pengurusan FELDA
Untuk murid target UPSR
Moga target 15 orang 5A UPSR akan dimakbulkan-Nya, amiin...


Berselawat, bermaafan dan bersalaman
Yey, yey dapat duit raya!


Sampai begitu sekali gaya nak bermaafan
Banyak benor salahnya, hehehe...


Cikgu-cikgu lelaki yang segak lagi bergaya...


Sawan gambor! Hehehe...


Memohon maaf atas segala khata' dan khilaf


Babak air mata, huhuhu...


All black!


All of us, but not really...


All green
My boss pun sporting nak bergambar sama
Dia pun pakai baju warna hijau
Ada lagi sebenarnya, tapi ntah mana dorang pegi...


Green again!

2 comments:

Majlis Khatam Al-Qur'an Dan Di Ambang 'Aidilfitri 1432H (Part 1)

Sekitar Majlis Khatam Al-Qur'an 1432H di sekolah saya pagi tadi
26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadan 1432H


5 minit Majlis nak bermula baru sibuk nak pasang backdrop
Backdropnya pun baru siap 5 minit sebelumnya :)


Peserta Majlis Khatam Al-Qur'an


Barisan pentadbir yang segak bergaya :)


Dimulakan dengan majlis bacaan Yaasin


Al-Qur'an penunjuk jalan...


Sedang memeriksa bacaan murid, khusyuk betul :)
Bergaya ngan baju melayu baru, tak menyabor, hahaha...


Persembahan nasyid dan sketsa Hari Raya


My boss sedang memberikan ucapan


Sibuk nak bergambor
Yang tutup muka dengan songkok tu tengah menangis
Sebab jam dia kena ambik ngan cikgu
Tapi, ada hati nak bergambor gak, hehehe...


Kena denda sebab main-main masa Majlis sedang berlangsung
Tulah, cakap sekali tak mau dengor...

2 comments:

Cornflakes Coklat Berkismis



Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double-boiler'


Setelah coklat cair, masukkan cornflakes dan kismis
Gaul rata


Sudukan ke dalam mangkuk kertas
Hias dengan coklat urai
Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais
Sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara

Selamat mencuba!

8 comments:

Doa Ziarah Hari Raya 'Aidilfitri

Salam. Di sini saya sertakan link untuk anda memuatnaik doa ini dalam bentuk Microsoft Word. Moga ada manfaatnya. Aamiin...

LINK

0 comments:

Lensa Kehidupanku

6 comments:

Under Construction


Pembinaan kawasan berbumbung di sekolah saya
Untuk projek kantin tambahan
Ala-ala laluan niaga di Nilai 3 kan, hehehe...

4 comments:

Saujana Mata Memandang

Saujana Kg. Felda Sg. Sayong, Kulaijaya, Johor
19 Ogos 2011
Gambar dirakamkan dari tingkat 4, bangunan SK LKTP Sg. Sayong, Kulaijaya, Johor




10 comments:

Jom Buat Kad Raya!

Kat sekolah saya pagi tadi ada pertandingan membuat kad
Dimana setiap murid diberi pilihan samada untuk membuat kad sempena Hari Raya
Atau sempena Hari Kemerdekaan
Tapi, majoriti saya tengok memilih untuk membuat kad sempena Hari Raya
Semangat betul nak beraya kan, hehehe...

Jom kita tengok murid-murid tahun 1
Yang sedang gigih menyiapkan kad mereka...



Posing lebih jer ni, hehehe...





Sila telengkan kepala
Kalau nak baca apa yang tertulis pada kad tu yer :)


Murid lelaki yang dah kebosanan
Ntah apa yang dibuatnya, langsung tak berseni, hehehe...

2 comments:

Semarak Ramadan (10) - Rezeki Itu Di tangan Allah


Di bulan Ramadan ni
Ramai yang mengambil peluang untuk menambah pendapatan
Dengan menjual pelbagai jenis keperluan
Samada yang berkaitan dengan bulan Ramadan itu sendiri
Dan juga untuk persiapan menyambut 'Aidilfitri

Saya juga biasa berniaga di dalam bulan Ramadan ni
Antara yang pernah saya jual seperti biskut raya, kek dan juga pakaian
Tapi, takdelah sampai bukak gerai, just jual kat rakan-rakan sekerja jer
Untuk tahun ni, tak berkesempatan pulak

Berniaga di dalam bulan Ramadan ni
Mengingatkan saya akan satu 'tragedi' yang berlaku pada tahun lepas
Tahun lepas saya berniaga kek lapis
Actually, saya tak kenal dengan pembuat kek lapis tu
Hanya berurusan melalui seorang sahabat yang turut menjalankan bisnes yang sama

Tapi, bisnes ni memang takde risiko
Sebab saya just ambil order and dapat komisyen
Cuma pada awal tu adalah keluar sedikit modal untuk sampel kek lapis tu

AlhamdulilLah, tempahan yang diterima agak banyak jugaklah
So, komisyennya mestilah banyak jugak kan?
Tapi, semua tu hanya menjadi angan yang tak kesampaian :(
Nak dijadikan cerita...
Pada hari saya mahu mengambil tempahan yang telah dibuat
Saya mendapat panggilan telefon daripada sahabat saya tu
Nak tahu apa yang berlaku?

Saya pun tak tahulah sejauhmana kesahihannya
Menurut sahabat saya tu
Semua tempahan telah dirampas oleh ahlong
Menurut sahabat saya tu lagi
Tak pastilah samada akak yang buat kek tu or suaminya yang meminjam
Then, ansuran pinjaman tak dapat dilunaskan
So, geng-geng ahlong ni bertindak menyerbu rumah akak ni
Dan merampas semua peralatan membuat kek termasuklah dengan kek-kek yang telah siap
Sampai hati kan?

Inilah bahananya kalau meminjam dengan ahlong
Ingatkan dapat hidup senang-lenang
Tapi, sebaliknya berlaku
Malahan boleh menyebabkan kehilangan nyawa
Sedangkan di dalam Islam, darah seorang manusia tu adalah haram
Di sisi manusia yang lain
Tapi, mereka berlagak umpama Tuhan
Yang sesenang hatinya mengambil nyawa orang lain, huhuhu...

Moga kisah ini dapat menjadi pengajaran buat semua
Yang mengingatkan kita bahawa semua rezeki tu adalah atas kurniaan-Nya juga
Sebanyak mana pun kita berusaha, kalau ia bukan rezeki kita
Pasti kita tidak akan sesekali memilikinya...

0 comments:

Semarak Ramadan (9) - Keberkatan al-Qur'an


Oktober 2004/ Ramadan 1425 Hijrah
Ketika ini saya berada di dalam semester akhir pengajian di Universiti
Semester yang agak menggusarkan
Kerana di samping menyiapkan latihan ilmiah
Saya juga mendaftar untuk satu 'killer subject' (biasanya student akan gagal or mendapat keputusan yang kurang baik di dalam subjek ni)

AlhamdulilLah, kebiasaan saya di dalam bulan Ramadan adalah membaca al-Qur'an
So, nak dijadikan cerita...
Pada malam sebelum berlangsungnya peperiksaan
Ketika sahabat-sahabat saya yang lain sibuk mengulangkaji secara berkumpulan
Saya pula entah mengapa kurang berminat untuk menyertai mereka
Padahal saya sendiri pun tak habis studi lagi
Saya lebih menghabiskan masa dengan membaca al-Qur'an
Sehingga saya terdengar 
Ada seorang  sahabat yang berkata
Yang saya tidak perlu mengulangkaji, hanya cukup dengan sekadar membaca al-Qur'an

Sebenarnya, saya risau gak nak menghadapi peperiksaan tu
Tapi, menjadi kelaziman saya
Tidak menjadikan alasan peperiksaan untuk kita mengabaikan kewajipan kepada-Nya
Saya sendiri tidak tahu mengapa saya hanya mengulangkaji sekadarnya sahaja
Sedangkan saya tahu, bukan mudah untuk lulus subjek tu
Pasti ada hikmah yang mahu Allah tunjukkan...

Pada hari peperiksaan tu, saya menjawab sekadarnya sahaja
Langsung tidak yakin dengan jawapan yang diberikan
Dan saya yakin, saya tidak akan lulus di dalam subjek tu, perlu 'repeat paper' :(
Namun, semua yang berlaku adalah atas kehendak-Nya juga
AlhamdulilLah, saya telah lulus dengan keputusan yang agak cemerlang
Saya memang terkejut, macam tak percaya jer!
Dan yang saya tak sangka, keputusan sahabat yang bercakap tentang saya tu
Sama dengan keputusan yang saya perolehi :)

Mungkin inilah 'ibrah (pengajaran) dan hikmah yang mahu Allah tunjukkan
Yang mengingatkan kita untuk tidak sesekali melupakan-Nya
Walau dalam  apa jua keadaan yang kita hadapi
Dan mengingatkan kita akan keberkatan kitab-Nya itu...
Juga tentang kewajipan kita untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini

Salam Nuzul al-Qur'an...

p/s - Jangan tiru saya yang malas nak studi tu yer :)
Mungkin situasi ini berlaku
Untuk menjadi pengajaran buat sahabat-sahabat saya yang lain

2 comments:

Sinar Mentari (Asy-Syamsu) Di Dhuha Ramadan Ke-16


Lokasi : Kg. Felda Sg. Sayong, Kulaijaya, Johor
Tarikh : 16 Ogos 2011 bersamaan 16 Ramadan 1432H
Masa : Lebih kurang jam 7.15 pagi
Gambar ini dirakamkan dari tingkat 4, bangunan SK LKTP Sg. Sayong, Kulaijaya, Johor





Dan bulan juga mengiringi...

3 comments: