AlhamdulilLah Selamat Pergi dan Kembali

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Arju lakum bissihah (saya harap anda semuanya sihat). In sya Allah... Actually, saya baru jer pulang bercuti... Cuti-cuti Malaysia ke Negeri-Negeri belah Utagha :) Pegi sorang jer ke? Dok aih... Satu rombongan Cik Kiah dok pi sama, hehehe... Actually, percutian ni dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan di sekolah saya. Anjuran jer yer, tapi fulusnya sendiri tanggunglah, hehehe... Dok bawa family pi sama, almaklumlah kami memang belum pernah jejak Negeri-Negeri belah Utagha ni...

Perjalanan kami bermula pada hari Ahad/ 27 Mei 2012. Berkumpul di sekolah seawal jam 2.00 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Parit Bengkok, Batu Pahat bagi menghadiri majlis walimah sahabat sekerja kami. Dua-dua sama bertugas di sekolah kami ni. Selesai menghadiri majlis ni, terus menuju ke Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Pulau Mahsuri; Langkawi. Lebih 12 jam gak nak sampai tu. Puas tidur dalam bas, hehehe... Berada di Pulau Langkawi selama 2 malam sebelum perjalanan diteruskan ke Padang Besar, Perlis+Jitra, Kedah+Pulau Pinang. AlhamdulilLah, selamat tiba kembali ke sekolah pada jam 10.00 pagi Khamis/31 Mei 2012.

AlhamdulilLah, 5 hari perjalanan yang cukup indah. Memang puas sangat... Puas jalan-jalan, puas tidur dalam bas dan yang paling penting puas melontar fulus, hehehe... Seronok pi jalan ramai-ramai ni. Ibarat sebuah keluarga besar. Boss kami bersama isterinya pun join sama. Walaupun ada beberapa tempat yang tidak sempat untuk kami lawati, tapi AlhamdulilLah memang tak rasa ralat langsung dok join lawatan ni. La ni kemas pun dah, then dok agih-agihkan apa yang patut dan dok mengira baki-baki fulus yang masih bersisa, hehehe... Lepas ni, kami plan nak gi bercuti ke Negeri Di bawah Bayu pula... Erm, harap-harap ianya akan terlaksana, amiin... Erm, story pasal percutian ni, nanti-nantilah saya update yer. Tunggu :)

Saya di puncak Gunung Mat Chincang, Pulau Langkawi

10 comments: