Segalanya Lewat...

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera :)

Just nak share satu fakta yang saya peroleh hasil pembacaan daripada novel "Sesuci Cinta" by Aina Emir. Baca novel? Novel cinta? Silalah percaya yer, hehehe... Actually, novel ni dah lama saya beli. Ketika Pesta Buku di PWTC pada tahun 2005 yang lalu. Siap ada autograph dari penulisnya lagi :) Erm, rasanya dah 2 kali dok ulang baca novel ni, hehehe... Saje je hari tu dok boring2, pilah amik novel ni kat rak buku dok ulang baca... Erm, kalau dok ulang khatam baca al-Qur'an kan lebih baik... Dushhh, hehehe...

Ops, dah melalut pulak. Jom saya sharekan tentang fakta yang saya peroleh tu. Berkenaan budaya pelik orang Sepanyol. Berkaitan masa. Orang Sepanyol ni biasanya akan mengatur masa lewat jika dibandingkan di tempat lain. Misalnya, bangun lewat, bersarapan lewat, makan tengahari dan malam juga lewat dan mereka juga masih aktif hingga jauh malam, kerana tidur pun lewat. Erm, agak2nya apalah signifikan budaya yang pelik ni kepada kehidupan kan. Kalau difikir2kan, rasanya tak memberi kesan yang baik pun...

Erm, teringat pulak kenangan ketika tinggal di asrama suatu ketika dulu. Dok asrama ni kena bangun awal kan. Sebabnya nak bersiap2 pi solat Subuh berjemaah kat musolla. Tapi, penah gaklah dok kena libas rotan kat betis tu sebab terlewat pi musolla. Aduh... Hehehe... Sebenarnya nak citer satu budaya dalam kalangan pelajar2 asrama ni. Konon2nya dok cepatkan jam, niatnya supaya tak terlewat bangunlah. Mula2 tu boleh pakai lagilah cara tu. Pastuh, satu dorm dok pakat tak sedarkan diri, sebab tengok jam je terus leh cakap dalam hati, "alah jam tu bukan betul pun". Hehehe... Kalau saya pulak, dok kunci jam kat hp tu, tapi takdenya nak bangun tang2 tu jugak... Tambah 10 minit lagilah, 5 minit lagilah... Yang kelakar tu leh tambah 2 minit, seminit, hahaha... (Yang ni tang sekaranglah nooo, zaman saya dok asrama dulu belum wujud hp2 ni, hehehe).

10 comments:

Malam Kemuncak Anugerah Juara Lagu Alain Delon; Just For You... And You!


Jom layan persembahan Areef Dut Dut Dut ni...
Sila klik di sini yer

11 comments:

TQ, TQ!

AlhamdulilLah, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang bertuah
Hadiahnya sebagaimana gambar di bawah; a handmade greeting card
Cute kan kad tu? I like! :)
Kalau berpacaran, jangan tunggu lama-lama... Hehehe...
TQ Lin!
p/s - Jom terjah blog Lin dok layan hasil kreatifnya tu...



Then, alhamdulillah gak sebab terpilih sebagai salah seorang pengomen terbaik gitu :)
Hadiahnya sebagaimana di bawah, a fridge magnet... I like! :)
TQVM abg. Eq!

Komen yang ditinggalkan...
Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima
Bukan nilai yang menjadi ukuran... 
Tapi, keikhlasan dan ketulusan hati si pemberi, itulah yang dipandang tinggi oleh si penerima... 
Dan itu jugalah yang dipandang mulia di sisi-Nya, in sya Allah... 
Memberi itu adalah sebagai menzahirkan rasa kesyukuran 
Atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya... 
Marilah menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur! 
Dengan bersyukur, in sya Allah hidup akan bertambah makmur tanpa rasa takbur
Iman bertambah subur dan mewangi di dalam hati yang luhur...

10 comments:

Bunga? Orkidlah!


Orkid di laman bondaku...

2 comments:

Cara Mudah Menyediakan Resepi Kek Batik


Inilah cara mudah untuk menyediakan resepi kek batik
Originally by my nieces
Master chef to be, hehehe...

2 comments:

Jom Nyanyi Bersama Saya 2


Taubat Seorang Hamba
Nyanyian asal oleh Irsyadee feat Hafiz Hamidun

0 comments:

From Marang to Johore

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera...

Erm, hari tu saya dah cerita tentang perjalanan hari pertama daripada Johor ke Marang sempena menghadiri walimah seorang sahabat saya di Kg. Rusila, Marang, Terengganu. Satu malam je di sana. 6hb Februari tu dah bertolak balik ke Johor. Aktiviti hari tu dimulakan seawal selepas Subuh... Just keluar bilik, dok jalan-jalan sekitar resort tempat saya menginap tu. Saje nak menikmati suasana pagi di Marang ni. Entrinya boleh klik di sini.

Then, dalam jam 8.00 pagi tu dah siap untuk check-out. Cadangnya nak gi breakfast di Restoren Lempeng; restoren yang agak popular dengan hidangan lempeng kelapa muda dan air nira. Lokasinya tak jauh dari Masjid Rusila, tapi perlu u-turn untuk ke restoren ni. Tapi, sayangnya restoren tu belum buka lagi, baru bersiap-siap nak buka. Restoren ni buka sampai malam. So, waktu operasinya bermula agak lewat sedikit kot.

So, terus je drive sampai bandar Marang. Then, nampak satu warung ni terus je berhenti. Tapi, tak sure lokasinya di mana. Somewhere after bandar Marang and before Pantai Kelulut.  Erm, pilihan yang tak mengecewakan. Banyak gak pilihan makanan kat sini; ada nasi minyak, nasi kerabu, nasi dagang, mee goreng, nasi goreng, kuih-muih dan sebagainya lagi. Saya pilih nasi dagang tapi makan ngan ayam bakar sebab saya sebenarnya tak berapa suka gulai ikan aya aka ikan tongkol tu. Then, rupanya kat sini pun ada dihidangkan lempeng kelapa muda tu. Kelapa muda tu bukan diparut ye, tapi disagat dan ditaburkan di atas lempeng tu sebelum ia dilenser. Dicicah dengan kuah kari. Sedap gak kuahnya tu. Yummy :)


Lepas breakfast, kembali meneruskan perjalanan. Tapi, perjalanan agak kurang lancar sikitlah. Bukan sebab apa. Kejap berhenti beli jagung. Pastuh nampak orang jual lemang berhenti lagi. Pastuh berhenti di Cherating untuk beli keropok lekor. Jalan depan sikit, nampak orang jual satar pulak. Berhenti lagi, hehehe... Gerai jual akok je tak sempat berhenti, huhuhu... Favorite gak akok ni...

Erm, terlupa pulak... Ada gak berhenti jap di Pantai Kemasik, Kemaman. Pantai ni cantik dan bersih. Tapi, masa sampai tu panas sangat. So, berhenti kejap je, huhuhu...






Then sampai bandar Pekan, berhenti jap untuk isi minyak. Cadangnya, nak lunch kat gerai tepi Sungai Pahang kat bandar Pekan tu. Tapi, banyak tak buka pulak. Erm, nak cari tempat makan untuk lunch ni pun satu hal. Banyak oranglah, tempat macam tak bestlah, terlepaslah, hehehe... Last-last, berhenti kat Hutan Lipur Menchali, Rompin. Masa on the way nak pegi tu, dah berhenti kat sini untuk breakfast. Rupa-rupanya, susah sangat nak berhenti sebab nak dapat makan udang galah kat sini. Memang wallah... Rasa dan harganya, hehehe... Tapi, memang dah bertahun gak tak makan udang galah ni...

Lepas lunch, teruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang lagi, hehehe... Berhenti jap untuk solat and jalan lagi. Sampai bandar Kota Tinggi, berhenti lagi untuk isi minyak and singgah kedai jap sebab adik saya nak beli track suit. AlhamdulilLah, sampai rumah dalam jam 6.30 petang. Perjalanan balik ni mengambil masa 10 jam. Yelah, banyak benor berhentinya, hehehe... Tapi, memang perjalanan yang menyeronokkan :) AlhamdulilLah, dipermudahkan...

8 comments:

Wordless Wednesday (7) - Saudagar Beach Resort, Marang, Terengganu











5 comments:

My 2nd Giveaway : Pertukaran Pemenang

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera...

Sebelum ni, saya ada menganjurkan My 2nd Giveaway. AlhamdulilLah, nama pemenang dah pun diumumkan. Cuma, masalahnya salah seorang daripada pemenang tu sampai sekarang tak respons pun lagi maklumat diri yang diperlukan untuk saya menguruskan penghantaran hadiah untuk giveaway tu. Erm, oleh itu saya telah membuat keputusan untuk memilih pemenang yang lain. Pemenang baru yang telah dipilih ialah peserta yang memegang nombor 65; Fiezah Kecik. Tahniah diucapkan. Kepada Fiezah Kecik sila emailkan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke azaref82@gmail.com ye. TQ!

Hadiah yang bakal dimenangi oleh Fiezah Kecik ialah :


Kepada pemenang My 2nd Giveaway yang lain, in sya Allah esok saya akan poskan hadiah yang telah anda menangi tu ye. Maaf, atas keterlewatan...

p/s - Saya risau Fiezah Kecik ni pun takkan respons. Sebab komen yang saya tinggalkan pada entri penyertaan beliau sebelum ni pun tak berbalas. Then, saya perasan blog beliau ni just for contest and giveaway. Erm, rasanya lepas ni kalau saya nak organize contest or giveaway saya akan wajibkan penyertaan melalui blog peribadi sahaja. Adil kan? Sebab giveaway saya sebelum ni pun, ada seorang pemenang yang tak respons pun, huhuhu... Untuk kali ni, saya beri masa 3 hari je, kalau Fiezah Kecik tak respons gak saya akan pilih pemenang yang lain lagi, huhuhu...

Update : Fiezah Kecik dah respons :) AlhamdulilLah...

6 comments:

From Johore to Marang, Terengganu


Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera...

AlhamdulilLah, pada 5 Februari yang lalu (bersamaan 12 Rabi'ul Awwal 1433H), saya telah berkesempatan untuk menghadiri walimatul 'urus seorang sahabat sepengajian saya ketika belajar di UM dahulu bertempat di Kg. Rusila, Marang, Terengganu. Bertolak dari rumah jam 7.00 pagi dan sampai di sana lebih kurang jam 3.00 petang. 8 jam perjalanan. Tapi, saya suka menempuhi perjalanan panjang untuk ke Pantai Timur ni... Seronok! Boleh tengok pantai yang indah nan damai dan boleh berhenti di tepi-tepi jalan untuk membeli-belah, hehehe...

Sampai rumah pengantin lebih kurang jam 3.00 petang. Sampai-sampai terus makan dulu. Lepas makan, sempatlah berbual-bual bersama kedua-dua pengantin ni. Kawan saya yang pengantin perempuan tu. Namanya Mustaqimah. Dah berbual lebih kurang dan sempat mengabadikan foto kenangan bersama pasangan mempelai ni, kenalah mengundurkan diri kan. Takkan, nak tolong basuh periuk pulak, hehehe... Sempat gaklah jumpa member-member UM yang lain; Nadiah dan suaminya Azam dan Raja Norini.

Erm, lepas balik dari walimah ni terus ke Saudagar Beach Resort. Tak jauh pun dari Kg. Rusila tu. Resort ni area belah pantai. Kalau dari Kg. Rusila tu, on the way nak ke bandar Marang. Ambik satu bilik je untuk 4 orang; RM80 semalam plus RM5 untuk tilam dan bantal tambahan. Masuk bilik rehat jap, mandi and solat sebelum keluar gi jalan-jalan. Cadangnya nak gi Pantai Kelulut, tapi on the way tu jalan jammed, terus u-turn ke Kg. Rusila semula. Then, terus ke area Nur Arfa Batik sebab pengusaha resort tempat saya menginap tu beritahu, kat situ ada tempat makan yang agak murah harganya; Restoren Norzila namanya, tapi yang ni bukan Restoren Norzila depan Masjid Terapung tu ye. Erm, tapi tak pegi pun Restoren Norzila tu, sebab nampak pasar malam, terus je gitu situ. Beli je makanan kat situ. Semestinya nasi dagang, nasi kerabu dan satar menjadi pilihan. Erm, memang favorite ni, hehehe...

Pastu, gi makan kat wakaf area Masjid Terapung tu. Then, singgah gak Restoren Norzila kat depan Masjid Terapung tu, sebab mak saya nak beli pulut kelapa yang makan ngan ikan kering tu. Before, memang pernah makan kat sini. Pastu, terus ke bandar KT. Just singgah jap Pantai Batu Buruk, then lalu depan Dataran Syahbandar dan Pasar Payang (lalu je ye, sebab dah malam mana bukak lagi kan, tapi ada orang yang buka gerai depan Pasar Payang tu dok jual benda yang sama gak ngan apa yang ada kat Pasar Payang tu except pakaianlah). Then, singgah Pasaraya Hari-Hari kat area Masjid Abidin tu. Sempat gaklah beli 2 pasang baju batik. Tapi baju batik from Pasaraya Hari-Harilah ye, kalau baju batik Terengganu tu mau beratus harganya, hehehe...

Pastu, nak balik teruslah ke chalet. Dok ambik signboard ke Kuantan. Tapi, yang kelakarnya, 3 kali dok pusing balik depan Pasar Payang tu. Sebelum ni, tak pernah pulak jadi gitu, hehehe... Last-last berhenti tepi jalan dok tanya sorang mamat ni camner nak balik semula ke Marang. AlhamdulilLah, mamat ni punyalah baik hati siap drive suruh ikut kereta dia. Dia tunjuk jalan sampai bulatan yang ada replika Batu Bersurat tu. AlhamdulilLah, selamat sampai ke chalet semula. Aktiviti seterusnya apa lagi zzz... Hehehe...

2 comments: