Resepi Tempoyak Daun



Bahan bahan :
  1. 200gm pucuk ubi | dihiris halus.
  2. 3 papan petai | dibelah dua.
  3. 10 ekor udang sederhana besar.
  4. 4 helai daun kaduk | dihiris halus.
  5. 4 helai daun kaduk | dihiris halus
  6. 4 helai pucuk daun labu |dihiris halus.
  7. 4 batang serai | dihiris halus.
  8. 1 biji kelapa | ambil santan pekat sahaja.
  9. 6 sudu makan tempoyak.
  10. Gula dan garam secukup rasa.

(Bahan Kisar) :
  1. 3cm kunyit hidup.
  2. 4 ulas bawang merah.
  3. 20 biji cili padi.

Cara penyediaan :
  1. Campurkan semua bahan hirisan dalam periuk.
  2. Kemudian campurkan santan dan bahan kisar.
  3. Gaul rata dan masak atas api sederhana sehingga kuah agak pekat.
  4. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.

Nota:
  1. Lauk ini jika makin lama dipanaskan akan menjadi lebih sedap.
Resepi Tempoyak Daun Resepi Tempoyak Daun Reviewed by Admin on March 31, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.