Alahai...


Hasil kerja anak murid saya
Diarah menyalin teks sebanyak 2 kali
Boleh pulak dia salin teks tu sekali je, then tulis "2x" pada hujung setiap ayat
Patutlah cepat siap!
Nasib tak kena cubit 2 kali, hehehe...


Yang ni pulak...
Adui teruk betul tulisannya
Tapi, nampak berseni gak kan? Hehehe

0 comments:

Retak Menanti Belah...



Retak menanti belah
Cermin kereta rakan sekerja saya...
Retak tanpa diketahui puncanya
Sedar-sedar datang pi tengok kereta dah jadi macam ni, huhuhu
Cantikkan corak retakan tu?
Tapi, walaupun cantik minta dijauhkanlah 
Daripada berlaku pada kereta sendiri, aamiin...

6 comments:

Ramadan Kali Ini...


Dah 5 Ramadan
Baru berkesempatan nak ucapkan Salam Ramadan buat semua...
Anyway, sama-samalah kita berdoa
Agar Ramadan kali ini
Bukan yang terakhir buat kita...

Untuk melipatgandakan amalan di bulan Ramadan
In sya Allah, ia bukan suatu perkara yang sukar
Tetapi, yang lebih sukar adalah
Bagaimana untuk memastikan agar kita terus istiqamah
Untuk maintain dalam beribadah...
Pada bulan-bulan yang mendatang, Allahu Akbar!!!

0 comments:

Teriak!!!

Pagi semalam ada majlis makan-makan kat sekolah saya 
Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan yang bakal menjelma...
Erm, budaya orang kita memang suka buat majlis makan-makan ni kan
Actually, saya pun suka gak, hehehe...
Bagi saya, aktiviti sebegini sebenarnya dapat mengeratkan tali persaudaraan
Yelah, sama-sama donate duit/ makanan, sama-sama menyusun hidangan
Then, duduk di atas tikar makan sama-sama
Sama-sama membersihkan apa yang patut...
Membersihkan barang-barang yang telah digunakan
Dan 'membersihkan' baki-baki makanan untuk dibawa pulang hehehe...
Kat sekolah saya, majlis sebegini dipanggil "teriak"
Ala-ala potlucklah...
Tapi, sekarang dah jarang buat potluck ni
Just collect duit and order makanan je
Tapi, ada jugalah yang baik hati turut menyumbangkan menu-menu sampingan
Kadang kiteorang buat ikut giliran grup-grup yang telah ditentukan
So, takdelah dalam satu hari tu terlalu banyak makanan yang dihidangkan
Tapi, yang pagi semalam ni melibatkan semua
Just satu majlis je, no more...


Mee bandung
Saya order daripada kak Ayu Razali
AlhamdulilLah, menu yang mendapat sambutan dan pujian
Saya pun dok ulang makan ni je :)


Then layan ni pulak
Nasi putih plus sayur campur, ayam goreng berempah, kari daging, ikan kering
Sambal belacan dan ulam-ulaman
Ada gak kuetiaw goreng
Nampak tak tu ada peria katak?
Tu just buat hiasan je...
Saya gigit sikit je pastu luah balik, pahittt!!! Hehehe...


Layan ni gak...


Dan ini...


Dan ini...
Kuih talam; di atasnya diletakkan pulut dan serawa durian
Bedal jelah, hehehe

AlhamdulilLah, banyak betul makanan...
Moga dengan nikmat yang telah Allah S.W.T. kurniakan ini
Tidak membuatkan kami lupa pada nasib insan-insan lain
Yang kelaparan dan kekurangan makanan...
Dan moga kami akan sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang telah dikurniakan...
In sya Allah...

8 comments:

This Is My Way...


Ada orang pelik dengan cara saya memegang pen
Tapi, memang ginilah cara saya
Erm, sebab tulah agaknya tulisan saya lawa
Ceh, perasan je, hehehe...

4 comments:

Kerana Hantu Daku Dapat Hadiah...



Kerana hantu daku dapat hadiah, hehehe...
Actually, main agak-agak je jawapan tu, tak sangka pulak betul :)
So, merasalah dapat hadiahkan, korang ada?
Hahaha, gurau je, hehehe...
Actually, dah lama kak Ayu suruh datang ambil hadiah
Tapi, saya manjang je tak sempat
So, petang tadi alhamdulilLah baru berkesempatan
TQVM kak Ayu... :)
Jom kita tengok hadiah apa yang saya dapat!


Sambal goreng special hasil tangan kak Ayu
Buat sesiapa yang tahu, kak Ayu ni pengusaha kedai makan Citarasa Rinduan
Sambal goreng Citarasa Rinduan ni memang my fav. tau :)
Nyum, nyum, nyum...
Kak Sariyusa sila jangan jeles ye, hehehe...


Then, dapat sebuah buku...
Suka, suka, suka :)


In sya Allah...
Ukhwah filLah abadan abada
(Ukhwah kerana Allah selama-lamanya)

8 comments:

Di Laman Bondaku







2 comments:

Aktiviti Ahli Kelab Bujang

Aktiviti ahli kelab bujang
SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor
Bujang 1 and bujang 3 ye, ops! Hehehe...
Gurau jelah :)
Actually, aktiviti ni lama dah
Sempena meraikan perpisahan 2 orang guru praktikum
Daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu
Actually, yang join aktviti ni geng-geng cikgu lelaki je
And harap maklum, cikgu praktikum tu pun cikgu lelaki ye, hehehe...
Tak dapat nak ambik banyak gambar pun
Sebab aktiviti utama bukan nak ambik gambar, tapi nak mengenyangkan perut :)

Antara menu yang dihidangkan; ikan bakar
Pesanan : "Merokok membahayakan kesihatan ye!"
Nampak tak siap ada serbuk kunyit+daun pisang? Memang terbaikkklah!
Tapi, yang kelakarnya mati-mati saya ingat tu ikan kembung, rupanya bukan, hehehe...

Kreatif tak?
Tong minyak yang dipotong 2 dan diisi pasir
Then, diletakkan di atas trolley mengangkat barang
Semua ni last minute punya idea
Puas dok kelior sekeliling sekolah mencari barang-barang yang boleh digunakan
Untuk membuat tempat pembakar ajaib ni, hahaha...

Wah, terliur tak?
Ada ikan bakar, ayam bakar plus sosej keju bakar
Walaupun serba kekurangan, hasilnya totap sodappp hehehe...
Nyum, nyum, nyum :)

2 comments:

Akrab...


A.K.R.A.B
Itulah kami guru-guru lelaki
Di SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya
Walaupun kadangkala bertelagah tentang hal-hal kerja
Walaupun kadangkala ada je yang menjadi bahan kutukan
Tapi, dalam banyak perkara
Kami memang akrab, memang sekepala
Sampaikan boleh duduk bersempit di meja makan tu, hehehe...

2 comments:

Semangatku Yang Hilang...


Semangatku untuk berblogging
Hilang entah ke mana...
Nak kata busy mengalahkan YB, tidaklah pulak
Nak kata tak ada idea nak menulis, kuat je dok berangan itu ini
Nak kata frust bercinta, oh tidak! Bercinta selepas nikah ye :)
Erm, nak kata apa lagi ye?
Siapa ambil semangat saya, sila pulangkan!
Hehehe...

4 comments: