Mohon Doakan Kejayaan Kami!


In sya Allah, 29 September 2012 ini
Team kalam jama'e (choral speaking in Arabic) di bawah pimpinan saya; Wardatunnuha
Akan mewakili Daerah Kulaijaya ke Pertandingan Kalam Jama'e
Sempena Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Johor Tahun 2012
Bertempat di SK/SMK Taman Damansara Aliff, Johor Bharu, Johor
Justeru itu, dikesempatan ini saya ingin memohon 
Daripada semua yang mengunjungi blog "Bicara Hatiku" ini
Agar dapat menghadiahkan bacaan Surah al-Fatihah
Dengan niat agar dipermudahkan segala urusan kami
Dikurniakan kesihatan, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi
Dapat membuat persembahan dengan baik
Dan yang paling penting
Dikurniakan kejayaan bergelar Johan, aamiin
TQ in advance daripada saya dan Wardatunnuha :)

6 comments:

Aksi Akrobatik Si Ikan Pari



@ Sangkar ikan, Kilim Geoforest Park, Langkawi
29 Mei 2012

0 comments:

Anda Pernah Lihat?


Ikan todak, tulangnya bewarna hijau...
Terkejut jugak bila kali pertama melihatnya
Actually, ni masa lunch kat kantin sekolah pagi tadi
Masa pilih lauk tu, saya ingat ni ikan patin
Then, pembantu kantin tu beritahu ni ikan kacang
Bila duduk je, dok nampak sisa ikan ni dalam pinggan member
Masa tu, baru tahu yang tulang ikan ni bewarna hijau
Rasa seriau gak nak makan
Tapi, tengok member lain makan licin je, hehehe...
Then, member saya beritahu yang ni ikan todak and tulangnya memang bewarna hijau
Erm, sedap gak rasanya... Isinya tebal...


Hah, yang kat atas ni ikan apa pulak ye?
Saya snap kat Pasar Tani di kawasan perumahan saya minggu lepas
Erm, lupa pulak nak tanya penjual tu nama ikan ni
Tapi, ada pakcik-pakcik kat situ buat lawak, depa kata ni ikan dugong :)

6 comments:

Orang Lain Bercuti, Kami?


1 Zulkaedah 1433H bersamaan 17 September 2012
Hari ni sebenarnya cuti...
Cuti berganti sempena Sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September
Kebetulan jatuh pada hari Ahad, so diganti ke hari Isnin
Walaupun cuti, sesi latihan bersama Wardatunnuha tetap diteruskan
Hanya tinggal 11 hari sahaja lagi
Sebelum Wardatunnuha beraksi di dalam Pertandingan Kalam Jama'e
Sempena Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Johor pada 29 September 2012 ni
Erm, harap semuanya dipermudahkan Allah, aamiin...
So, sajelah bawak makanan bagi dorang suka-suka
Yelah, orang lain seronok bercuti, dorang kena datang latihan pulak kan :)
Menu ringkas je...
Mee goreng + ayam goreng + chipsmore + potato chip + roti berkaya
Yang penting semua happy kan!
TQ for kak Ayu Razali yang sudi masakkan mee goreng + ayam goreng tu
Walaupun tempahan dibuat pada saat-saat akhir... :)

p/s - Harap semua sudi doakan Wardatunnuha ya!

6 comments:

Jom Cuci-Cuci Mata!





Cameron Highlands, 19 Disember 2011

4 comments: