Resepi Nasi Goreng Mamak Style


Bahan-bahan
  1. 4 cawan Nasi putih
  2. 1 biji bawang besar � hiris halus
  3. 4 ulas bawang putih � ketuk dan hiris halus
  4. 2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak � suka pedas letak lah lebih
  5. 3 sudu besar sos tiram � saya tambah sebab tak letak garam
  6. 3 paket serbuk rencah Maggi kari
  7. 2 biji tomato � dibelah empat
  8. 2 keping tauhu � digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
  9. 2 batang sayur sawi dan kobis � dipotong anggaran 2 � inch
  10. 2 biji telur
  11. 2 fish cake � dihiris nipis *saya tambah
  12. 1 cawan isi ayam � dipotong dadu *saya tambah
  13. Minyak untuk menumis

Untuk hiasan
  1. Hirisan timun
  2. Limau kasturi dibelah dua
  3. Bawang goreng *saya tak letak

Cara penyediannya
  1. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
  2. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
  3. Kemudian masukkan � sambal cili ready made, sos tiram, serbuk kari maggi, tauhu, fish cake dan isi ayam. Gaul sebati hingga masak.
  4. Selepas itu, masukkan nasi putih, kobis dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga nasi dan sayuran masak sebati bersama rencah tadi.
  5. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
  6. Masukkan tomato. Kacau rata hingga masak.
  7. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan � hirisan timun, tomato, limau kasturi dan bawang goreng.
Resepi Nasi Goreng Mamak Style Resepi Nasi Goreng Mamak Style Reviewed by Admin on March 30, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.